Ada sesuatu yang menarik dapat dilihat pada piluhanraya kecil Port Dickson. Tempat itu merupakan kali pertama Dato Seri Anuar Ibrahim bertanding. Kawasan yang dilihat terdiri daripada pelbagai bangsa dan agama. Ia merupakan percaturan terbaik untuk melihat penerimaan masyarakat pelbagai bangsa kepada calon yang bertanding.
Menariknya, calon bertanding sangat ramai sehingga melihatkan pertandingan banyak penjuru. Ramai yang melihat calon yang ramai itu dapat memecahkan undi calon terkuat disitu.
Lebih menarik, Saiful Bukhari yang merupakan bekas pembantu peribadi Dato Seri yang dilihat juga bertanding. Atas dasar apa kita tak tahu. Namun, beliau kalah teruk dengan mendapat undi yang sangat sedikit.
Dato Seri Anuar Ibrahim menang besar dengan majoriti lebih 30,000 menunjukkan rakyat mahukan beliau menerajui politik semula setelah apa yang sepatutnya menjadi milik beliau telah dirampas atas kepentingan politik.
Politik dilihat menentukan hala tuju negara kita. Jadi, besar harapan rakyat untuk melihat ahli politik membuat yang terbaik untuk memacu negara ke arah negara yang makmur sejahtera dan berpendapatan tinggi.
Kita doakan Dato Seri Anuar dapat menjalankan amanah dengan baik selepas diberi kepercayaan oleh rakyat.
Sekian sahaja


