Komuniti gempakZ
  • Portal
  • Search
  • Member List
  • Calendar
  • Help
Hello There, Guest! Login Register
Login
Username:
Password: Lost Password?
 
Komuniti gempakZ › GEMPAKZ CORNER › SERIUS GEMPAKZ › iSu TeRKiNi v
« Previous 1 ... 5 6 7 8 9 ... 40 Next »

Pensyarah UiTM Shah Alam Tikam Kelar Isteri sebelum Kelar Diri

NAK IKLANKAN SESUATU atau LAPOR masalah forum? Emailkan di komunitigempakzhq@gmail.com

Thread Rating:
  • 0 Vote(s) - 0 Average
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
Thread Modes
Pensyarah UiTM Shah Alam Tikam Kelar Isteri sebelum Kelar Diri
Mr.Pingu Offline
Administrator
*******
Posts: 6,500
Threads: 2,798
Joined: Aug 2010
Reputation: 4
#1
01-07-2014, 03:36 PM
Bagi aku kan, Berpendidikan tinggi dan berilmu tidak menjamin seseorang itu akan sentiasa berfikiran rasional. Apabila nafsu dan amarah dibenarkan menguasai diri, pertimbangan akal sudah tidak lagi mengambil tempat. Inilah yang berlaku kepada kes sepasang suami isteri yang mati terbunuh semalam. Ikuti kisahnya

Quote:
KLANG 6 Jan. – Hasrat sepasang suami isteri untuk menyelesaikan masalah rumah tangga mereka di sebuah hotel di sini bertukar tragedi apabila kedua-duanya menemui ajal dalam keadaan mengerikan.

Norazlina Mohamed Saaid, 49, ditemui mati dengan beberapa kesan tikaman di kepala dan kelaran di leher dipercayai dilakukan oleh suaminya, Ghazalee Ahmad, 58.

Ghazalee yang merupakan pensyarah di Universiti Teknologi Mara, Shah Alam pula meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital untuk mendapatkan rawatan selepas dipercayai mengelar lehernya sendiri.

Kejadian pada pukul 5 pagi itu disedari oleh seorang pekerja hotel yang terdengar jeritan Norazlina.

Saksi yang bergegas ke bilik mangsa ternampak Ghazalee sedang menikam isterinya yang cuba melarikan diri dari dalam bilik hotel.

Dia kemudian bertindak melaporkan kejadian kepada polis.

Difahamkan, pasangan itu dilaporkan mendaftar masuk ke hotel tersebut pada pukul 11.45 malam semalam.

Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner Mohd. Shukor Sulong berkata, anggotanya yang bergegas ke tempat kejadian selepas menerima panggilan menemui mayat Norazlina terbaring di lantai dengan kesan tikaman dan kelaran di leher.

Menurutnya, suami mangsa pula ketika itu sedang duduk di atas katil dengan hanya memakai seluar pendek dalam keadaan berlumuran darah dipercayai mengelar lehernya sendiri selepas membunuh isterinya.

“Suami mangsa meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) di sini

“Pemeriksaan polis di tempat kejadian turut menemui sebilah pisau dan tukul yang dipercayai digunakan untuk membunuh mangsa,” katanya ketika ditemui di sini, hari ini.

Sementara itu, seorang peguam syarie yang enggan dikenali mengesahkan pasangan suami isteri tersebut mengalami konflik rumah tangga selepas Norazlina memfailkan kes perceraian pada Julai tahun lalu.

Menurut peguam syarie itu, kedua-duanya dijadualkan hadir ke Mahkamah Rendah Syariah di Shah Alam pukul 9 pagi hari ini untuk sebutan kes kali ketiga.

Mayat kedua-duanya dihantar ke HTAR untuk bedah siasat dan kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Sementara itu, usaha untuk menemu bual ahli keluarga pasangan suami isteri itu gagal selepas beberapa orang di kalangan mereka yang hadir ke Bilik Mayat HTAR bertindak menghalau wartawan dan mengugut untuk mengambil tindakan mahkamah sekiranya masih berada di pekarangan premis.

Tinjauan ke rumah pasangan itu di Seksyen 18, Shah Alam pula mendapatinya tiada penghuni di situ.

- Utusan Melayu
ARTIKEL LAIN YANG MUNGKIN ANDA SUKA Pilihan berkaitan dan artikel menarik lain dari GempakZ
Boeing 737 Terhempas, Patah Dua. 1 Mati, 130 Selamat
Boeing 737 Terhempas, Patah Dua. 1 Mati, 130 Selamat
08-19-2010 1,676 Views 0 Replies
Salam Dari Mr.PiNGU
Salam Dari Mr.PiNGU
08-04-2010 3,947 Views 5 Replies
Pemain bolasepak Jerman dikecualikan berpuasa
Pemain bolasepak Jerman dikecualikan berpuasa
08-08-2010 1,533 Views 0 Replies
Kisah monyet yang menyayat hati
Kisah monyet yang menyayat hati
08-08-2010 1,836 Views 1 Replies
coway
coway
05-19-2019 1,344 Views 2 Replies
Mari mendaftar ahli di Komuniti gempakZ~   Shy

** SUBSCRIBE Youtube Komuniti gempakZ >>KLIK<<
Website Find
Reply
llama Offline
Member
**
Posts: 89
Threads: 5
Joined: Apr 2014
Reputation: 0
#2
04-18-2014, 11:52 AM
beraninya nak kelar diri sendiri
bukan nak buat lawak ke apa tapi mana datang keberanian tu
dahsyat!!
Find
Reply


Possibly Related Threads...
Thread Author Replies Views Last Post
  Imbuhan Gaji guru vs Pensyarah Mr.Pingu 0 2,011 05-19-2012, 02:49 PM
Last Post: Mr.Pingu
  Kejadian Bunuh kelar lagi Mr.Pingu 0 1,659 11-11-2011, 11:01 AM
Last Post: Mr.Pingu
  Pelajar Kelar Bayi di Asrama Mr.Pingu 0 3,447 10-18-2011, 12:08 PM
Last Post: Mr.Pingu
  Bagi mesej sebelum bunuh diri Mr.Pingu 0 2,350 01-07-2011, 12:08 AM
Last Post: Mr.Pingu

KoMuNiTi gempakZ on Facebook

Website Hit Counter

Forum Jump:


Users browsing this thread: 1 Guest(s)
  • Contact Us
  • Komuniti gempakZ
  • Return to Top
  • Mobile Version
  • RSS Syndication
Current time: 10-03-2026, 12:13 AM Powered By MyBB 1.8.5, © 2002-2026 MyBB Group.
Linear Mode
Threaded Mode
View a Printable Version
Subscribe to this thread
Add Poll to this thread
Send thread to a friend