Komuniti gempakZ
  • Portal
  • Search
  • Member List
  • Calendar
  • Help
Hello There, Guest! Login Register
Login
Username:
Password: Lost Password?
 
Komuniti gempakZ › GEMPAKZ CORNER › SERIUS GEMPAKZ › iSu TeRKiNi v
« Previous 1 ... 36 37 38 39 40

PR Perak sedia berdebat dengan Zambry

NAK IKLANKAN SESUATU atau LAPOR masalah forum? Emailkan di komunitigempakzhq@gmail.com

Thread Rating:
  • 0 Vote(s) - 0 Average
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
Thread Modes
PR Perak sedia berdebat dengan Zambry
Mr.Pingu Offline
Administrator
*******
Posts: 6,500
Threads: 2,798
Joined: Aug 2010
Reputation: 4
#1
08-08-2010, 12:31 AM


IPOH, 4 Ogos: Pakatan Rakyat (PR) Negeri Perak bersedia mengadakan debat secara terbuka dengan Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir sebagaimana yang diucapkan pada persidangan Dun, semalam.

“Saya kira ucapan tersebut didengari oleh semua yang berada di dalam dewan dan tercatat dalam hansard sidang yang dipengerusikan oleh seorang yang mengaku sebagai speaker iaitu Ganesan. “Sebagai Ketua Sekretariat Pakatan Rakyat Perak dan Ketua Penerangan PAS Perak, saya dengan ini menegaskan kesedian untuk menyahut cabaran Zambry untuk berdebat dengan mana-mana pimpinan Pakatan Rakyat,” ujar Drs Khalil Idham Lim (gambar) dalam satu kenyataan.

Beliau yang juga Adun Titi Serong boleh mengatur satu debat yang dimaksudkan sebagai medan untuk memberi peluang kepada Zambry menjawab kononnya fitnah dan pembohongan yang dilakukan oleh pimpinan Pakatan Rakyat di dalam ceramah mereka. “Yakinnya Zambry dengan tohmahan itu dengan katanya kami kena bertanggung jawab di hadapan Tuhan. Sekiranya itulah dakwaan Zambry, saya mengulangi cabaran Datuk Seri Nizar di dalam dewan semalam, sekiranya dia (Zambry) ‘anak jantan’ sila sahut cabaran ini dan nyatakan di manakah pembohongan Pakatan Rakyat dalam debat itu,” ujarnya.

Katanya, pihak Zambry juga boleh mengatur di mana dan tempat pilihannya sendiri dan pemimpin Pakatan akan datang untuk berdebat.
Baginya, Stadium Perak cukup luas untuk menampung kehadiran semua rakyat Perak dalam debat tersebut, dan bolehlah disiarkan secara langsung dalam media massa BN.

Namun begitu, beliau ingin tegaskan sikap bacul dan penakut BN sebenarnya terserlah dan perlu diketahui oleh rakyat Perak, bermula dengan merampas kuasa dan menafikan demokrasi sehinggalah pada sidang semalam di mana walaupun Zambry berkata suka berdebat namun dia telah menghadkan dewan bersidang sehari sahaja. Tambahnya, tindakan menghadkan ketua pembangkang untuk bercakap dalam tempoh yang panjang sebagai mana amalan biasa dalam sidang Dun sebelum ini, atau di mana-mana sidang Parlimen dan Dun negeri di Malaysia, adalah menifestasi dari ketakutan BN untuk mendengar segala hujah dan fakta daripada Adun Pakatan Rakyat.

Sebaliknya, kata ia menggambarkan juga Adun BN tidak mempunyai modal untuk berbahas melainkan memuji dan memuja langkah menambah bajet sebanyak RM80 juta. “Semuanya Adun BN yang berbahas kelmarin nampaknya dalam nada yang sama dan tidak punya modal,” ujarnya lagi.

Bliau menambah, dakwaan Zambry dan Adun BN bahawa Nizar berceramah dalam dewan adalah disangkal. Andaian tersebut, baginya hanya keluar dari mulut orang yang terdesak dan takut untuk mendengarnya.

Sehubungan itu, beliau menunggu jawapan Zambry dan bersedia untuk berbincang lebih lanjut mengenainya dengan sesiapa sahaja yang mewakilinya bagi menjayakan debat yang dinamakan ‘Debat Rakyat, Siapa Pembohong?’.
ARTIKEL LAIN YANG MUNGKIN ANDA SUKA Pilihan berkaitan dan artikel menarik lain dari GempakZ
PM umum lebih 1.24 juta penjawat awam, 590,000 pesara dapat RM500 sebelum 1 Syawal
PM umum lebih 1.24 juta penjawat awam, 590,000 pesara dapat RM500 sebelum 1 Syawal
08-27-2010 1,849 Views 0 Replies
60 Peratus berzina kerana pengaruh video lucah
60 Peratus berzina kerana pengaruh video lucah
08-20-2010 2,087 Views 0 Replies
Tragedi mangsa ditanam hidup-hidup
Tragedi mangsa ditanam hidup-hidup
08-09-2010 3,363 Views 2 Replies
testing
testing
05-07-2011 4,311 Views 8 Replies
Akhirnya Facebook tak jadi tutup tetapi makin diupgrade adalah
Akhirnya Facebook tak jadi tutup tetapi makin diupgrade adalah
03-16-2011 5,869 Views 8 Replies
Mari mendaftar ahli di Komuniti gempakZ~   Shy

** SUBSCRIBE Youtube Komuniti gempakZ >>KLIK<<
Website Find
Reply


Possibly Related Threads...
Thread Author Replies Views Last Post
  Anwar Cabar Najib Berdebat Mr.Pingu 0 1,385 01-20-2011, 07:45 PM
Last Post: Mr.Pingu

KoMuNiTi gempakZ on Facebook

Website Hit Counter

Forum Jump:


Users browsing this thread: 1 Guest(s)
  • Contact Us
  • Komuniti gempakZ
  • Return to Top
  • Mobile Version
  • RSS Syndication
Current time: 10-13-2026, 01:31 AM Powered By MyBB 1.8.5, © 2002-2026 MyBB Group.
Linear Mode
Threaded Mode
View a Printable Version
Subscribe to this thread
Add Poll to this thread
Send thread to a friend