Komuniti gempakZ
  • Portal
  • Search
  • Member List
  • Calendar
  • Help
Hello There, Guest! Login Register
Login
Username:
Password: Lost Password?
 
Komuniti gempakZ › GEMPAKZ CORNER › HOBI GEMPAKZ › GaYa v
« Previous 1 2 3 4

Fakta Kulit

NAK IKLANKAN SESUATU atau LAPOR masalah forum? Emailkan di komunitigempakzhq@gmail.com

KONGSI ARTIKEL INI
Facebook WhatsApp Telegram X Email
? Link artikel telah disalin
Thread Rating:
  • 0 Vote(s) - 0 Average
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
Thread Modes
Fakta Kulit
Mr.Pingu Offline
Administrator
*******
Posts: 6,498
Threads: 2,797
Joined: Aug 2010
Reputation: 4
#1
08-13-2010, 03:56 PM
1.Kulit merupakan organ terbesar dan terberat sekali di dalam badan manusia.
2.Fungsi utama kulit:

*Melindungi bakteria, cahaya UV, bahan kimia dan kecederaan
* Mengawal suhu badan
* Organ deria
*Menghasilkan vitamin D

3.Purata berat ialah 4.8 kilogram untuk lelaki dan 3.2 kilogram untuk wanita
4.Sel-sel baru dihasilkan semula setiap 28 hari
5.Purata ketebalan empat milimeter
6. Kandungan peluh terdiri daripada

*98% air
*1.98% garam
*0.02% bahan-bahan seperti urea, gula, asid laktik dan albumin

7.Permukaan kulit mempunyai pH 4.5 - 5.5 dan dikatakan pada pH berasid lemah.
8.Sebum yang dikeluarkan oleh kelenjar sebum terdiri daripada asid lemak bebas, trigliserida, kolesterol, lilin dan vitamin terlarut lemak. Sebum yang menyebabkan permukaan kulit berminyak dengan minyak yang terhasil berfungsi sebagai pelincir permukaan kulit.
9.Bahan semula jadi yang terdapat di atas kulit termasuklah:

*Air
*Urea
*Asid amino
*Asid urik
*Kreatinin
*Kolina
*Ammonia
*Garam
*Kalium
*Zat besi
*Asid laktik
*Glukosa
*Lelemak
*Asid lemak
*Trigliserida
* Kolesterol
*Vitamin A, B, C, D dan E

Heart
ARTIKEL LAIN YANG MUNGKIN ANDA SUKA Pilihan berkaitan dan artikel menarik lain dari GempakZ
Tembamnya kanak-kanak ini
Tembamnya kanak-kanak ini
09-11-2019 1,186 Views 0 Replies
82 RAHSIA TAHI LALAT
82 RAHSIA TAHI LALAT
10-30-2011 2,962 Views 0 Replies
Kurus dengan produk Herbalife?
Kurus dengan produk Herbalife?
11-17-2012 2,287 Views 0 Replies
Mari kenali Mr.PiNGu
Mari kenali Mr.PiNGu
04-10-2012 2,879 Views 2 Replies
Gambar Islamik Datuk Seri Najib - Datin Seri Rosmah
Gambar Islamik Datuk Seri Najib - Datin Seri Rosmah
05-01-2012 6,914 Views 1 Replies
Mari mendaftar ahli di Komuniti gempakZ~   Shy

** PENGUMUMAN PENTING: "NEW POST REPLY" BERMASALAH >>KLIK<<
** SUBSCRIBE Youtube Komuniti gempakZ >>KLIK<<
Website Find
Reply
Mr.Pingu Offline
Administrator
*******
Posts: 6,498
Threads: 2,797
Joined: Aug 2010
Reputation: 4
#2
08-13-2010, 04:02 PM
Kulit terdiri daripada tiga lapisan utama

1.Epidermis

Terdiri daripada sel-sel berlapis. Sel-selnya sentiasa mengalami proses pertukaran melalui penggantian dan pembuangan sel-sel mati. Apabila sel-sel di permukaan kulit dibuang, sel-sel daripada bahagian dasar akan dianjakkan ke permukaan secara semula jadi. Sel-sel yang pada mulanya hidup akan mati untuk membentuk lapisan luar kulit. Semasa perubahan ini, sel-sel kulit ini akan mengandungi jumlah keratin yang lebih banyak semasa berubah daripada sel-sel hidup kepada sel-sel mati sehingga sel kulit pada lapisan paling luar menjadi keras. Sel-sel ini tidak telap air dan bertindak sebagai lapisan pelindung kepada cahaya matahari dan bahan kimia. Selain daripada keratin, sel-sel melanosit juga penting pada lapisan untuk menghasilkan melanin yang menyebabkan timbulnya warna kulit.

2.Dermis

Terdiri daripada sel-sel hidup bersama-sama dengan saluran darah yang nyata daripada tisu-tisu pelekat. Pada lapisan ini, fiber kolagen banyak dibentuk yang akan berfungsi di dalam mengekalkan keanjalan kulit. Apabila usia meningkat, fiber kolagen akan menyusut untuk menyebabkan kulit menjadi kendur dan berkedut. Struktur saluan darah dan sel-sel pelindung seperti fibroblas dan sel mast banyak terdapat pada lapisan dermis. Juga, liang-liang bagi kelenjar peluh, kelenjar sebum dan folikel rambut akan kelihatan begitu ketara pada lapisan ini. Liang-liang ini mudah tersumbat sekiranya terdapat kotoran yang menutup permukaan liang. Saluran darah pada lapisan dermis akan terlibat di dalam mengekalkan suhu badan. Apabila suhu persekitaran menjadi panas saluran darah akan mengembang supaya banyak darah dibawa ke permukaan kulit untuk mengurangkan suhu badan. Dengan demikian, kulit akan kelihatan kemerah-merahan disebabkan oleh pengembangan saluran darah. Dalam keadaan sejuk, saluran darah akan mengecut sehingga menyebabkan kemasukan darah ke kulit berkurang dan menyebabkan kulit menjadi pucat.

3. Subkutin

Terdiri daripada sel-sel lelemak dan sel pelekat yang longgar yang bertindak sebagai penebat suhu badan, simpanan tenaga dan penyerap hentakan.
Mari mendaftar ahli di Komuniti gempakZ~   Shy

** PENGUMUMAN PENTING: "NEW POST REPLY" BERMASALAH >>KLIK<<
** SUBSCRIBE Youtube Komuniti gempakZ >>KLIK<<
Website Find
Reply


KoMuNiTi gempakZ on Facebook

Website Hit Counter

Forum Jump:


Users browsing this thread: 1 Guest(s)
  • Contact Us
  • Komuniti gempakZ
  • Return to Top
  • Mobile Version
  • RSS Syndication
Current time: 08-27-2026, 06:51 PM Powered By MyBB 1.8.5, © 2002-2026 MyBB Group.
Linear Mode
Threaded Mode
View a Printable Version
Subscribe to this thread
Add Poll to this thread
Send thread to a friend