NAK IKLANKAN SESUATU atau LAPOR masalah forum? Emailkan di komunitigempakzhq@gmail.com

ATTENTION: "NEW POST REPLY" display "Error". >KLIK<<

+++ Do LIKE @ SHARE ARTICLE +++

Thread Rating:
  • 0 Vote(s) - 0 Average
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
Ibu, tiga anak pergi serentak
#1
sedihnya... kepada pengguna-pengguna jalanraya sila berhati-hati ketika memandu.. sila memandu dengan sopan untuk elakkan kemalangan..Sad

ifwan@bharian.com.my
2010/08/17

Suami, seorang anak cedera parah kereta dinaiki dirempuh van

KUALA KLAWANG: Seorang wanita dan tiga anaknya terbunuh, manakala suaminya dan seorang lagi anak mereka cedera parah apabila kereta yang mereka naiki terbabit dalam kemalangan dengan sebuah van di Kilometer 22 Jalan Seremban-Simpang Pertang di Bukit Tangga, dekat sini, malam kelmarin. Mangsa, Hazilawati Abdul Halim, 34, dan Khairul Aiqal Khairul Affandi yang berusia setahun, meninggal dunia di Hospital Jelebu, manakala dua lagi anaknya, Khairunnisa Afiqah, 7, dan Khairul Afiq, 5, meninggal dunia di tempat kejadian. Suami Hazilawati, Khairul Affandi Shabudin, 33, juruteknik di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) patah tulang rusuk kiri, dimasukkan ke Hospital Tuanku Ja'afar Seremban (HTJS), manakala kembar Khairul Aiqal, Khairul Aziq, yang cedera di kepala dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk rawatan lanjut.

Ketua Polis Daerah Jelebu, Deputi Superintendan Setapa Yusoff, berkata kemalangan berlaku pada kira-kira jam 9 malam ketika keluarga itu dalam perjalanan dari Kampung Kampai dekat sini, ke rumah mereka di Kampung Batu 4, Sungai Pelek, Sepang.

“Setibanya di tempat kejadian, kereta Proton Wira dipandu Khairul Affandi dipercayai membuat pusingan U, dirempuh sebuah van yang datang dari arah bertentangan.

“Anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat dari Kuala Klawang dan Seremban mengambil masa kira-kira 30 minit untuk mengeluarkan mangsa yang tersepit,” katanya di sini, semalam.
Jenazah Hazilawati dan tiga anaknya dimandi, dikafan dan disembahyangkan di surau Hospital Jelebu sebelum dibawa dengan tiga van jenazah untuk dikebumikan di Kampung Batu 4, Sungai Pelek, petang semalam.

Setapa berkata, pemandu van dan seorang penumpang berumur 50-an yang cedera ringan dirawat sebagai pesakit luar di Hospital Jelebu dan pemandu van terbabit turut membuat laporan polis berhubung kejadian itu. Sementara itu, bapa Hazilawati, Abdul Halim Abdullah, 64, yang tinggal berhampiran rumah anaknya, terkilan kerana tidak dapat bertemu cucu paling manja dengannya, Khairul Aiqal, yang sering dibawa bersiar-siar menaiki motosikal.

Beliau berkata, ketika mahu mengambil Khairul Aiqal Jumaat lalu, dia melihat rumah itu kosong, sebelum Hazilawati kemudian menelefon memberitahu mereka pulang ke rumah mentuanya di Kampung Kampai.

“Pak cik rasa rindu sangat apabila mengenang Khairul Aiqal yang baru pandai berjalan dan sering ketawa apabila bermain dengan pak cik,” katanya ketika ditemui di rumah mayat Hospital Jelebu di sini, semalam.

Abdul Halim berkata, dia berasa tidak sedap hati ketika solat Maghrib di surau berhampiran rumahnya malam kelmarin dan terkejut apabila polis memaklumkan kereta dipandu menantunya terbabit dalam kemalangan maut.

“Apabila tiba di Hospital Jelebu, dunia terasa gelap apabila dimaklumkan anak dan tiga cucu termasuk (Khairul) Aiqal meninggal dunia,” katanya.

Ibu Khairul Affandi, Dahari Mad Samad, 72, berkata dia masih terbayang permintaan Khairul Afiq supaya membelikan baju raya beberapa jam sebelum meninggal dunia.

“Sebelum ini, walaupun (Khairul) Afiq petah bercakap, dia tidak pernah meminta apa-apa daripada saya, tetapi semalam (kelmarin) dia bersungguh-sungguh menyuruh saya membelikan baju raya.

“Saya beritahu akan membelikannya baju ketika mereka pulang semula ke kampung untuk menyambut Aidilfitri. Jika saya tahu itu permintaan terakhirnya, saya gagahkan diri untuk ke kedai memenuhi hajatnya itu,” katanya dengan sebak.

'Tiada lagi riuh rendah, semuanya sudah tiada' nanges
Reply


KoMuNiTi gempakZ on Facebook

Website Hit Counter

Forum Jump:


Users browsing this thread: 1 Guest(s)