Komuniti gempakZ
  • Portal
  • Search
  • Member List
  • Calendar
  • Help
Hello There, Guest! Login Register
Login
Username:
Password: Lost Password?
 
Komuniti gempakZ › GEMPAKZ CORNER › SERIUS GEMPAKZ › iSu TeRKiNi v
« Previous 1 ... 17 18 19 20 21 ... 40 Next »

Ketua Menteri dan Exco kerajaan Pulau Pinang istihar harta

NAK IKLANKAN SESUATU atau LAPOR masalah forum? Emailkan di komunitigempakzhq@gmail.com

Thread Rating:
  • 0 Vote(s) - 0 Average
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
Thread Modes
Ketua Menteri dan Exco kerajaan Pulau Pinang istihar harta
Mr.Pingu Offline
Administrator
*******
Posts: 6,500
Threads: 2,798
Joined: Aug 2010
Reputation: 4
#1
01-12-2012, 03:46 PM
Pulau Pinang dah buat negeri lain bagaimana? Wink

Ketua Menteri Lim Guan Eng dan ahli exco majlis kerajaan negeri Pulau Pinang hari ini mengisytiharkan harta mereka secara terbuka. Bagaimanapun, pegawai ex-officio seperti Setiausaha Kerajaan Negeri, pegawai kewangan negeri dan pegawai undang-undang negeri tidak diwajibkan berbuat demikian.

Lim berkata perisytiharaan aset mereka itu bertujuan memenuhi amanah peribadi dan juga komitmen politik Kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang.

"Saya yang mencadangkan langkah-langkah integriti ini bagi memastikan kepimpinan yang yang lebih bersih berdasarkan prinsip CAT iaitu cekap, akauntabel, telus (CAT) ," katanya kepada pemberita di kompleks pejabat kerajaan negeri di Komtar.

Lim juga mencadangkan enam langkah integriti yang akan diambil termasuk mengharamkan pembabitan mereka dalam bidang perniagaan yang boleh membawa kepada konflik kepentingan parti-parti politik; sistem tender terbuka, undang-undang maklumat bebas dan perisytiharan aset peribadi.

Mengenai sama ada aset teman dan ahli keluarga akan juga diisytiharkan, Lim berkata, "Kami akan mengambil langkah satu persatu."

Ditanya bagaimana orang ramai boleh mengesahkan aset ahli-ahli politik berkenaan, Lim berkata, perisytiharan ini adalah secara sukarela oleh semua ahli exco.

Menurut borang perisytiharan aset yang diedarkan kepada wartawan hari ini, pelaburan Lim dalam Amanah Mutual Bhd menunjukkan sedikit peningkatan dari 112,843 unit kepada 124,845 unit antara Mac 2008 dan akhir tahun lalu.

Pelaburan Dana Public Mutual miliknya pula meningkat dari 10,000 unit hingga 25,989 unit manakala simpanan tetapnya menunjukkan kenaikan daripada RM245,000 hingga RM298,785. Pelaburan lain iaitu sebanyak 8,000 unit tidak menunjukkan peningkatan dari tahun 2008.

Selain itu, Lim juga memiliki dua rumah kedai di Melaka, satu daripadanya adalah harta milik bersama yang bernilai RM435,000 dan satu lagi bernilai RM530,000. Beliau juga ada membuat pinjaman RM650,000 bagi membayar hartanah itu.

Paling mencururi tumpuan adalah ahli exco dan ADUN Batu Maung Datuk Abdul Malik Abul Kassim kerana borang pengisytiharannya menunjukkan beliau tidak memiliki sebarang harta mahupun membuat sebarang pelaburan.

Beliau hanya memiliki kereta Proton Tiara apabila mengambil alih jawatan pada tahun 2008, dan baru-baru ini membeli sebuah Honda CRV 2.0 berharga RM143,000 yang dibayar dengan pinjaman kerajaan.

"Rumah saya kepunyaan isteri kerana dia bekerja. Saya kini tinggal di sebuah rumah sewa. Rakan-rakan saya melawak bahawa sekiranya saya bergaduh dengan isteri saya, maka saya akan tidur di kereta," katanya.
ARTIKEL LAIN YANG MUNGKIN ANDA SUKA Pilihan berkaitan dan artikel menarik lain dari GempakZ
Beri ibu bersalin rehat secukupnya-90 hari
Beri ibu bersalin rehat secukupnya-90 hari
08-13-2010 1,132 Views 0 Replies
Walaupon ketagih seks,gadis dipaksa keluarga mengaku dirogol
Walaupon ketagih seks,gadis dipaksa keluarga mengaku dirogol
08-10-2010 2,869 Views 0 Replies
Tun Dr Siti Hasmah tidak sibuk
Tun Dr Siti Hasmah tidak sibuk
08-04-2010 3,465 Views 4 Replies
Mengelakkan OFF Topik
Mengelakkan OFF Topik
04-10-2011 11,629 Views 17 Replies
Social Networking selain Facebook?
Social Networking selain Facebook?
01-09-2011 12,872 Views 18 Replies
Mari mendaftar ahli di Komuniti gempakZ~   Shy

** SUBSCRIBE Youtube Komuniti gempakZ >>KLIK<<
Website Find
Reply


Possibly Related Threads...
Thread Author Replies Views Last Post
  Pulau Pinang dah jadi Mini Las Vegas? Mr.Pingu 0 1,751 12-04-2011, 11:22 AM
Last Post: Mr.Pingu
  BEKAS Menteri Pengangkutan, Tan Sri Chan Kong Choy menipu bekas Perdana menteri Mr.Pingu 0 2,347 03-01-2011, 12:44 PM
Last Post: Mr.Pingu

KoMuNiTi gempakZ on Facebook

Website Hit Counter

Forum Jump:


Users browsing this thread: 1 Guest(s)
  • Contact Us
  • Komuniti gempakZ
  • Return to Top
  • Mobile Version
  • RSS Syndication
Current time: 11-10-2026, 08:13 AM Powered By MyBB 1.8.5, © 2002-2026 MyBB Group.
Linear Mode
Threaded Mode
View a Printable Version
Subscribe to this thread
Add Poll to this thread
Send thread to a friend