08-11-2010, 02:39 AM
Kenapa Anjing Mengejar Ekornya? - Saintis kini telah mengetahui puncanya
Sekumpulan Ahli Veterinar telah menemui kaitan terbaru antara perangai anjing mengejar ekornya dengan tahap kolesterol dalam haiwan tersebut. Buat masa ini, mereka memahami tahap kolesterol yang tinggi pada manusia boleh menyebabkan penyakit berkaitan kelakuan seperti panik dan penyakit obsessive compulsive. Kini mereka turut mendapati sebab yang sama boleh menjelaskan kenapa anjing mengejar ekornya.
Menurut Hasan Batmaz, seorang penyelidik dari Fakulti Perubatan Veterinar di Universiti Uludag, Turkey - perangai anjing yang mengejar ekornya disebabkan oleh keinginan atau desakan yang tinggi pada haiwan tersebut untuk melakukannya. Ia biasanya disebabkan oleh anjing yang mengalami trauma kemalangan, surgeri dan penyakit.
Kajian yang melibatkan 30 ekor anjing, 15 ekor daripadanya mengalami desakan mengejar ekornya dan 15 ekor lagi ialah anjing yang sihat sebagai kawalan. Kesemua anjing tersebut diambil sampel darah untuk ujian.
Penemuan
Keputusan sampel darah tersebut mendapati anjing yang mengalami desakan mengejar ekornya mempunyai tahap kolesterol jenis LDL(kolesterol jahat) dan HDL(kolesterol baik) yang lebih tinggi berbanding anjing kawalan.
Hasil dari penemuan tersebut, mereka telah mendapati kadar kolesterol yang tinggi telah menyelaputi sel membran lalu menyebabkan perubahan kepada pengerakkan keluar-masuk serotonin dari sel. Serotonin ialah hormon yang terlibat dalam mengawal mood dan emosi.
Tambahan lagi, para penyelidik turut mendapati anjing betina lebih kerap mengalami desakan mengejar ekor berbanding anjing jantan. Namun begitu, mereka tidak dapat memastikan kenapa ia berlaku sedemikian.