
Anugerah Planet Muzik 2013 telah diadakan di Suntec, Singapore. Beberapa orang artis Malaysia telah memenangi kategori utama dalam APM 2013 kali ini. Senarai penuh pemenang APM 2013 seperti di bawah:
- Artis Serantau Paling Popular: Hafiz
- Lagu Serantau Paling Popular: Muara Hati (Hafiz & Dato' Siti Nurhaliza)
- Lagu Serantau Terbaik: Harus Terpisah (Cakra Khan)
- Vokal Terbaik Artis Baru Lelaki: Cakra Khan
- Vokal Terbaik Artis Baru Wanita: Citra Scholastika
- Artis Lelaki Terbaik: Judika
- Artis Wanita Terbaik: Bunga Citra Lestari
- Duo/Kumpulan Terbaik: Hafiz & Dato' Siti Nurhaliza (Muara Hati)
- Kolaborasi Terbaik: Najwa Latif, SleeQ & Syamkamarul (Sahabat)
- Band Terbaik: NOAH (Separuh Aku)
- Lagu Terbaik Malaysia: Masih Aku Cinta (Shila Amzah)
- Lagu Terbaik Indonesia: Harus Terpisah (Cakra Khan)
- Lagu Terbaik Singapura: Jangan Ganggu Pacarku (Aliff Aziz)
- Lagu Singapura Paling Popular: Untuk Dia (SleeQ feat Najwa Latif)
- Artis Singapura Paling Popular: Audionauts
- Ikon Media Sosial: SleeQ
- Nova Media Sosial: Hafiz Zainal
- Penerima Khas APM 2013: Black Dog Bone
Kategori yang menarik minat saya pastinya Nova Media Sosial yang mana calon adalah dikalangan penyanyi berbakat bukan professional dan berkongsi bakat melalui laman sosial youtube. Tahniah buat Hafiz Zainal, pemuda berbakat dari Johor yang memenangi kategori tersebut. Bakat beliau telah lama saya kesan. Tahniah juga buat pemenang lain.
Malam tersebut juga menyaksikan beberapa persembahan hebat daripada artis ternama ketiga-tiga negara. Paling menjadi perhatian pastinya kemunculan Diva tersohor serantau, Datuk Siti Nurhaliza yang berduet dengan artis negara jiran. Saya juga meminati Cakra Khan kerana keunikan Vokalnya.
Saya juga ada memberi banyak vote untuk APM 2013 kali ini. Hafiz serta Datuk Siti Nurhaliza, Shila Amzah, Cakra Khan, Najwa Latif, serta beberapa lagi telah saya vote dan nampaknya saya berjaya membantu untuk menambah vote mereka dan memberi kemenangan. Orang kata sedikit-sedikit pun membantu juga kan.
Tapi, saya terkejut Agnes Monika tidak menang sebarang Kategori malahan artis terkenal Indonesia, Afgan tidak mendapat pencalonan sedangkan Albumnya hebat sekali. Bunga cinta Lestari menang lagi artis wanita terbaik. Erm..

