Komuniti gempakZ
  • Portal
  • Search
  • Member List
  • Calendar
  • Help
Hello There, Guest! Login Register
Login
Username:
Password: Lost Password?
 
Komuniti gempakZ › GEMPAKZ CORNER › SERIUS GEMPAKZ › iSu TeRKiNi v
« Previous 1 ... 26 27 28 29 30 ... 40 Next »

Harga melonjak semula berikutan pelabur global sedar permintaan terus kekal

NAK IKLANKAN SESUATU atau LAPOR masalah forum? Emailkan di komunitigempakzhq@gmail.com

Thread Rating:
  • 0 Vote(s) - 0 Average
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
Thread Modes
Harga melonjak semula berikutan pelabur global sedar permintaan terus kekal
Mr.Pingu Offline
Administrator
*******
Posts: 6,500
Threads: 2,798
Joined: Aug 2010
Reputation: 4
#1
04-06-2011, 03:31 PM

PENURUNAN harga getah global yang membimbangkan pekebun kecil di negara ini ekoran insiden gempa bumi dan tsunami di Jepun baru-baru ini, mula melonjak semula setelah pelabur global menyedari permintaan komoditi utama itu akan terus kekal kukuh pada masa akan datang.
Selepas mencatatkan harga tertinggi dalam sejarah dengan getah gred tayar SMR 20 mencecah RM17.17 sekilogram pada 18 Februari lalu, ia mula menunjukkan penurunan sebelum jatuh mendadak dengan mencatatkan harga RM11.83 sekilogram pada 16 Mac lalu.

Dengan penurunan sebanyak 31 peratus dalam tempoh satu bulan itu, ia menyebabkan sesetengah pekebun kecil merintih manakala sesetengahnya menyalahkan kerajaan dengan mendakwa kejatuhan berkenaan berikutan campur tangan kerajaan untuk mengawal kenaikan harga komoditi itu.

Namun, sejak minggu lalu, pekebun kecil kini boleh tersenyum semula apabila harga getah kembali meningkat dengan getah gred tayar SMR 20 mencecah RM15.32 sekilogram Jumaat lalu.

Ketua Pengarah Lembaga Getah Malaysia (LGM), Datuk Dr Salmiah Ahmad, berkata pihaknya amat prihatin terhadap penurunan harga dan ketidakstabilan pasaran getah terutama dalam spekulasi pasaran hadapan.
Beliau berkata, LGM memberi jaminan bahawa asas pasaran getah masih kukuh dan penurunan harga berkenaan hanyalah bersifat sementara dan kini mula menunjukkan kenaikan semula.

“Pasaran getah kini mula meningkat semula kerana asas yang kukuh pada Jumaat mencecah RM15.32.

“Ia didorong pertumbuhan ekonomi yang teguh di China dan India di samping purata harga minyak yang tinggi pada tahun lalu menunjukkan ada permintaan terhadap industri getah asli,” katanya kepada Berita Harian, semalam.

Salmiah berkata, pelbagai faktor yang mempengaruhi harga getah di pasaran global termasuk kadar pertukaran mata wang asing, harga minyak, tahap stok bekalan, kenaikan harga komoditi lain dan aktiviti spekulasi dalam pasaran lain terutama pasaran hadapan.

Bagaimanapun, beliau berkata, faktor paling penting adalah bekalan dan permintaan di mana permintaan dunia pada masa kini mengatasi pengeluaran. Katanya, apabila pergerakan harga mencapai tahap melebihi daya pasaran dengan disokong aktiviti spekulasi, pembetulan teknikal akan berlaku dengan pengukuhan harga.

“Pada awal bulan ini, pasaran melalui fasa pembetulan menyebabkan harga ditutup rendah. Bagaimanapun, gempa bumi yang berlaku di Jepun pada 11 Mac lalu menyebabkan harga jatuh mendadak iaitu pada paras dua angka setiap hari.

“Gempa yang turut mencetuskan krisis nuklear menyebabkan pembeli terpaksa menunggu dan melihat trend permintaan kerana Jepun adalah pengeluar automotif utama,” katanya.

Sementara itu, Dr Salmiah berkata, Persatuan Negara Pengeluar Getah Asli (ANRPC) mendakwa gempa bumi di Jepun hanya mengakibatkan impak kecil ke atas permintaan pasaran getah global.

“Tiada kerosakan kepada pengeluar tayar utama di Jepun seperti Bridgestone Corporation dan Michelin. Sekiranya memberi impak kecil, ia dijangka memberi kesan untuk masa yang singkat saja,” katanya.

Bridgestone mengumumkan sudah menyambung semula pengeluaran di kilangnya yang terletak di daerah Kanto manakala pengeluaran Yokohama membabitkan kilang di Tokyo juga sudah beroperasi semula sekali gus mengurangkan kebimbangan mengenai kurang permintaan akibat daripada gempa bumi yang berlaku itu.
ARTIKEL LAIN YANG MUNGKIN ANDA SUKA Pilihan berkaitan dan artikel menarik lain dari GempakZ
Aksi drift elak dicekup
Aksi drift elak dicekup
08-04-2010 1,755 Views 0 Replies
Ular sawa telan Biawak mati terapung
Ular sawa telan Biawak mati terapung
09-06-2010 3,868 Views 1 Replies
Gadis tempatan dilarikan warga Indonesia
Gadis tempatan dilarikan warga Indonesia
08-08-2010 1,468 Views 0 Replies
Lambang Yahudi Zionis di setiap komputer dan laptop
Lambang Yahudi Zionis di setiap komputer dan laptop
11-26-2011 8,471 Views 4 Replies
Kena denda kerana Parking di Tempat salah
Kena denda kerana Parking di Tempat salah
12-17-2011 6,675 Views 8 Replies
Mari mendaftar ahli di Komuniti gempakZ~   Shy

** SUBSCRIBE Youtube Komuniti gempakZ >>KLIK<<
Website Find
Reply
TheOniezuka
Unregistered
 
#2
04-06-2011, 05:55 PM
oni anak felda yg tnam getah, so tau hrga getah memang cpt naik n cpt jgk trun mendadak..

kt tmpt oni stiap kali anta getah, diorang akn ptong duit brape % tah. ble ujung bulan bru diorang bg duit yg dptong 2. kre ad jgk la gji bulanan..
pnah 1 bulan tu blance dpt dlm 5rbu++..tp 1 or 2 blan lps tu dpt sratus jerk.
pnah jgk hrga 1kg lbh krang rm3++..lbh krang sbulan blh jtuh rm2 or xsmpai rm2 pn.hmm...

skarang bt pnanaman smula..kmpung oni amk sawit.rse cm rugi plak cz kbanyakan pnempatan kt c2 amk swit jgk..tp yg baik nye sawit blh dpt hasil lbh cpat dr getah..
Reply
Mr.Pingu Offline
Administrator
*******
Posts: 6,500
Threads: 2,798
Joined: Aug 2010
Reputation: 4
#3
04-06-2011, 05:57 PM
yep.. sawit cepat membesar.. kalau kat kmpung pingu tanah2 kami mmg sebahagian besarnya sawit.. Kalau kita lihat sawit sgt banyak di Malaysia namun masih pelik sbb dikatakan masih tidak dapat memenuhi permintaan global. hiuuu
Mari mendaftar ahli di Komuniti gempakZ~   Shy

** SUBSCRIBE Youtube Komuniti gempakZ >>KLIK<<
Website Find
Reply
TheOniezuka
Unregistered
 
#4
04-06-2011, 06:36 PM
(04-06-2011, 05:57 PM)Mr.Pingu Wrote: yep.. sawit cepat membesar.. kalau kat kmpung pingu tanah2 kami mmg sebahagian besarnya sawit.. Kalau kita lihat sawit sgt banyak di Malaysia namun masih pelik sbb dikatakan masih tidak dapat memenuhi permintaan global. hiuuu

tnah mlaysia je kot yg sngat sbur untk tnaman 2..x jauh pd tmpt oni ad kilang swit n getah..tp skarang kilang gtah 2 da tutp..x taw npe pdahal kwsan kliling pkok getah blm tebang lg mse 2..
Reply
Mr.Pingu Offline
Administrator
*******
Posts: 6,500
Threads: 2,798
Joined: Aug 2010
Reputation: 4
#5
04-06-2011, 06:41 PM
dia dh move kilang getah tu tempat lain kots.. erm...
Mari mendaftar ahli di Komuniti gempakZ~   Shy

** SUBSCRIBE Youtube Komuniti gempakZ >>KLIK<<
Website Find
Reply


KoMuNiTi gempakZ on Facebook

Website Hit Counter

Forum Jump:


Users browsing this thread: 1 Guest(s)
  • Contact Us
  • Komuniti gempakZ
  • Return to Top
  • Mobile Version
  • RSS Syndication
Current time: 10-03-2026, 01:45 AM Powered By MyBB 1.8.5, © 2002-2026 MyBB Group.
Linear Mode
Threaded Mode
View a Printable Version
Subscribe to this thread
Add Poll to this thread
Send thread to a friend