NAK IKLANKAN SESUATU atau LAPOR masalah forum? Emailkan di komunitigempakzhq@gmail.com

ATTENTION: "NEW POST REPLY" display "Error". >KLIK<<

+++ Do LIKE @ SHARE ARTICLE +++

Thread Rating:
  • 0 Vote(s) - 0 Average
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
Ulasan Video Lucah Datuk Seri Anwar Ibrahim
#1
Salam sejahtera. Isu tersebarnya video lucah Datuk Seri Anwar Ibrahim telah kecoh dikatakan disana sini. Tiba-tiba sahaja perkara ini berbangkit oleh dalang yang dikenali sebagai Datuk T. So, diluar sana macam-macam ulasan dari rakyat jelata yang saya dengar. sebahagian mengiakan dan percaya kebenaran video tersebut and sebahagian lagi menafikan (walhal tiada antara mereka pernah melihat video tersebut apabila ditanya.. memang kelakar). Itu semua andaian sahaja.

Sebentar tadi, seorang rakan saya telah memberikan satu link di youtube tentang video tersebut. Eh?? Bagaimana Video tersebut boleh berada di Youtube dan disebarkan?? Pelik? Dan disebabkan perasan ingin tahu, saya telah menontonya (Walaupun hanya separuh sahaja).

Pada awalnya, saya berasa sangat terkejut! Oh! Mirip sangat dengan Datuk Seri Anwar dari segi paras rupanya.. Namun begitu setelah menonton lebih lanjut, keyakinan saya berubah kerana Sememangnay video tersebut BUKAN DILAKONKAN OLEH DATUK SERI ANWAR IBRAHIM! yang melakonkannya hanyalah orang yang seiras denganya.

ANALISA YANG SAYA BUAT BERDASARKAN VIDEO TERSEBUT:

1) Wajah memang mirip Datuk Seri Anwar
2) Perut pelakon tersebut sangatlah buncit dan saya yakin datuk seri anwar tidak memiliki perut sebuncit itu. Ini diakui sendiri oleh Datin Seri Wan azizah, isteri Datuk Seri Anwar.
3) Gaya berjalan dan gerak geri pelakon tidak sama dengan gaya berjalan datuk seri anwar.. sangat berbeza.. Itu hakikatnya.

melalui 3 fakta ini saya yakin bahawa Video tersebut bukan melibatkan Datuk Seri Anwar. Mungkin ia adalah Video yang berbentuk Konspirasi untuk membunuh masa depan politik beliau. Hakikatnya, Kebangkitan Datuk Seri Anwar Ibrahim perlu dihalang sebaiknya kerana beliau akan mengheret ramai pihak yang dikatakan menyalahgunakan kuasa setelah mandat diberikan Rakyat.

Ini bukanlah ayat saya semata tepai hasil daripada perbincangan dengan rakan-rakan. Hakikan sebenar tiada sesiapa yang tahu melainkan si Pelaku dan juga Allah S.W.T.

sedutan video tersebut (jika belum dibuang): http://www.youtube.com/watch?v=UlVzqC0_rnM

insan yang dikatakan pelakon utama dan mirip datuk seri anwar ibrahim:



tambah info: sumber = http://www.malaysiakini.com/news/160648



Keluarga Datuk Seri Anwar Ibrahim telah menafikan dakwaan bahawa beliau adalah lelaki dalam video seks yang sebahagian daripadanya telah disiarkan di internet semalam. Isteri Anwar yang juga presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail kata video itu merupakan "bukti paling jelas" bahawa suaminya bukanlah lelaki yang mengadakan hubungan seks dengan seorang pelacur itu.

Membaca satu kenyataan hari ini, wan Azizah berkata, keluarganya telah memutuskan untuk menonton video yang disiarkan di Internet itu dan mendapati jelas bahawa susuk badan lelaki berkenaan terlalu berbeza dengan susuk badan Anwar. Turut hadir di sidang akhbar tersebut ialah pengerusi DAP Karpal Singh, Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, bapa mertua Anwar, Datuk Wan Ismail Wan Mahmud serta anak sulung ketua umum PKR itu, Nurul Izzah.

Turut hadir dalam sidang media itu, bapa mertua Anwar, Datuk Wan Ismail Wan Mahmud. Menurut Dr Wan Azizah lagi, keluarganya telah diuji dengan pelbagai dugaan sejak 1998 dan pelbagai fitnah dan tuduhan telah dilemparkan terhadap Anwar.

"Setiap tuduhan tersebut adalah sendirinya terlalu berat, tetapi Datuk Seri Anwar terpaksa melalui satu demi satu tuduhan yang busuk, jelek dan jijik," katanya.

Namun, tambah beliau, jika disenaraikan semua tuduhan tersebut, nyata sekali tidak masuk akal bagaimana Anwar dapat melakukan kesemuanya yang bertentangan antara satu sama lain.

"Dalam kes video terbaru ini, kami sekeluarga memutuskan untuk menonton sendiri rakaman tersebut.

"Video tersebut adalah bukti paling kukuh bagi sesiapa yang benar-benar mengenali Datuk Seri Anwar bahawa tuduhan terbaru ini satu lagi fitnah zalim dan palsu.

"Siapa lagi yang lebih mengenali beliau dengan begitu intim kalau bukan kami, keluarga terdekat beliau, yang telah bersama beliau dalam susah dan senang, khusus dari saat beliau berada di arus perdana kepimpinan negara hinggalah ke hari-hari beliau mulai pulih dari serangan apabila beliau dibebaskan daripada penjara.

"Jelas kelihatan susuk tubuh badan pelaku dalam video tersebut amat berlainan daripada susuk badan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Hal ini diperkukuh lagi memandangkan sejak lebih setahun yang lalu, anak-anak Datuk Seri Anwar Ibrahim sering menemani beliau setiap kali beliau pergi melakukan aktiviti senaman dan fisioterapi selaku sebahagian daripada aktiviti pemuliharaan kesihatan tulang belakang," tambahnya.

Oleh itu, kata Wan Azizah, mereka sekeluarga berpendirian bahawa keluarnya video ini adalah satu lagi contoh taktik politik lucah dan menolak sekeras-kerasnya politik sedemikian. sehubungan itu, beliau mengajak rakyat Malaysia untuk bersama menegakkan keadilan dan menolak politik kotor.

"Kembalikan agenda perjuangan menuntut reformasi menyeluruh dalam sistem politik, ekonomi dan sosial negara," katanya sambil menambah bahawa dalam menghadapi dugaan ini, mereka yakin ada hikmah di sebaliknya.

"Pendedahan sedutan video ini dibuat pada 4 April 2011 – ulangtahun ke-12 Parti Keadilan Nasional yang lahir daripada kegawatan politik negara.

"Fitnah dan tohmahan ini berpunca daripada ketamakan terhadap kuasa dan politik yang sudah hilang nilai moralnya.

"Kita sewajarnya berbincang secara kritis perbezaan pandangan kita, bukan dengan serangan peribadi yang kotor dan hina," katanya.

Sehubungan itu, beliau berharap semua rakyat tidak terperangkap dengan permainan tersebut, dan sebaliknya meneruskan usaha menegakkan keadilan dan memperjuangkan kebenaran. Ditanya mengapa beliau mengubah fikiran untuk menonton sedutan video tersebut, Wan Azizah berkata beliau diberitahu tidak ada unsur lucah dalam video itu. Sementara itu, ketika bercakap dalam sidang akhbar tersebut, Wan Azizah berkata

"Tidak ada apa-apa (perkara lucah) berlaku...(Jadi saya) nak memuaskan hati.

(Individu) itu bukan Anwar Ibrahim dalam video tersebut," tegasnya ketika menjawab soalan wartawan mengenai identiti lelaki tersebut. Ditanya sama ada penyebaran sedutan video itu mengganggu atau mempengaruhi ahli PKR, Wan Azizah berkata, ceramah di Subang Jaya dua hari lalu, membuktikan semangat mereka naik kerana menyifatkan video itu "tidak beretika, memalu dan mengaibkan".

Ditanya sama ada akan menyahut cabaran pihak yang meminta Anwar bersumpah cara Islam, Wan Azizah berkata: "Tangkap dulu (Datuk T)..." Menurut Wan Azizah lagi, tidak timbul sama ada video itu tulen atau tidak, tetapi sebaliknya menegaskan sekali lagi bahawa lelaki dalam video tersebut bukan Anwar. Sementara itu, Wan Ismail pula - ketika menjawab soalan wartawan - berkata video tersebut adalah tuduhan yang tidak bermoral terhadap menantunya.

"Ia satu tuduhan yang tidak ada asas sama sekali. Orang itu tidak ada cara lain dah (maka mereka) berusaha pelbagai cara untuk memfitnah Datuk Seri Anwar Ibrahim," katanya.
Mari mendaftar ahli di Komuniti gempakZ~   Shy

** PENGUMUMAN PENTING: "NEW POST REPLY" BERMASALAH >>KLIK<<
** SUBSCRIBE Youtube Komuniti gempakZ >>KLIK<<
Reply
#2
tngk gmbr yg pingu ltak ni pn ad lain nyer muke die. actly oni x ske amk port bab2 politik ni..so, x taw ptut skong ke tdk dato' ni.. yg oni tau, dr dlu smpai skrang ad je yg nk jtuh kn die. npe ek? erm_napeek
Reply
#3
tak amik port pon same cam TheOniezuka. lantak la nak jadi ape. siapa buat dia tanggung dosa. siapa tak buat tapi di tuduh.. insyallah akan beroleh kemenangan..
dok kecoh2 pasal video seks ni..
Reply
#4
Oni: sbb dia merupakan musuh politik paling berbahaya.. Dia kan bekas Perdana Menteri and dia tahu sangat banyak perkara2 mungkar dalam BN.. itu yang say dengar.. Kalau dia berjaya naik, nahaslah sapa yg buat kemungkaran tersebut.. terutamanya yang menggelapkan duit rakyat berjuta-juta walhal berbilion sekali..
Mari mendaftar ahli di Komuniti gempakZ~   Shy

** PENGUMUMAN PENTING: "NEW POST REPLY" BERMASALAH >>KLIK<<
** SUBSCRIBE Youtube Komuniti gempakZ >>KLIK<<
Reply
#5
die d jalan yg btol la sbenar nye ni ek..tp "btol" die 2 mnakut kan kerajaan skarang. ados..mnusia..mnusia...

wireless : hang x amk port tp hang dok tngk gk vdeo yg pingu link 2 kan? opss..haha..
Reply
#6
(04-04-2011, 11:18 PM)budak_wireless Wrote: tak amik port pon same cam TheOniezuka. lantak la nak jadi ape. siapa buat dia tanggung dosa. siapa tak buat tapi di tuduh.. insyallah akan beroleh kemenangan..
dok kecoh2 pasal video seks ni..

saya ni sebabkan ada perasan ingin tahulah sy tgok.. sb byk persoalan didiri ini.. lbh2 lagi ni topik hangat sana sini.. hiuuu... tp sy xsuka politik yg kotor kat Malaysia ni..
Mari mendaftar ahli di Komuniti gempakZ~   Shy

** PENGUMUMAN PENTING: "NEW POST REPLY" BERMASALAH >>KLIK<<
** SUBSCRIBE Youtube Komuniti gempakZ >>KLIK<<
Reply
#7
rase nye kt mana2 ngara pn da xde politik yg clean skarang.. ape akn jd untk 10 thun akn dtnag?? huhuhuu
Reply
#8
yela bila duit berbilion berjuta2 depan mata, kopiah pun tanggal.. opsss... huhu
Mari mendaftar ahli di Komuniti gempakZ~   Shy

** PENGUMUMAN PENTING: "NEW POST REPLY" BERMASALAH >>KLIK<<
** SUBSCRIBE Youtube Komuniti gempakZ >>KLIK<<
Reply
#9
tasbih pn tcampak. x pn buat ikat guni duit. opss...opss..opss...hehe.. kenyit2
Reply
#10
(04-05-2011, 12:05 AM)TheOniezuka Wrote: tasbih pn tcampak. x pn buat ikat guni duit. opss...opss..opss...hehe.. kenyit2

hah pandai gak Oni wat lawak tu. hehe nak guna gak la.. "TASBIH PUN TERCAMPAK" HEHEEBig Grin
Mari mendaftar ahli di Komuniti gempakZ~   Shy

** PENGUMUMAN PENTING: "NEW POST REPLY" BERMASALAH >>KLIK<<
** SUBSCRIBE Youtube Komuniti gempakZ >>KLIK<<
Reply


Possibly Related Threads...
Thread Author Replies Views Last Post
  Datuk Seri Anwar Ibrahim PM-10 yang diharapkan Mr.Pingu 0 12,080 12-14-2022, 12:45 AM
Last Post: Mr.Pingu
  Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan Cuti Khas Pilihan Raya 2022 Mr.Pingu 0 9,032 11-15-2022, 03:26 PM
Last Post: Mr.Pingu
  DATUK SERI TAJUDDIN dilucutkan jawatan Pengerusi Prasarana Malaysia Bhd Netizen Happy Mr.Pingu 0 806 05-28-2021, 12:13 AM
Last Post: Mr.Pingu
  Dato Seri Anuar Ibrahim menang besar di Port Dickson Mr.Pingu 0 1,286 10-14-2018, 01:25 AM
Last Post: Mr.Pingu
  Datuk Seri Anwar Ibrahim dituduh meliwat lagi?? Mr.Pingu 0 2,186 01-12-2012, 02:37 PM
Last Post: Mr.Pingu
  Pembebasan datuk Seri Anwar Ibrahim: Wartawan kelas A serbu Mr.Pingu 0 2,630 01-09-2012, 07:16 PM
Last Post: Mr.Pingu
  Exclusive: Temubual datuk Seri Anwar Ibrahim dan wakil Al-Jazeera Mr.Pingu 0 2,210 01-09-2012, 05:28 PM
Last Post: Mr.Pingu
  Keputusan Mahkamah Tinggi: Datuk Seri Anwar Ibrahim dibebaskan Mr.Pingu 0 2,868 01-09-2012, 12:16 PM
Last Post: Mr.Pingu
  Adam Adli - Mahasiswa turunkan bendera datuk Seri Najib Mr.Pingu 0 2,539 12-21-2011, 12:01 AM
Last Post: Mr.Pingu
  Isu tunduk kepada IMF: Jawapan Anwar Ibrahim Mr.Pingu 0 2,669 11-09-2011, 11:24 AM
Last Post: Mr.Pingu
  Surat daripada Remaja berumur 19 tahun buat Datuk Seri Najib Tun Razak Mr.Pingu 6 8,487 05-04-2011, 11:43 PM
Last Post: mongek_toncet
  Benarkah polis mengesahkan pelakon video sbg bukan Datuk Seri Anwar Ibrahim? Mr.Pingu 0 2,090 04-20-2011, 11:29 PM
Last Post: Mr.Pingu
  Video Lucah Datuk Seri Anuar Ibrahim dengan Pelacur?? Mr.Pingu 1 5,739 04-09-2011, 11:44 AM
Last Post: encik albert
  60 Peratus berzina kerana pengaruh video lucah Mr.Pingu 0 1,986 08-20-2010, 02:40 AM
Last Post: Mr.Pingu

KoMuNiTi gempakZ on Facebook

Website Hit Counter

Forum Jump:


Users browsing this thread: 2 Guest(s)