NAK IKLANKAN SESUATU atau LAPOR masalah forum? Emailkan di komunitigempakzhq@gmail.com

ATTENTION: "NEW POST REPLY" display "Error". >KLIK<<

+++ Do LIKE @ SHARE ARTICLE +++

Thread Rating:
  • 0 Vote(s) - 0 Average
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
Varian Covid-19 Afrika Selatan telah merebak di Malaysia
#1
Penjujukan genom yang dilakukan Institut Penyelidikan Perubatan di bawah Kementerian Kesihatan mendapati peningkatan varian Covid-19 B.1.351 Afrika Selatan di negara ini.

Penjujukan terbaru itu mendapati satu pertiga daripadanya berasal dari varian Afrika Selatan, yang boleh menyebabkan vaksin Astra Zeneca Covid-19 secara signifikan kurang berkesan.

"Kita telah kenal pasti tindakan kita. Penjujukan rujukan genom telah pun perincikan bahawa varian South Africa telah tembusi negara kita dan berada dibeberapa negeri," kata Menteri Kesihatan, Dr Adham Baba pada sidang media di Putrajaya.

Menurut data dari Institut Kesihatan Kebangsaan di bawah Kementerian Kesihatan, sebanyak 36 sampel penjujukan berkenaan merupakan kumpulan terbaru antara 17 Mei dan 23 Mei.

Daripada jumlah tersebut, 12 daripadanya didapati berasal dari varian Afrika Selatan.

Salah satunya adalah dari varian India B.1617 manakala selebihnya adalah varian tempatan.

Adham berkata, setakat ini, sebanyak 448 sampel telah diambil dalam 28 kumpulan.

Secara kumulatif, Adham berkata 78 daripada 448 sampel jujukan didapati dari varian Afrika Selatan.

Varian berkenaan kini terdapat di semua negeri di Semenanjung kecuali Melaka, Terengganu, Pahang dan wilayah persekutuan Putrajaya.

Daripada 78 kes varian Afrika Selatan, kebanyakannya terdapat di Selangor dan Kelantan.

Sebanyak 31 daripadanya ditemui di Selangor, diikuti 18 di Kelantan, 10 di Perak, tujuh di Kedah, empat di Kuala Lumpur, tiga di Pulau Pinang, dua di Perlis, dua di Negeri Sembilan dan satu di Johor.

Lapan daripada 448 sampel jujukan adalah dari varian UK B.1.17 sementara enam daripada varian India B.1617.

Selebihnya tidak dikategorikan sebagai "varian yang menjadi perhatian" (variant of concerns).

Varian yang menjadi perhatian adalah strain Covid-19 yang boleh membunuh atau lebih berbahaya.

Kelantan tunjuk kadar positif tertinggi

Dalam perkembangan berkaitan, Adham berkata Kelantan mempunyai kadar positif tertinggi di negara ini iaitu 11.48 peratus.

Ini bermakna 11.48 peratus daripada semua individu yang diuji positif dengan Covid-19.

Ini diikuti oleh Negeri Sembilan (10.03 peratus), Labuan (8.78 peratus), Putrajaya (8.61 peratus), Selangor (7.9 peratus), Kedah (7 peratus), Terengganu

(5.8 peratus), Sarawak (5.7 peratus), Johor (5.79 peratus), Kuala Lumpur (5.7peratus), Pulau Pinang (5.6 peratus), Pahang (5 peratus), Perak (4.7 peratus), Sabah (3.8 peratus), Perlis (3.76 peratus).

Kadar ini adalah untuk tempoh 23 hingga 29 Mei. Bagaimanapun, perlu diperhatikan bahawa kadar positif yang tinggi juga disebabkan oleh ujian yang rendah.

Bilangan ujian untuk tempoh yang sama adalah seperti berikut: Kelantan (38,516), Negeri Sembilan (33,055), Labuan (8,526), Putrajaya (2,404), Selangor (212,197), Melaka (24,906), Kedah (40,253), Terengganu (28,467), Sarawak (78,471), Johor (69,944), Kuala Lumpur (77,949), Pulau Pinang (47,467), Pahang (29,616), Perak (39,623) dan Sabah (41,862).

Mari mendaftar ahli di Komuniti gempakZ~   Shy

** PENGUMUMAN PENTING: "NEW POST REPLY" BERMASALAH >>KLIK<<
** SUBSCRIBE Youtube Komuniti gempakZ >>KLIK<<
Reply


Possibly Related Threads...
Thread Author Replies Views Last Post
  Peningkatan Kes Covid-19 Malaysia membimbangkan Mr.Pingu 0 903 05-28-2021, 07:52 AM
Last Post: Mr.Pingu
  Covid-19 cecah 6000 kes 2 hari berturut-turut, MALAYSIA KRITIKAL!! Mr.Pingu 0 758 05-20-2021, 06:08 PM
Last Post: Mr.Pingu
  Varian India Covid-19 sangat berbahaya dan cepat merebak Mr.Pingu 0 654 05-16-2021, 06:18 AM
Last Post: Mr.Pingu
  Malaysia Terbaik di Dunia Menanangi Covid-19 Mr.Pingu 1 1,128 04-21-2020, 06:54 PM
Last Post: Mr.Pingu
  Kes Covid-19 Corona Virus mendatar di Malaysia Mr.Pingu 0 898 04-06-2020, 12:07 AM
Last Post: Mr.Pingu

KoMuNiTi gempakZ on Facebook

Website Hit Counter

Forum Jump:


Users browsing this thread: 1 Guest(s)