Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. khamis, 23 November merupakan hari cuti di seluruh Negeri Johor sempena keputeraan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar. Justeru, bolehla berehat sehari (berehat la sangat). Tengahari tersebut, kawan saya yang menggelarkan dirinya Mak Inang Diraja datang rumah saya mencemar duli sambil membawa dua buku Roti yang cukup istimewa. Roti tersebut sangatlah enak.
Beliau memaklumkan bahawa roti tersebut telah ditempah khas daripada sebuah rumah yang mengusahakan pembuatan roti di Bandar Baru Uda, Johor Bahru. Mungkin lokasinya berhampiran Plaza Angsana saya teka sahaja. Beliau memaklumkan harga roti tersebut adalah RM 8 sebuku. Struktur Roti tersebut sangatlah lembut dan rasanya manis sekali. Semasa makan pun roti tersebut masih panas menandakan baru sahaja dimasak. Gambar Roti tersebut boleh anda lihat dibawah; Satu dengan krim dan satu tanpa krim. Namun kedua-duanya sedap sekali. Saya akan menempahnya jika ada kesempatan.