NAK IKLANKAN SESUATU atau LAPOR masalah forum? Emailkan di komunitigempakzhq@gmail.com

ATTENTION: "NEW POST REPLY" display "Error". >KLIK<<

+++ Do LIKE @ SHARE ARTICLE +++

Thread Rating:
  • 0 Vote(s) - 0 Average
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
Tabiat Kanak-Kanak
#1
Tabiat kerap berubah dalam kehidupan kanak-kanak. Semakin lama diamalkan, semakin sukar untuk sesuatu tabiat itu dikikis. Tabiat positif boleh membentuk keperibadian seseorang misalnya tabiat makan yang betul, membaca doa sebelum tidur, bangun awal dan bersenam setiap pagi. Malangnya, sesetengah tabiat kanak-kanak pula bercorak negatif dan selalunya tidak kekal tetapi ada berterusan bertahun-tahun lamanya.

# Tabiat biasa ditunjukkan kanak-kanak

Tabiat yang ditunjukkan kanak-kanak adalah sesuatu perkara yang lazim tetapi kadangkala cukup merunsingkan ibu bapa. Umpamanya, kanak-kanak pada usia dua tahun memang sering menunjukkan sikap panas baran jika kemahuannya tidak dituruti. Pada usia semuda ini, dia hanya mementingkan diri sendiri. Mereka sering mengatakan "tidak mahu" atau menggeleng kepala. Tabiat ini adalah normal. Ibu bapa tidak perlu membuang banyak masa memujuk rayu anak mereka. Seeloknya, turutkan saja kemahuan mereka tetapi jika kemahuan itu tidak wajar, tidak perlu dilayan.

Kanak-kanak ini akan tahu akhirnya, menunjukkan sikap panas baran tidak membawa faedah. Di samping memberi pendidikan dan nasihat, pemikirannya akan cepat matang. Tabiat panas baran akan beransur-ansur hilang dan dia akan lebih tahu menggunakan bahasa untuk menyatakan kehendaknya. Kadangkala, tabiat yang dipamerkan seseorang kanak-kanak itu tidak sesuai lagi bagi usianya. Umpamanya, kanak-kanak berusia lima tahun menunjukkan sikap panas baran. Seeloknya, dapatkan nasihat pakar yang arif mengenai perkembangan dan tingkah laku kanak-kanak supaya asas tingkah laku si anak dapat difahami sekali gus dapat menggunakan kaedah keibubapaan yang efektif.

# Tabiat tidur

Ada sesetengah tabiat itu boleh terbentuk sejak bayi lagi misalnya bayi berusia setahun sering terjaga pada waktu malam untuk menyusu. Lazimnya, bayi tidak lagi berjaga malam menjelang usianya lapan bulan. Jika ia berlaku, kemungkinan bayi itu sering diberikan susu botol apabila menangis pada waktu malam. Jika bayi menangis waktu malam, ibu bapa atau penjaga hendaklah menidurkannya semula dengan menepuk badan atau membuainya. Bayi perlu dilatih supaya mudah melelapkan mata.

Tabiat tidur malam juga boleh dibentuk. Contohnya, bayi mungkin hanya terlelap apabila televisyen terpasang. Selepas dia tertidur, pindahkan dia ke tempat tidur. Ada juga kanak-kanak yang hanya boleh tidur nyenyak selepas dibacakan buku cerita.

# Tabiat makan

Tabiat makan yang betul mudah dipupuk. Peraturan makan diperkenalkan sejak kecil akan mendorong mereka mengamalkannya sehingga dewasa. Misalnya, tabiat membasuh tangan sebelum makan, menggunakan sudu dan garpu, minum air hanya selepas makan dan seumpamanya. Kanak-kanak yang tidak digalakkan makan sayur-sayuran mungkin tidak akan menggemarinya apabila besar. Makan bersama keluarga dan berdoa sebelum makan akan menjadi tabiat jika dibiasakan.

Anak-anak sering mencontohi perkara yang diamalkan ibu bapa. Jadi, tidak menghairankan jika mereka turut menggemari makanan yang digemari ibu bapa mereka selain makanan disediakan di rumah yang juga mempengaruhi tabiat makan anak-anak.

# Tabiat menjerit

Kanak-kanak sering terikut-ikut dengan tingkah laku dan bahasa digunakan orang dewasa di sekelilingnya. Seorang kanak-kanak berusia lima tahun dikatakan selalu menjerit dan menggunakan perkataan yang kurang manis didengar.

Ibu bapa adalah contoh kepada anak-anak. Jika mereka mempunyai sifat seperti murah hati, pelembut, bersopan santun, suka menolong orang dalam kesusahan dan suka membaca, amalan ini akan mudah diterap kepada anak. Sebaliknya, jika ibu bapa suka bergaduh dan pemarah, ciri negatif itu mungkin akan dipelajari anak-anak.

# Tabiat mengambil barang orang lain

Kanak-kanak bawah usia dua tahun lazimnya tidak boleh membezakan barang milik orang lain dengan barang milik sendiri. Oleh itu, apabila ternampak sesuatu yang menarik minatnya, dia akan mengambil tanpa memikirkan perbuatan itu salah. Ada kalanya tabiat itu wujud akibat perasaan kurang selesa, serba kekurangan atau bosan.
Mari mendaftar ahli di Komuniti gempakZ~   Shy

** PENGUMUMAN PENTING: "NEW POST REPLY" BERMASALAH >>KLIK<<
** SUBSCRIBE Youtube Komuniti gempakZ >>KLIK<<
Reply
#2
ade kanak2 ni tak suka bila orang sakat.. makin di sakat.. makin dia marah..
so.. jangan la sakat ye.. ni akan buat dia makin aggressive.. kadang2 macam singa gak... takut woo.. he3..
and kalo nak tegur kena berlembut sikit .. dia akan dengar n ikut..

Heart ~nad~
Reply
#3
nad: biasanya kanak2 suka disakt.. tp xdinafikan ada yg xsuka.. biasanya mereka tak suka kalu ditakut2kan.
Mari mendaftar ahli di Komuniti gempakZ~   Shy

** PENGUMUMAN PENTING: "NEW POST REPLY" BERMASALAH >>KLIK<<
** SUBSCRIBE Youtube Komuniti gempakZ >>KLIK<<
Reply
#4
(05-19-2011, 11:20 PM)Mr.Pingu Wrote: nad: biasanya kanak2 suka disakt.. tp xdinafikan ada yg xsuka.. biasanya mereka tak suka kalu ditakut2kan.

ha.. ade yang suka tu suka.. yang macam ni nad suka la sakat.. he3..
budak kecik nad jaga dulu nad ska sakat... sampai dia nangis.. pastu nad pujuk la balik.. dengki.. :p
yang nad jaga sekarang lak.. tak suka orang sakat... dia akan marah.. sangat garang pulak tu. he3..
hmm betui2.. bahaya lagi pun kalo takut2kan budak2 kecik ni.. yela.. kecik lagi kan.. nak takut2kan.. huhu..

Heart ~nad~
Reply
#5
kalau nad pula kene sakat camne? contoh: disakat hantu tetek? awww.. heheee
Mari mendaftar ahli di Komuniti gempakZ~   Shy

** PENGUMUMAN PENTING: "NEW POST REPLY" BERMASALAH >>KLIK<<
** SUBSCRIBE Youtube Komuniti gempakZ >>KLIK<<
Reply


Possibly Related Threads...
Thread Author Replies Views Last Post
  Sifat kanak-kanak atau anak kecil dan cara mengendalikan mereka Mr.Pingu 10 16,823 05-14-2013, 03:46 PM
Last Post: Mr.Pingu
  Tips Keselamatan Di Bilik Tidur Kanak-Kanak Mr.Pingu 0 2,905 08-11-2010, 04:11 AM
Last Post: Mr.Pingu
  Punca kanak-kanak 'memberontak' Mr.Pingu 0 2,537 08-11-2010, 03:48 AM
Last Post: Mr.Pingu
  3 Bulan Tanpa Seks,Lelaki Dewasa Jadi Seperti Kanak Kanak Mr.Pingu 0 3,013 08-05-2010, 10:09 AM
Last Post: Mr.Pingu

KoMuNiTi gempakZ on Facebook

Website Hit Counter

Forum Jump:


Users browsing this thread: 1 Guest(s)