Komuniti gempakZ
  • Portal
  • Search
  • Member List
  • Calendar
  • Help
Hello There, Guest! Login Register
Login
Username:
Password: Lost Password?
 
Komuniti gempakZ › GEMPAKZ CORNER › HIBURAN GEMPAKZ › SeLiBRiTi v
1 2 3 4 5 ... 24 Next »

Koleksi Gosip Pendek Selebriti Artis Malaysia

NAK IKLANKAN SESUATU atau LAPOR masalah forum? Emailkan di komunitigempakzhq@gmail.com

KONGSI ARTIKEL INI
Facebook WhatsApp Telegram X Email
? Link artikel telah disalin
Thread Rating:
  • 0 Vote(s) - 0 Average
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
Thread Modes
Koleksi Gosip Pendek Selebriti Artis Malaysia
Mr.Pingu Offline
Administrator
*******
Posts: 6,498
Threads: 2,797
Joined: Aug 2010
Reputation: 4
#1
Thumbs Up  10-28-2011, 02:24 PM
hi semua. Tongue

Thread khas ini MR.PiNGu akan gunakan untuk update siri gosip pendek / gosip ringkas tentang artis dan selebriti yang ada di Malaysia. Nak jimat space untuk thread baru. So layan aje K~

Sekian ~ Blush
ARTIKEL LAIN YANG MUNGKIN ANDA SUKA Pilihan berkaitan dan artikel menarik lain dari GempakZ
Manisnya Siti Nurhaliza Bertudung Penuh
Manisnya Siti Nurhaliza Bertudung Penuh
08-27-2010 3,177 Views 0 Replies
fauziah latif dalam misi bantuan di Gaza
fauziah latif dalam misi bantuan di Gaza
08-17-2010 1,707 Views 0 Replies
Lawak hanya di malaysia!
Lawak hanya di malaysia!
08-20-2010 25,627 Views 21 Replies
salam perkenalan..saya owner riana.my
salam perkenalan..saya owner riana.my
06-19-2013 2,904 Views 1 Replies
salam perkenalan
salam perkenalan
10-25-2012 3,035 Views 1 Replies
Mari mendaftar ahli di Komuniti gempakZ~   Shy

** PENGUMUMAN PENTING: "NEW POST REPLY" BERMASALAH >>KLIK<<
** SUBSCRIBE Youtube Komuniti gempakZ >>KLIK<<
Website Find
Reply
Mr.Pingu Offline
Administrator
*******
Posts: 6,498
Threads: 2,797
Joined: Aug 2010
Reputation: 4
#2
10-28-2011, 02:25 PM
Tak tahu sesuai ke tak tapi dengar-dengarnya begitulah..

Nama penyampai Hot FM, Fara Fauzana disebut-sebut bakal mengendalikan rancangan wanita popular di TV3, Nona bagi menggantikan pengacara sekarang, Vanidah Imran. Difahamkan, teka-teki itu bakal terungkai pada majlis pratonton rancangan televisyen Media Prima di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur pada hari esok. Adakah anda setuju Fara menjadi hos Nona?

Nama lain yang turut dikaitkan bagi mengemudi rancangan wanita popular di TV3 itu ialah pelakon Rozita Che Wan yang baru-baru ini terpilih sebagai pengacara bersama di majlis Anugerah Skrin pada 4 November depan.

Credits: gua.com.my
Mari mendaftar ahli di Komuniti gempakZ~   Shy

** PENGUMUMAN PENTING: "NEW POST REPLY" BERMASALAH >>KLIK<<
** SUBSCRIBE Youtube Komuniti gempakZ >>KLIK<<
Website Find
Reply
Mr.Pingu Offline
Administrator
*******
Posts: 6,498
Threads: 2,797
Joined: Aug 2010
Reputation: 4
#3
10-28-2011, 02:35 PM
Ini berita terbaru mengenai hOT actor Fahrin Ahmad yang di tawarkan watak hero oleh pengarah popular Osman Ali untuk filem terbarunya Ombak Rindu yang di adaptasi dari novel hits. Setelah pengarah dan produser happy tiba2 Fahrin katakan mungkin tak dapat berlakun kerana mahu menunaikan umrah yang telah di rancang awal. Ala rugi nya Fahrin. Apatah lagi heroinnya adalah Maya Karin yang turut bersama Lisa Surihani dan Umie Aida.

Dalam persaingan sengit industri perfileman dan ranking aktor, Fahrin amat memerlukan filem2 hebat apatah lagi peranan hero seperti Ombak rindu ni. Dari dia berlakun film entah apa2 macam Andartu terlampau lah, Dimensi cinta lah, 2 hati 1 jiwa lah.

Apa lah mamat ni. Dan sekarang dorang tgh pening cari hero yang semuanya tengah busy dengan pelbagai tawaran sekarang. Uolls rasa sapa sesuai ek? Remy berlakun Nur Kasih, Aaron KL Gangster, Fizz Nur kASIh, Shaheizy Sam berlakun Kongsi.
Mari mendaftar ahli di Komuniti gempakZ~   Shy

** PENGUMUMAN PENTING: "NEW POST REPLY" BERMASALAH >>KLIK<<
** SUBSCRIBE Youtube Komuniti gempakZ >>KLIK<<
Website Find
Reply
Mr.Pingu Offline
Administrator
*******
Posts: 6,498
Threads: 2,797
Joined: Aug 2010
Reputation: 4
#4
10-28-2011, 02:49 PM (This post was last modified: 10-28-2011, 02:55 PM by Mr.Pingu.)
wah! nampaknya bukan dalam filem je.. realitinya mereka bercinta

Bukan mahu menyembunyikan status perhubungannya bersama pelakon Tiz Zaqyah selama ini sebaliknya jelas aktor hitam manis, Remy Ishak, tindakan tersebut diambil sebagai langkah berhati-hati kerana tidak tahu apa yang akan berlaku di masa hadapan. Namun tegas Remy Ishak, dia dan Tiz Zaqyah sememangnya sedang berpacaran dan mengharapkan pengakhiran yang baik dalam perhubungan mereka.

"Memang saya dan dia sedang berpacaran. Cuma saya lebih selesa memberitahu kepada umum bahawa kami sedang mengenali hati budi masing-masing dan berkawan rapat. Kerana kami tak tahu apa yang akan berlaku pada masa depan. Kalau tak jadi nanti kita juga yang malu.

"Lagipun apabila kami mengambil keputusan dengan memberitahu bahawa kami bercinta, takut pula nanti orang meletakan harapan yang terlalu tinggi dan kalau tak jadi nanti lain pula ceritanya," katanya membuka bicara mengenai kisah cintanya itu. Ditanya mengapa baru kini dia mempunyai kekuatan untuk mengakui cinta tersebut, jelas Remy Ishak dia tidak mahu dilabel sebagai pembohong mahupun cuba menyembunyikan perkara yang sebenar.

"Saya tak mahu orang salah faham dan sebab itu jugalah saya mengaku dan memberitahu. Sebelum ini, saya pernah memberitahu kepada semua yang kami memang saling mengenali. Saya tak mahu mendengar apa-apa lagi yang mengatakan kami berbohong atau menutup kebenaran kisah berkenaan," jelasnya yang turut mengakui dia merupakan seorang yang romantis.

Mengakui pengalaman bebeerapa orang teman artis yang sering kandas dalam perhubungan, perkara itu sedikit sebanyak telah mengajar Remy Ishak untuk lebih tertutup untuk menceritakan kisah peribadinya.

"Kalau boleh, saya tak mahu sangat kisah cinta diberi tumpuan kerana macam-macam boleh berlaku. Saya jenis orang yang pentingkan perhubungan dan tak suka bercinta putus dan sebagainya. Kerana itu menunjukan seseorang itu tidak mempunyai pendirian.

"Memanglah pada usia 29 tahun ini kita dah berfikir mengenai perkahwinan. Calon sudah ada dalam tangan, cuma nak tengok perkembangannya lagi dan apabila sudah sedia semuanya akan berlangsung," tuturnya.

Tambah hero filem 29 Februari itu lagi, dia mengakui terlalu memilih dalam soal calon isteri memandangkan pengalaman perceraian kedua ibubapanya telah membuatkannya lebih serius terhadap dunia perkahwinan.

"Saya terlalu memilih kerana pengalaman ibubapa saya yang bercerai. Saya tak mahu kahwin dan cerai, kerana bagi saya biarlah hanya berlaku sekali sahaja dalam hidup. Saya juga tak mahu anak-anak terbiar disebabkan perceraian tersebut," jelasnya bersungguh-sungguh.

credit to : murai.com
Mari mendaftar ahli di Komuniti gempakZ~   Shy

** PENGUMUMAN PENTING: "NEW POST REPLY" BERMASALAH >>KLIK<<
** SUBSCRIBE Youtube Komuniti gempakZ >>KLIK<<
Website Find
Reply
Mr.Pingu Offline
Administrator
*******
Posts: 6,498
Threads: 2,797
Joined: Aug 2010
Reputation: 4
#5
10-28-2011, 03:01 PM
PETALING JAYA: Pelakon Maimunah Ahmad, 64, atau lebih dikenali dengan nama Mak Jah sering menghiasi drama dan filem tempatan, namun tiada siapa yang tahu dia pernah bekerja sebagai jurusolek di syarikat produksi Opera Klasik Sdn Bhd milik penerbit dan pengarah tersohor, Rashid Sibir. Mak Jah berkata, dari situ dia mula berlakon dan kini sukar untuk untuk menolak setiap tawaran lakonan yang diberikan oleh penerbit itu walaupun watak kecil sekalipun.

“Saya mula menceburi bidang lakonan melalui kerja sebagai jurusolek artis dan waktu itu saya bekerja dengan Rashid Sibir. Waktu saya mengenalinya, umur saya dalam lingkungan 30-an. Sekarang ini, saya selalu berlakon di bawah arahannya dan selesa bekerja dengannya. Jadi memang susah untuk saya menolak jika dia mengajak saya berlakon apabila mengenangkan jasanya kepada saya dan dia merupakan kawan lama saya,” katanya dalam satu sidang media drama Tanah Kubur musim kedua di Rumah Malaysia, Bukit Jalil, Isnin lalu.

Jelas Mak Jah, walaupun watak yang diberikan tidak banyak babak melibatkan dirinya, tetapi kadangkala watak tersebut menguji cabarannya dan menarik.

“Saya tidak kisah watak apa pun yang diberikan. Walaupun watak sampingan, saya rasa agak menarik juga sekali sekala. Saya akui penonton lebih mengenali saya dengan watak bomoh atau bidan yang jahat. Pernah sekali pada tiga tahun lalu sewaktu saya ke Melaka, ada kanak-kanak yang takut dengan saya sehingga menjerit-jerit tidak mahu turun dari kereta.

“Puas bapanya memujuk tetapi akhirnya saya nekad terus pergi dari situ kerana tidak mahu menakut-nakutkan kanak-kanak itu,” katanya yang turut berpeluang melakonkan drama romantik komedi seperti Fatimah Juling, Halimah Jongang dan Awan Dania.

Menyentuh sedikit tentang kehidupannya, Mak Jah telah berkahwin dan mempunyai tiga orang anak serta 10 orang cucu.
Mari mendaftar ahli di Komuniti gempakZ~   Shy

** PENGUMUMAN PENTING: "NEW POST REPLY" BERMASALAH >>KLIK<<
** SUBSCRIBE Youtube Komuniti gempakZ >>KLIK<<
Website Find
Reply
Mr.Pingu Offline
Administrator
*******
Posts: 6,498
Threads: 2,797
Joined: Aug 2010
Reputation: 4
#6
10-28-2011, 03:10 PM
Oleh Norhayati Nordin
yati@hmetro.com.my

MELIHATKAN penampilannya yang masih jelita dan tampak muda, tidak diduga penyanyi pop terkenal Indonesia, Ruth Sahanaya kini berusia 45 tahun. Malah, Ruth mengakui dia tidak melakukan pembedahan plastik dan penggunaan botox. Kata penyanyi lagu Kaulah Segalanya ini, tiada rahsia dalam penjagaan kecantikannya.

Ujar Ruth, dia hanya mengamal-kan minum jamu, bersukan, selalu bersyukur, berfikiran positif dan sentiasa berusaha dalam kehidupan sehariannya.

Ditemui pada sidang akhbar sempena penganjuran Konsert 25 Tahun Ruth Sahanaya di Hotel The Royale Chulan, kelmarin, Ruth berkata, dia cuma melakukan pembedahan plastik pada payudara sekitar 2005 kerana ingin lebih yakin pada diri.

“Saya membuat keputusan melakukan pembedahan itu bukan mahu menunjuk-nunjuk hebat tetapi sekadar meyakinkan diri dan lebih gembira. Pada saya, ia juga bukan satu kesalahan bagi seseorang wanita melakukan pembedahan kecantikan.

“Ini kerana saya yakin mereka mempunyai alasan tersendiri demi kepuasan diri. Apapun, saya sendiri setakat ini tidak lagi memerlukan penggunaan botox untuk kekal cantik,” katanya turut mengakui sentiasa senyum juga wajah boleh kelihatan muda.

Berbicara pula mengenai penganjuran konsertnya, Ruth berkata, selepas 25 tahun melayari karier nyanyiannya di negara ini, baru kini dirinya berpeluang dan memiliki ruang buat kali pertama muncul pada persembahan berskala besar hujung tahun ini.

“Jujurnya, saya sangat teruja untuk menjayakan Konsert 25 Tahun Ruth Sahanaya yang akan berlangsung pada 17 Disember nanti di Dewan Plenary, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC). Ini kerana, saya juga memiliki kelompok peminat yang ramai di sini.

“Sepanjang perjalanan karier saya, Malaysia juga sudah umpama rumah kedua kerana sering sangat diundang mengadakan persembahan di negara ini. Oleh itu, sekarang adalah masanya untuk saya melakukan konsert ini buat semua peminat,” katanya.

Menurut Ruth, dia mengharap-kan penganjuran konsertnya mendapat sambutan menggalakkan. Katanya, dia akan menghiburkan penonton dengan 30 lagu popular daripada 15 album yang pernah dihasilkannya selama dua setengah jam persembahan.

Terdahulu, sempena meraikan ulang tahun ke-25 perjalanan seninya, Ruth sudah melakukan sesi jelajah konsert istimewa-nya itu di Indonesia pada 25 November 2010 serta Singapura (10 Jun lalu). Bahkan, kini dalam perancangan ke Brunei pula.

Dianjurkan A’caralis Kuala Lumpur Sdn Bhd, ia turut mendapat kerjasama daripada badan kebajikan, Anak Darul Aman Malaysia (ADAM). Malah, sebahagian hasil jualan tiket konsert ini disumbangkan kepada beberapa badan kebajikan memerlukan.

Selain Ruth, penyanyi terkenal tanah air, Datuk Khadijah Ibrahim juga akan tampil menghiburkan penonton dengan empat lagu. Ujar Ruth, dia sungguh berbesar hati dapat bergandingan dengan penyanyi tersohor Malaysia seperti Khadijah.

Sehubungan itu, bagi menyaksikan konsert ini tiket dijual pada harga RM1,500, RM588, RM388 dan RM128. Malah, untuk maklumat tiket boleh ke laman web http://www.ilassotickets.com atau sebarang keterangan lanjut konsert, layari http://www.meportal.net.
kredit:hmetro
Mari mendaftar ahli di Komuniti gempakZ~   Shy

** PENGUMUMAN PENTING: "NEW POST REPLY" BERMASALAH >>KLIK<<
** SUBSCRIBE Youtube Komuniti gempakZ >>KLIK<<
Website Find
Reply
Mr.Pingu Offline
Administrator
*******
Posts: 6,498
Threads: 2,797
Joined: Aug 2010
Reputation: 4
#7
04-04-2012, 02:00 AM
SHAH ALAM 2 April – Seminggu selepas menarik balik permohonan perintah kembali taat, jutawan bola sepak negara, Safee Sali hari ini bercerai secara baik dengan isterinya, Sabarina Yusof di Mahkamah Tinggi Syariah di sini.

Safee melafazkan talak satu terhadap Sabarina di hadapan Hakim Syarie, Fouzi Mokhtar dalam satu prosiding tertutup yang hanya dihadiri peguam dan ahli keluarga terdekat kedua-dua pihak.

Safee yang memakai kot dan seluar hitam hadir di mahkamah ditemani peguam syarie, Ahmad Nazib Johari manakala Sabarina bersama peguam syarie, Ezura Nashuha Abdul Hadi dan Junaidah Bakar tiba pada pukul 3.50 petang.

Safee selaku plaintif dilihat segera meninggalkan mahkamah dengan menaiki sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) bersama Ahmad Nazib dan beberapa yang lain sebaik sahaja prosiding selama hampir sejam itu selesai.

Sementara itu, Ezura Nashuha semasa ditemui di luar mahkamah memaklumkan pasangan itu bercerai secara baik atas persetujuan bersama dengan hak penjagaan kedua-dua anak mereka diberi kepada Sabarina.

Jelas beliau, semua perkara lain seperti nafkah idah dan nafkah anak-anak turut diselesaikan secara muafakat oleh kedua-dua pihak tanpa sebarang pertikaian.

‘‘Safee sudah lafazkan cerai talak satu dalam mahkamah tadi. Tiada sebarang pertikaian dan semua sudah diselesaikan secara baik dan muafakat.

‘‘Harap tidak ada sebarang berita yang kurang menyenangkan selepas ini sebab kedua-dua pihak sudah pun selesaikan secara baik,’’ katanya.

Sabarina pula berkata, beliau dan bekas suami akan terus mengekalkan hubungan baik serta berusaha memberikan yang terbaik demi kedua-dua anak mereka walaupun telah sah bercerai.

Beliau yang akan terus pulang ke Kuching, Sarawak pada malam ini juga berharap agar tiada sebarang berita atau spekulasi yang tidak menyenangkan tentang perkahwinan mereka timbul selepas ini.

‘‘Kami ada dua anak dan perasaan mereka perlu dijaga. Semua tuntutan diselesaikan secara baik di dalam mahkamah. Saya dan Safee juga akan buat yang terbaik untuk anak-anak.

‘‘Semua sudah selesai. Saya harap selepas ini tidak ada sebarang spekulasi. Sebelum ini pun, saya tidak pernah beri sebarang kenyataan tentang rumah tangga kami,’’ katanya.

Mari mendaftar ahli di Komuniti gempakZ~   Shy

** PENGUMUMAN PENTING: "NEW POST REPLY" BERMASALAH >>KLIK<<
** SUBSCRIBE Youtube Komuniti gempakZ >>KLIK<<
Website Find
Reply
Mr.Pingu Offline
Administrator
*******
Posts: 6,498
Threads: 2,797
Joined: Aug 2010
Reputation: 4
#8
04-29-2016, 02:57 PM
Keputusan Mahkamah Tinggi Syariah yang memerintahkan bekas suami pelakon wanita ini yang juga pemain bola sepak kebangsaan, Mohamad Aidil Zafuan supaya membayar nafkah tertunggak berjumlah RM68,530 kepada Rita Rudaini ternyata membuatkan dirinya bersyukur.

Menurut kenyatannya yang dipetik daripada Utusan Online, Rita menegaskan bahawa wang ringgit bukanlah keutamaan perjuangannya turun naik mahkamah selama ini. Sebaliknya apa yang dilakukannya selama ini adalah semata-mata kerana menuntut keadilan untuk diri sendiri dan anak-anaknya yang dizalimi sebelum ini.

Malah Rita kini yang kini menjaga dua cahaya matanya iaitu Airit Rayyan Rizqin dan Airit Qaqa Arjuna turut memanjatkan kesyukuran kepada Allah kerana perjuangannya membela masa depan anak-anak berpihak padanya.

Apa pun, semoga ibu tunggal ini sentiasa tabah menghadapi dugaan yang mendatang. Sehingga kini, peminat Rita tidak henti-henti mendoakan agar selebriti kesayangan mereka ini cepat sembuh dari denggi juga.

sumber: Rotikaya
Mari mendaftar ahli di Komuniti gempakZ~   Shy

** PENGUMUMAN PENTING: "NEW POST REPLY" BERMASALAH >>KLIK<<
** SUBSCRIBE Youtube Komuniti gempakZ >>KLIK<<
Website Find
Reply
Mr.Pingu Offline
Administrator
*******
Posts: 6,498
Threads: 2,797
Joined: Aug 2010
Reputation: 4
#9
05-28-2019, 01:41 AM
Kecohla Aliff Syukri buat Drama dengan Sajat sebab nak pilih pasangan duet lagu Raya... Sajat tidak dipilih atas undian orang ramai.

Ramai yang mengutuk kata Aliff better tak payah nyanyi. Macam2 lah. Ala biarla itu hobi dan keiinginan dia.,, Layankan Aje
Mari mendaftar ahli di Komuniti gempakZ~   Shy

** PENGUMUMAN PENTING: "NEW POST REPLY" BERMASALAH >>KLIK<<
** SUBSCRIBE Youtube Komuniti gempakZ >>KLIK<<
Website Find
Reply


Possibly Related Threads...
Thread Author Replies Views Last Post
  Koleksi Gosip Pendek Artis Luar Negara Mr.Pingu 4 7,570 03-26-2012, 02:10 AM
Last Post: Mr.Pingu
  Bayaran Show Artis Malaysia Mr.Pingu 0 3,052 02-14-2012, 10:06 PM
Last Post: Mr.Pingu

KoMuNiTi gempakZ on Facebook

Website Hit Counter

Forum Jump:


Users browsing this thread: 1 Guest(s)
  • Contact Us
  • Komuniti gempakZ
  • Return to Top
  • Mobile Version
  • RSS Syndication
Current time: 08-28-2026, 07:35 AM Powered By MyBB 1.8.5, © 2002-2026 MyBB Group.
Linear Mode
Threaded Mode
View a Printable Version
Subscribe to this thread
Add Poll to this thread
Send thread to a friend