12-27-2018, 01:40 AM
Kecoh sejak akhir-akhir ini bahawa wang simpanan dalam CIMB bank tidak selamat. Melalui update di facebook, ramai antara rakan-rakan yang kehilangan wang tiba-tiba ataupun ada pengeluaran atau pindahan dibuat oleh pihak Scammer. Habes licin duit OK!
Aku salah seorang pengguna setia CIMB bank. lebih-lebih lagi gaji aku memang masuk ke dalam CIMB bank, aku jadi sangat ridsau tatkala gaji nak masuk sebelum hari Natal tempohari. nak dijadikan cerita, aku log in CIMBclick masa hari gaji masuk dengan harapan aku dapat pindahkan kesemua wang aku ke akaun bank aku yang lain. Namun, aku panik apabila pemindahan tidak boleh dilakukan atas alasan aku sudah mencapai limit pindahan harian!!
Memang sangat panik! Tanpa berlengah, aku ke mesin ATM Cimb. Masa sampai, ada pula securiforce sedang masukkan duit, aku terpaksa menunggu. Sementara menunggu tu ada seorang makcik memaklumkan wang RM300 yang dimasukkan ke dalam akaun anaknya melalui cash deposit hilang! Kisahnya selepas transaksi, anak beliau menyemak baki akaun menggunakan aplikasi CIMb click. beliau lihat wang sudah masuk. Apabila nak mengeluarkan duit tersebut di mesin ATM, wang tersebut sudah tiada.
Aku sangat panik. Apabila selesai urusan securiforce aku terus terjah mesin ATM dan keluarkan semua duit gaji aku. Mujur duit boleh dikeluarkan. Aku bayar segala hutang secara advanced untuk mengelakkan apa-apa berlaku dan aku tinggalkan bakinya dan masukkan ke akaun bank lain.
Buat pengguna CIMB, hati-hati dan rajin rajinlah menukar password anda.
Terima kasih

