NAK IKLANKAN SESUATU atau LAPOR masalah forum? Emailkan di komunitigempakzhq@gmail.com

ATTENTION: "NEW POST REPLY" display "Error". >KLIK<<

+++ Do LIKE @ SHARE ARTICLE +++

Thread Rating:
  • 0 Vote(s) - 0 Average
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
Video Lucah Datuk Seri Anuar Ibrahim dengan Pelacur??
#1
from: sinaharian................

Video Lucah -Teknologi video dan kempen jatuhkan seteru. Sekali imbas, ceritanya memang panas – tetapi tidak masuk akal.



Adakah seorang yang begitu terkenal dan menghadapi pertuduhan liwat akan nekad untuk mendapatkan khidmat seorang pelacur di sebuah hotel di tengah-tengah ibu negara? Dan, apakah kemungkinan bilik hotel itu pula mempunyai kemudahan rakaman yang begitu canggih sehingga video itu diambil daripada beberapa sudut. Itulah yang juak-juak Umno dan blogger upahan mahukan rakyat percaya dalam fitnah terbaru terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Dalam percubaan terbaru untuk memusnahkan kredibiliti Ketua Pembangkang berusia 63 tahun itu, seorang yang bergelar “Datuk T” hari ini menyewa kemudahan di Hotel Carcosa yang mempunyai kadar sewa paling mahal di Kuala Lumpur. Beliau berbuat demikian kononnya untuk membolehkan wartawan menonton video itu sebelum ia dihantar kepada Anwar dan isterinya.

“Datuk T” menggambarkan dirinya sebagai ahli sebuah pertubuhan bukan kerajaan yang mahu menegakkan kebenaran.

Jika itu tujuannya, mengapa tidak diserahkan video itu kepada pihak berkuasa, termasuk Jabatan Agama Islam? Mengapa tidak terus “melepaskan” video itu untuk disebarkan kepada orang ramai supaya kesahihan video ini dapat dikenal pasti secepat mungkin?

Kenapa harus tunggu seminggu?

Kenapa harus tunggu seminggu atas alasan memberi peluang kepada Anwar berundur secara terhormat? Jelas tujuan untuk “menyembunyikan' video ini daripada khalayak ramai adalah hanya untuk mendapatkan publisiti maksimum untuk memalukan Anwar, sebelum kesahihan video diperinci oleh golongan profesional.

Bagi mereka yang mengenali selok belok politik Umno dan NGO upahan parti itu, persoalan utama ialah sebagus mana kualiti video fitnah ini. Dalam erti kata lain, apakah teknologi yang digunapakai untuk menghasilkannya.

Pada perbicaraan Anwar yang pertama tahun 1998, pihak pendakwaraya menjanjikan bukti video untuk mensabitkan perlakuan seks Anwar.

Namun akhirnya pihak pendakwaraya sendiri sedar bahawa “video” yang dimaksudkan itu direkacipta dengan kualiti yang begitu buruk dan tidak akan dapat dipertahankan di mahkamah. Justeru, tidak ada bukti sebegitu ditampilkan, sungguhpun ia dijanjikan.

Sejak itu, teknologi video sudah jauh beranjak ke depan untuk memanfaatkan sesiapa yang bercadang membuat video membabitkan personaliti tertentu.

Kepada mereka yang arif dalam teknologi video, teknik memasang wajah orang tertentu melakukan sesuatu yang haram bukan perkara mustahil, namun ia adalah sesuatu yang boleh dibuktikan menerusi aplikasi teknologi yang ada di tangan polis

Jika Datuk T “ikhlas” menyelamatkan negara, video itu sudah tentu berada di tangan polis, dan Jabatan Agama Islam serta pakar-pakar yang boleh memperakukan kesahihannya.

Sebaliknya tidak. Datuk T akan “menyimpan' video itu untuk seminggu manakala polis dan pihak berkuasa Islam pula tidak menunjukkan sebarang inisiatif untuk menyiasat dakwaan beliau.

Jelas tangan musuh-musuh politik Anwar sekali lagi terserlah dalam satu lagi percubaan untuk mengaibkan beliau dan keluarganya. Dengan bertindak demikian, seteru-seteru politik Anwar mahu merencat kempen beliau dan Pakatan Rakyat di Sarawak menjelang pilihanraya negeri di situ.

Lawan politik Anwar juga amat mengharapkan “pendedahan” video seks itu akan memberikan nafas baru kepada tuduhan liwat terhadap beliau yang kini terjejas selepas hakim memutuskan polis memperolehi bukti sampel DNA terhadap Anwar secara tidak sah. Amat mencurigakan apabila Menteri Dalam Negeri Hishamuddin Hussein awal-awal lagi menafikan pembabitan polis dalam video berkenaan.

“Jadi jangan ada spekulasi bahawa polis yang buat (video) ini, saya belum tengok dan mungkin tidak akan tengok,” kata beliau.

Hanya Hishamuddin tahu kenapa beliau bingkas menafikan pembabitan polis walhal belum pun ada tuduhan sebegitu dibuat
Mari mendaftar ahli di Komuniti gempakZ~   Shy

** PENGUMUMAN PENTING: "NEW POST REPLY" BERMASALAH >>KLIK<<
** SUBSCRIBE Youtube Komuniti gempakZ >>KLIK<<
Reply
#2
BETUL atau TIDAK kita akan dapat tahu juga di MAHKAMH SANA... apabila dibicarakan dihadapan ALLAH
Jgn tidur.. belajar-belajar rerajin ya adik-adik semua huhu_penat
Reply


Possibly Related Threads...
Thread Author Replies Views Last Post
  Datuk Seri Anwar Ibrahim PM-10 yang diharapkan Mr.Pingu 0 12,080 12-14-2022, 12:45 AM
Last Post: Mr.Pingu
  Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan Cuti Khas Pilihan Raya 2022 Mr.Pingu 0 9,032 11-15-2022, 03:26 PM
Last Post: Mr.Pingu
  DATUK SERI TAJUDDIN dilucutkan jawatan Pengerusi Prasarana Malaysia Bhd Netizen Happy Mr.Pingu 0 806 05-28-2021, 12:13 AM
Last Post: Mr.Pingu
  Dato Seri Anuar Ibrahim menang besar di Port Dickson Mr.Pingu 0 1,285 10-14-2018, 01:25 AM
Last Post: Mr.Pingu
  Datuk Seri Anwar Ibrahim dituduh meliwat lagi?? Mr.Pingu 0 2,186 01-12-2012, 02:37 PM
Last Post: Mr.Pingu
  Pembebasan datuk Seri Anwar Ibrahim: Wartawan kelas A serbu Mr.Pingu 0 2,629 01-09-2012, 07:16 PM
Last Post: Mr.Pingu
  Exclusive: Temubual datuk Seri Anwar Ibrahim dan wakil Al-Jazeera Mr.Pingu 0 2,210 01-09-2012, 05:28 PM
Last Post: Mr.Pingu
  Keputusan Mahkamah Tinggi: Datuk Seri Anwar Ibrahim dibebaskan Mr.Pingu 0 2,868 01-09-2012, 12:16 PM
Last Post: Mr.Pingu
  Adam Adli - Mahasiswa turunkan bendera datuk Seri Najib Mr.Pingu 0 2,538 12-21-2011, 12:01 AM
Last Post: Mr.Pingu
  Surat daripada Remaja berumur 19 tahun buat Datuk Seri Najib Tun Razak Mr.Pingu 6 8,487 05-04-2011, 11:43 PM
Last Post: mongek_toncet
  Benarkah polis mengesahkan pelakon video sbg bukan Datuk Seri Anwar Ibrahim? Mr.Pingu 0 2,089 04-20-2011, 11:29 PM
Last Post: Mr.Pingu
  Ulasan Video Lucah Datuk Seri Anwar Ibrahim Mr.Pingu 9 11,917 04-05-2011, 12:16 AM
Last Post: Mr.Pingu
  60 Peratus berzina kerana pengaruh video lucah Mr.Pingu 0 1,985 08-20-2010, 02:40 AM
Last Post: Mr.Pingu

KoMuNiTi gempakZ on Facebook

Website Hit Counter

Forum Jump:


Users browsing this thread: 1 Guest(s)