06-30-2014, 06:52 PM

Assalamualaikum.. Seperti yang boleh anda lihat dalam gambar. Ustaz Dato' Abu Hasan Din telah menerangkan bahawa anak kecil seawal 7 tahun perlu dititikberatkan dengan didikan solat berbanding dengan puasa. Saya sangat menyetujui perkara ini.
Dewasa ini, kita boleh lihat betapa ramainya orang Islam yang tidak menjaga solat sedangkan solat merupakan ibadat wajib yang dituntut selepas mengucap dua kalimah syahadah. Tidak menyempurnakan solat bermaksud rukun Islam tidak disempurnakan. Namun, agak jadi kebiasaan kita lihat manusia berpuasa tapi tak solat. Berpuasa sekadar mengikut-ngikut dan berlapar dan sebahagiannya menggunakan waktu puasa untuk berdiet. Ini bukanlah puasa yang dituntut dalam Islam yang mempunyai skop lebih luas daripada sekadar berlapar.
Mengapa ramai yang tidak rasa bersalah? Mengapa ramai yang mengabaikan solat? Jika kita lihat ia bertitik tolak dengan didikan ibu bapa. Anak-anak umumnya telah diajar solat disekolah. namun, tahu solat tidak bermaksud mereka mahu melaksanakan. Maka disini peranan ibu bapa sangat penting dalam memastikan anak-anak mereka menunaikan solat.
Justeru, adalah penting untuk mendedahkan anak-anak dengan solat sejak mereka kecil lagi. Tidak mengapa mereka tidak mengerti sekurang-kurangnya rajinkan membawa mereka pergi ke masjid dan bersama-sama berjamaah dengan anak-anak.
Alangkah ruginya hidup jika kita tidak menjaga solat yang merupakan tiang agama dan sangat-sangat dituntut oleh Allah. Namun, ada yang kita lihat ibu-bapa lebih menekankan anak mereka untuk berpuasa walaupun anak-anak mereka masih kecil. Cukuplah jika kita ajar anak-anak kecil berpuasa separuh hari berbanding sehari penuh. Lembik anak-anak tu. Kasihan mereka.
Sekian sahaja perkongsian untuk kali ini.