NAK IKLANKAN SESUATU atau LAPOR masalah forum? Emailkan di komunitigempakzhq@gmail.com

ATTENTION: "NEW POST REPLY" display "Error". >KLIK<<

+++ Do LIKE @ SHARE ARTICLE +++

Thread Rating:
  • 0 Vote(s) - 0 Average
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
BEKAS Menteri Pengangkutan, Tan Sri Chan Kong Choy menipu bekas Perdana menteri
#1

BEKAS Menteri Pengangkutan, Tan Sri Chan Kong Choy diiringi anggota polis keluar dari bilik Mahkamah Sesyen Putrajaya, hari ini selepas didakwa atas tiga pertuduhan menipu bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi berhubung projek Zon Perdagangan Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ). - Foto Afendi Mohamed

Kong Choy didakwa sengaja dorong Pak Lah beri kelulusan kepada Kuala Dimensi majukan Zon Bebas Pelabuhan Klang

PUTRAJAYA: Bekas Menteri Pengangkutan, Tan Sri Chan Kong Choy, mengaku tidak bersalah terhadap tiga tuduhan menipu bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi, berhubung projek Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) di Selangor, di Mahkamah Sesyen, di sini semalam.

Beliau yang mengulas mengenai tuduhan itu kemudian berkata: “Saya terperanjat (dengan tuduhan), tetapi yakin dengan sistem perundangan negara... saya akan melalui semua ini dan membersihkan nama saya.” Kong Choy adalah bekas Menteri Pengangkutan kedua didakwa berhubung skandal PKFZ selepas Tun Dr Ling Liong Sik pada tahun lalu. Beliau yang tidak bergari, tiba di pekarangan mahkamah jam 2.05 petang diiringi sepasukan polis. Turut sama, isterinya, Puan Sri Ann Chan dan anak perempuan, Chan Kai Xuan. Tertuduh yang memakai kemeja panjang biru muda dan berseluar kelabu, tenang ketika pertuduhan dibacakan. Beliau menghadapi tiga tuduhan berasingan mengikut Seksyen 417 Kanun Keseksaan kerana menipu Abdullah berhubung projek itu yang didakwa dilakukan antara Februari 2004 hingga Mac 2006 di Tingkat 4, Pejabat Perdana Menteri, Bangunan Perdana Putra di sini.

Seksyen itu memperuntukkan penjara lima tahun atau denda atau kedua-duanya bagi setiap pertuduhan.

Bagi tuduhan pertama, Kong Choy didakwa memperdayakan Abdullah untuk memberikan kelulusan kepada Kuala Dimensi Sdn Bhd (KDSB) selaku 'turnkey developer' untuk memajukan projek pembangunan Transshipment Hub di Pulau Indah Free Zone meliputi keluasan 1,000 ekar (404.68 hektar) secara fasa tunggal dengan kos pembangunan dianggarkan RM1 billion pada 24 Februari 2004 dan 25 Februari 2004.

Tertuduh didakwa secara curang menyembunyikan fakta pembiayaan kos pembangunan itu akan dibiayai melalui terbitan bon oleh KDSB menerusi Transshipment Megahub Berhad dengan sokongan kerajaan melalui Menteri Pengangkutan.

Tuduhan kedua ialah pada 11 Oktober 2005 dan 28 Oktober 2005, Kong Choy didakwa memperdayakan Abdullah supaya kelulusan diberi kepada KDSB melaksanakan kerja pembangunan tambahan di PKFZ, iaitu menaik taraf simpang masuk ke PKFZ berjumlah RM285.38 juta, kerja infrastruktur elektrik berjumlah RM135 juta dan pembinaan hotel kelas perniagaan berjumlah RM90 juta.

Dia dituduh secara curang menyembunyikan fakta pembiayaan kos pembangunan itu dibiayai melalui terbitan bon oleh KDSB menerusi Valid Ventures Sdn Bhd dengan sokongan kerajaan melalui Menteri Pengangkutan.

Kong Choy juga dituduh memperdayakan Abdullah untuk memberikan persetujuan supaya kelulusan diberi kepada KDSB melaksanakan kerja pembangunan tambahan di PKFZ iaitu kerja membina ‘Concrete Trenching’ kabel elektrik (RM140.2 juta), kerja elektrikal untuk bekalan 33kv ke Presint 2 dan 8 (RM80 juta), kerja infrastruktur PMU untuk PKFZ (RM30 juta), pembinaan jalan PKFZ ke Pelabuhan Barat (RM28.1 juta) dan pembinaan jalan masuk utama ke PKFZ dan CT4 Pelabuhan Barat (RM57.5 juta) dengan curang menyembunyikan fakta pembiayaan kos pembangunan. dibiayai melalui terbitan bon KDSB melalui Free Zone Capitol Berhad dengan sokongan kerajaan melalui Menteri Pengangkutan.

Bagi semua pertuduhan, beliau didakwa dengan sengaja mendorong bekas Perdana Menteri memberi persetujuan kepada kelulusan itu yang mana Abdullah tidak akan memberikan persetujuan jika fakta itu dimaklumkan kepada beliau.

Pendakwaan diketuai Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail, dibantu oleh Timbalan Pendakwa Raya (TPP), Dzulkifli Ahmad dan TPP Manoj Kurup, manakala Kong Choy diwakili peguam Arthur Wang, Badrul Munir Bukhari dan Azad Bashir.

Hakim Azhaniz Teh Azman Teh menetapkan 31 Mac ini sebagai tarikh sebutan semula kes dan membenarkan Kong Choy dibebaskan dengan jaminan RM1 juta.
Mari mendaftar ahli di Komuniti gempakZ~   Shy

** PENGUMUMAN PENTING: "NEW POST REPLY" BERMASALAH >>KLIK<<
** SUBSCRIBE Youtube Komuniti gempakZ >>KLIK<<
Reply


Possibly Related Threads...
Thread Author Replies Views Last Post
  Menteri Jerman bunuh diri selepas 'kebimbangan krisis coronavirus' Mr.Pingu 0 792 03-30-2020, 12:53 AM
Last Post: Mr.Pingu
  Bekas Perdana Menteri Ditahan Mr.Pingu 0 1,075 07-04-2018, 05:31 PM
Last Post: Mr.Pingu
  Noryn Aziz di Kediaman Rasmi Menteri Besar Kelantan Mr.Pingu 0 2,628 08-06-2012, 05:29 PM
Last Post: Mr.Pingu
  Bekas Ketua Wanita Umno mati dibunoh? Mr.Pingu 0 1,863 07-21-2012, 04:50 PM
Last Post: Mr.Pingu
  Dokumentari Khas perdana Menteri Mr.Pingu 0 2,037 07-21-2012, 03:42 PM
Last Post: Mr.Pingu
  Ketua Menteri dan Exco kerajaan Pulau Pinang istihar harta Mr.Pingu 0 2,007 01-12-2012, 03:46 PM
Last Post: Mr.Pingu
  Update CEUPAS isu SBPA: Perdana Menteri setuju tangguh perlaksanaan Mr.Pingu 0 2,244 12-22-2011, 02:52 PM
Last Post: Mr.Pingu
  Maksud Nama Najib Dan Bekas Perdana Menteri Cuit Perhatian Perwakilan Mr.Pingu 2 3,357 12-10-2011, 11:15 AM
Last Post: Mr.Pingu
  Perdana Menteri dan isteri tak selesai Ibadah Haji? Mr.Pingu 0 2,238 11-09-2011, 02:36 PM
Last Post: Mr.Pingu
  Perdana Menteri sambut rumah terbuka di Permatang pauh Mr.Pingu 2 3,450 09-13-2011, 10:59 PM
Last Post: Mr.Pingu
  Perdana Menteri beri amaran jangan cuba ubah sejarah Mr.Pingu 0 1,852 09-11-2011, 09:16 PM
Last Post: Mr.Pingu
  Bekas NC menang tuntutan ke atas Yun Nam Hair Care Mr.Pingu 0 1,766 02-27-2011, 10:31 PM
Last Post: Mr.Pingu
  Bekas pengetua asrama anak yatim dituduh cabul remaja perempuan Mr.Pingu 0 1,816 08-19-2010, 06:03 AM
Last Post: Mr.Pingu

KoMuNiTi gempakZ on Facebook

Website Hit Counter

Forum Jump:


Users browsing this thread: 1 Guest(s)