NAK IKLANKAN SESUATU atau LAPOR masalah forum? Emailkan di komunitigempakzhq@gmail.com

ATTENTION: "NEW POST REPLY" display "Error". >KLIK<<

+++ Do LIKE @ SHARE ARTICLE +++

Thread Rating:
  • 0 Vote(s) - 0 Average
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
Kenaikan harga minyak 2013 - Aktiviti Penyeludupan petrol / diesel ke luar negara
#1
Sebenarnya, selepas kenaikan harga minyak 20 sen yang dilakukan baru-baru ini, terdengar juga ura-ura untuk menaikkan harga minyak lagi untuk mengurangkan penyeludupan.

Bagi aku, alasan ini sangat tidak relevan dan ia menimbulkan kemarahan banyak pihak. Masalah penyeludupan bagi aku memang dah berlaku lama. Cara penyelesaiannya bukanlah menaikkan harga minyak akan tetapi dengan memperketatkan kawalan sempadan negara di darat mahupun di laut.

Apabila aku terbaca daripada berita harian tentang aktiviti penyeludupan diesel ini, aku sedih kerana ini baru satu aktiviti yang kantoi mungkin sudah sangat banyak aktiviti seperti ini yang sudah berjaya bolos daripada pandangan pihak berkuasa.

Walaubagaimanapun, tahniah buat pihak berkuasa yang berjaya membanteras aktiviti penyeludupan minyak yang agak banyak kali ini menggunakan bot penunda. Saya juga dipahamkan ramai nelayan kita yang mencari untung dengan menjual minyak subsidi. Ini merupakan satu penyelewengan yang tidak sepatutnya dilakukan.

Quote:
SANDAKAN: Pasukan Polis Marin (PPM) merampas 6,000 liter minyak diesel subsidi yang sedang dipindahkan dari sebuah bot nelayan ke sebuah bot penunda di perairan berhampiran Bandar Leila dekat sini, semalam.

Komander PPM Wilayah Sabah, Asisten Komisioner Mohamad Madun berkata akitiviti itu dikesan oleh anggotanya ketika mereka melakukan rondaan pada jam 9.30 pagi. Juragan bot nelayan itu yang berusia lingkungan 40-an dan seorang krew bot penunda yang berusia 30-an kemudiannya ditahan.


"Ketika pemeriksaan dilakukan, bot nelayan itu sedang mengepam minyak diesel subsidi ke bot penunda. Sebanyak 5,500 liter minyak diesel masih berada di dalam bot nelayan itu manakala 500 liter lagi sudah dipam ke bot penunda," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Mohamad berkata, kesalahan itu dilakukan mengikut Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961 yang jika sabit kesalahan boleh didenda RM100,000 atau penjara tidak lebih dua tahun atau kedua-duanya sekali.


- BERNAMA
Mari mendaftar ahli di Komuniti gempakZ~   Shy

** PENGUMUMAN PENTING: "NEW POST REPLY" BERMASALAH >>KLIK<<
** SUBSCRIBE Youtube Komuniti gempakZ >>KLIK<<
Reply


Possibly Related Threads...
Thread Author Replies Views Last Post
  Kenaikan Harga Tol Menyenangkan Rakyat? Mr.Pingu 3 4,599 04-17-2014, 05:31 PM
Last Post: llama
  Kenaikan Gaji kakitangan Awam 2013 Mr.Pingu 0 2,276 03-13-2013, 04:42 AM
Last Post: Mr.Pingu
  Sari Berita Pendek: Luar Negara Mr.Pingu 9 11,830 05-18-2012, 08:24 PM
Last Post: Mr.Pingu
  Tun Daim Zainuddin bagi hint kenaikan harga minyak! Mr.Pingu 0 1,998 04-05-2011, 12:04 AM
Last Post: Mr.Pingu
  PM mula bercuti ke luar negara hingga 10 Ogos Mr.Pingu 0 1,820 08-04-2010, 12:10 AM
Last Post: Mr.Pingu

KoMuNiTi gempakZ on Facebook

Website Hit Counter

Forum Jump:


Users browsing this thread: 1 Guest(s)