
Lelaki dan hubungan kelamin? ada yang kata tidak boleh dipisahkan. Benarkah lelaki ini seringkali memikirkan hubungan kelamin? disebabkan aku merupakan seorang lelaki, aku berani kata yang memang lelaki kerap memikirkan tentang hubungan kelamin.. tetapi bukanlah kerana kami gila hubungan kelamin.. tetapi itu merupakan lumrah yang didorang oleh tindak balas fisiology. manusia juga dikurniakan Nafsu yang berkait rapat dengan hubungan kelamin sebagai salah satu cirinya.
Dikatakan lelaki memiliki satu nafsu sahaja dan sembilan akal tetapi wanita dikurniakan sembilan nafsu tetapi satu akal. kalau dilihat disini wanitalah lebih banyak nafsu tetapi kenapa lelaki yang lebih dikaitkan dengan fantasi seksualiti? erm.. xboleh nak jawab la. mungkin sebab satu nafsu yang dikurniakan keatas lelaki itu lebih kuat dari sembilan nafsu yang dikurniakan keatas wanita. ataupun juga wanita tidak menunjukkan sembilan nafsunya kerana dia memiliki sifat malu yang sangat menebal berbanding kaum lelaki.
apa-apa pun hubungan kelamin merupakan keperluan semulajadi bagi manusia tidak kira lelaki atau wanita. masing-masing memerlukannya ibarat makan nasi. tetapi kita dikurniakan akal untuk mengawal nafsu masing-masing agar ia dibimbing ke arah yang lebih baik.





