Komuniti gempakZ
  • Portal
  • Search
  • Member List
  • Calendar
  • Help
Hello There, Guest! Login Register
Login
Username:
Password: Lost Password?
 
Komuniti gempakZ › GEMPAKZ CORNER › HIBURAN GEMPAKZ › LaYaR v
« Previous 1 ... 3 4 5 6 7 Next »

Filem Kapoww tidak laku?

NAK IKLANKAN SESUATU atau LAPOR masalah forum? Emailkan di komunitigempakzhq@gmail.com

Thread Rating:
  • 0 Vote(s) - 0 Average
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
Thread Modes
Filem Kapoww tidak laku?
Mr.Pingu Offline
Administrator
*******
Posts: 6,498
Threads: 2,797
Joined: Aug 2010
Reputation: 4
#1
08-04-2010, 10:10 PM (This post was last modified: 08-04-2010, 10:11 PM by Mr.Pingu.)
Azizi Chunk dakwa penonton kita masih prejudis filem tempatan

WALAUPUN diberikan ulasan yang baik oleh media, tetapi sambutan terhadap filem Kapoww sangat mengecewakan apabila kutipan kasarnya selepas dua minggu ditayangkan tidak seperti yang diharapkan oleh pengarahnya, Azizi Adnan.

Kapoww adalah filem terakhir kerana selepas ini saya akan beralih bidang. Mungkin menjadi pensyarah, siapa tahu mungkin juga menjual burger. Saya tidak mahu lagi ada kena mengena dengan dunia seni tanah air. Lebih baik jadi orang biasa, jiwa lebih tenang, katanya.

Azizi atau dikenali juga sebagai Azizi Chunk berkata demikian sebagai meluahkan rasa terlalu kecewa dengan kutipan filem bercorak adiwira itu yang hanya memperoleh kutipan kasar kira-kira RM240,000 sejak mula ditayangkan pada 17 Jun lalu.

Katanya, dia bersusah payah menghasilkan filem menggunakan teknologi dan animasi terkini bagi menyuntik kelainan kepada filem tempatan, tetapi sayangnya masyarakat tidak pandai menghargai kerana mereka belum bersedia dengan filem bercorak abstrak. Sebaliknya penonton kita lebih menggemari filem yang cinta, seram dan rempit. Selain bersikap prejudis, penonton juga lebih cenderung memuja filem antarabangsa.

Saya tidak akan melanggar prinsip menghasilkan filem untuk keuntungan semata-mata. Saya mahu hasilkan filem yang dapat menaikkan minda masyarakat, saya tak mahu lemahkan mereka dengan cerita-cerita yang tiada unsur ilmiah. Saya terlalu kecewa. Selama 13 tahun dalam bidang ini, saya berasakan perjuangan ini sia-sia. Saya bukan budak filem, saya bekas penuntut Universiti Islam Antarabangsa (UIA) yang menceburi bidang perfileman disebabkan minat. Saya bukan orang yang mudah putus asa, kerana sudah berada dalam industri ini lebih satu dekad. Saya rasa masa yang saya peruntukan dalam industri ini sudah terlalu lama.
Tapi saya bangga dengan cerita yang saya buat. Kapoww mempunyai tanggungjawab sosial mengenai kisah derhaka terhadap ibu bapa. Oleh kerana masyarakat tidak sukakan filem seperti ini, saya berasakan mengundur diri (dari mengarah filem) adalah jalan terbaik, katanya.

Azizi juga tidak menolak kemungkinan drama bersiri Kapoww yang terlebih dulu menemui penonton sedikit sebanyak mempengaruhi keinginan mereka untuk ke pawagam. Bagaimanapun, maklum balas dari penonton drama bersiri itu adalah baik.

Selain itu, dia juga mendakwa kekurangan publisiti turut menjadi faktor filem arahannya itu tidak mendapat sambutan yang baik.

Namun begitu, dia enggan menyalahkan Tayangan Unggul Sdn Bhd (TUSB) sebagai penerbit walaupun soal publisiti sepatutnya menjadi tanggungjawab syarikat itu, kerana dia (TUSB) juga mempunyai banyak filem lain yang perlu diberi perhatian.Kalau nak menyalahkan barisan pelakon, saya rasa tiada sebarang masalah. Mungkin promosi untuk filem ini tak banyak. Kisah pembikinan juga tidak ada, jadi penonton tak berapa tahu sangat mengenai filem ini. Jika disiarkan kisah di belakang tabir, sedikit sebanyak dapat menarik penonton ke pawagam.

Kemungkinan juga waktu tayangan tak sesuai kerana ketika itu ada beberapa filem Hollywood yang ditayangkan serentak antaranya Karate Kid dan Toy Story, katanya. Azizi berkata, tidak ada guna menghasilkan filem yang sukar hingga memakan hampir dua tahun untuk disiapkan kerana di akhirnya ia akan mengecewakan pengarah itu sendiri.

Saya teringat kata seorang penerbit, katanya jangan hasilkan filem pandai nanti rugi. Nampaknya kenyataan itu benar. Saya juga kecewa kerana kalau kita berkarya, ada orang cuba bawa minda kita ke satu hiburan yang lain.

Selain itu ada juga yang cenderung menghina tanpa terlebih dulu menonton filem saya. Orang mengutuk dan menghina filem saya dengan cara yang melampau, seolah-olah tujuan mereka itu mahu merosakkan industri. Jadi saya rasa lebih baik saya tarik diri dan beri peluang kepada pengarah lain pula, katanya.

>> kalau xlaku jgn salahkan penonton lak.. mm Dodgy
ARTIKEL LAIN YANG MUNGKIN ANDA SUKA Pilihan berkaitan dan artikel menarik lain dari GempakZ
Alasan Sarah Raisuddin menerima tawaran membintangi Filem Man Sewel Datang KL
Alasan Sarah Raisuddin menerima tawaran membintangi Filem Man Sewel Datang KL
04-14-2011 36,626 Views 31 Replies
Siri 18 SX: Unta melakukan Doggie Style..
Siri 18 SX: Unta melakukan Doggie Style..
03-20-2011 3,199 Views 2 Replies
Naqiu Juara Minggu Kelima Gegar Vaganza 6
Naqiu Juara Minggu Kelima Gegar Vaganza 6
11-11-2019 753 Views 0 Replies
AWAS!: APlikasi ON blah blah and SEND to XXXXX
AWAS!: APlikasi ON blah blah and SEND to XXXXX
01-09-2011 3,750 Views 6 Replies
hye, salam perkenalan
hye, salam perkenalan
08-14-2012 3,266 Views 1 Replies
Mari mendaftar ahli di Komuniti gempakZ~   Shy

** PENGUMUMAN PENTING: "NEW POST REPLY" BERMASALAH >>KLIK<<
** SUBSCRIBE Youtube Komuniti gempakZ >>KLIK<<
Website Find
Reply
deskcom
Unregistered
 
#2
08-05-2010, 04:08 AM
Aku kalau nak tengok cerita Melayu kat pawagam, 1st aku tengok terbitan syarikat... kalau Metrowealth International Group kira macam oklah ceritanya...

Bandingkan dengan filem Andartu Terlampau…21 Hari Mencari Suami, Big Production... damn worst... spesis cerita macam ni nak tengok wayang... pembaziran

Cerita2 evolusi kl drift ke ape semua tu... download ajeler...
Reply
Mr.Pingu Offline
Administrator
*******
Posts: 6,498
Threads: 2,797
Joined: Aug 2010
Reputation: 4
#3
08-05-2010, 09:10 AM
aku dah sgt lama tak tengok cerita melayu kat wayang.. sebab serik.. dari beberapa cerita melayu aku tonton sebelum nie aku rasa sangat2 membazirkan duit aku.. huhu...

='(
Mari mendaftar ahli di Komuniti gempakZ~   Shy

** PENGUMUMAN PENTING: "NEW POST REPLY" BERMASALAH >>KLIK<<
** SUBSCRIBE Youtube Komuniti gempakZ >>KLIK<<
Website Find
Reply
nad_dd257 Offline
Agent gempakZ
Posts: 1,014
Threads: 29
Joined: May 2011
Reputation: 0
#4
05-25-2011, 01:33 PM
tngok wyg kt umah suda... crtain2 cite je leh lyn kt wyg ni.. hikhik.. tapi cite kapoww ni bole la.. klaka.. tp nad x tngk kt wyg.. dpt dr mmbr :p
Heart ~nad~
Find
Reply
Mr.Pingu Offline
Administrator
*******
Posts: 6,498
Threads: 2,797
Joined: Aug 2010
Reputation: 4
#5
05-25-2011, 01:57 PM
jarang la tgok filem melayu.. huhu
Mari mendaftar ahli di Komuniti gempakZ~   Shy

** PENGUMUMAN PENTING: "NEW POST REPLY" BERMASALAH >>KLIK<<
** SUBSCRIBE Youtube Komuniti gempakZ >>KLIK<<
Website Find
Reply
nad_dd257 Offline
Agent gempakZ
Posts: 1,014
Threads: 29
Joined: May 2011
Reputation: 0
#6
05-25-2011, 02:15 PM
(05-25-2011, 01:57 PM)Mr.Pingu Wrote: jarang la tgok filem melayu.. huhu

nad pun jarang gak tngok cte mlyu ni.. manyak cite omputih jek.. :p
Heart ~nad~
Find
Reply
Mr.Pingu Offline
Administrator
*******
Posts: 6,498
Threads: 2,797
Joined: Aug 2010
Reputation: 4
#7
05-25-2011, 03:47 PM
citer omputeh pun xde la byk.. sb I jarang la tgok citer... malass
Mari mendaftar ahli di Komuniti gempakZ~   Shy

** PENGUMUMAN PENTING: "NEW POST REPLY" BERMASALAH >>KLIK<<
** SUBSCRIBE Youtube Komuniti gempakZ >>KLIK<<
Website Find
Reply
nad_dd257 Offline
Agent gempakZ
Posts: 1,014
Threads: 29
Joined: May 2011
Reputation: 0
#8
05-25-2011, 04:50 PM
(05-25-2011, 03:47 PM)Mr.Pingu Wrote: citer omputeh pun xde la byk.. sb I jarang la tgok citer... malass

eee... pemalas...
cite ni nad suke sbb de zizan n lisa.. Big Grin
Heart ~nad~
Find
Reply


KoMuNiTi gempakZ on Facebook

Website Hit Counter

Forum Jump:


Users browsing this thread: 1 Guest(s)
  • Contact Us
  • Komuniti gempakZ
  • Return to Top
  • Mobile Version
  • RSS Syndication
Current time: 08-29-2026, 10:42 AM Powered By MyBB 1.8.5, © 2002-2026 MyBB Group.
Linear Mode
Threaded Mode
View a Printable Version
Subscribe to this thread
Add Poll to this thread
Send thread to a friend