Dunia digemparkan dengan berita yang cukup menyayat hati ini. paling menyedihkan kerana sekali lagi malang menimpa pesawat MAS selepas peristiwa kehilangan pesawat MH370. Sekurang-kurangnya, Pesawat MH370 masih belum dipastikan keadaannya dan operasi mencari masih dijalankan. Tetapi, Boeing 777 untuk laluan MH17 disahkan terhempas. Pesawat ini terhempas bukan disebabkan kegagalannya atau cuaca buruk tetapi dikuatiri DITEMBAK oleh militan memandangkan laluan MH17 adalah meliputi kawasan yang sedang bergolak. Saya difahamkan ada 2 lagi pesawat telah ditembak sebelum MH17 di kawasan hampir serupa dalam tempoh seminggu sahaja. Pesawat berlepas daripada Amsterdam dan dijadualkan sampai di Kuala Lumpur 6.10 Pagi ini (jumaat, 18 Julai 2014).
Namun, berita rasmi belum dikeluarkan setakat ini oleh media tempatan. Saya menulis berdasarkan maklumat yang disampaikan melalui media sosial. Berikut merupakans edikit maklumat yang saya ambil daripada laman Facebook Sukan Star TV:
Namun, berita rasmi belum dikeluarkan setakat ini oleh media tempatan. Saya menulis berdasarkan maklumat yang disampaikan melalui media sosial. Berikut merupakans edikit maklumat yang saya ambil daripada laman Facebook Sukan Star TV:
Quote:MH17 terhempas: Mayat ditemui di lokasi, serpihan bersepah sejauh beberapa kilometer
Astro Awani | Kemas kini: Julai 18, 2014
KUALA LUMPUR: Pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17 yang terputus hubungan pada kira-kira 1415 (GMT) dari waypoint Tamak, sekitar 50km dari sempadan Ukraine dan Rusia telah disahkan terhempas menurut laporan AFP.
AFP turut melaporkan beberapa mayat telah ditemui di sekitar lokasi pesawat terhempas dan serpihan dikatakan bersepah sejauh beberapa kilometer.
Ekor pesawat malang itu dijumpai di sebuah ladang jagung berhampiran manakala pasukan mencari dan menyelamat kelihatan di lokasi.
Pesawat Boeing 777 itu berlepas dari Amsterdam pada 12.15 tengahari (waktu tempatan) dan sepatutnya tiba di Kuala Lumpur pada pukul 6.10 pagi Jumaat. Terdahulu, pesawat Malaysia Airlines MH17 dikatakan terhempas di Ukraine, lapor Reuter.
Pesawat terbabit membawa 280 penumpang dan 15 anak kapal. Dalam pada itu, sebuah pusat operasi telah dibuka dan akan beroperasi 24 jam di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang. Malaysia Airlines (MAS) dijadual mengadakan satu sidang media pada pukul 4 pagi di KLIA.
Wisma Putra kini sedang bekerjasama rapat dengan kerajaan Rusia dan Ukraine susulan laporan bahawa pesawat Malaysia Airlines (MAS) Penerbangan MH17 telah terhempas di Ukraine, lapor Bernama.
Laporan itu menyebut Timbalan Menteri Luar Datuk Hamzah Zainuddin mengesahkan perkara berkenaan.
"Kami sedang bekerjasama rapat dengan kedua-dua kerajaan untuk mendapat maklumat.
"Buat masa ini, kami mempunyai beberapa maklumat, cuma tunggu nak mengesahkan sahaja", kata beliau ketika dihubungi Bernama hari ini.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak melahirkan rasa terkejut dengan kejadian yang dilaporkan menimpa pesawat Boeing 777 milik MAS penerbangan MH17. Perdana Menteri menerusi akaun Twitternya berkata, kerajaan akan menyiasat segera kejadian tersebut.
Bagaimanapun Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menerusi akaun twitternya menjelaskan, masih belum ada pengesahan bahawa pesawat itu ditembak jatuh.
"Pihak tentera telah diarahkan untuk menyiasat kesahihan dakwaan itu. Kita juga bekerjasama dengan Kementerian Pengangkutan (berhubung insiden tersebut)," katanya.
MAS melalui Twitternya mengesahkan pihaknya gagal menghubungi pesawat MH17 yang dijadualkan dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur.
Kedudukan terakhir pesawat Boeing 777 itu dikesan berada di ruang udara Ukraine berhampiran sempadan Rusia.
Dibawah merupakan screenshoot keadaan pesawat yang saya ambil daripada video berita media Ukraine:

Keadaan sekitar Nahas

Antara Passport yang dijumpai dalam keadaan baik

Passport milik rakyat Malaysia

Lokasi kejadian di ladang jagung


