08-22-2010, 02:01 PM
Melaka & Negeri Sembilan: Selekoh tagih nyawa
ifwan@bharian.com.my
2010/08/19
KUALA KLAWANG: Kekerapan berlaku kemalangan termasuk yang meragut ramai nyawa menyebabkan Jalan Seremban-Simpang Pertang di Bukit Tangga di sini, dilabelkan sebagai sangat berbahaya terutama pada waktu malam kerana mempunyai banyak selekoh curam menuruni bukit.
Pengguna jalan raya dan penduduk setempat mendakwa, lebih membahayakan di kedua-dua laluan menuruni bukit menghala ke Seremban dan Kuala Klawang itu terdapat jalan lurus sepanjang kira-kira satu kilometer sebelum melalui satu selekoh tajam. Seorang peniaga, Sahak Ahmad, 48, mendakwa keadaan jalan itu membuatkan kenderaan, terutama lori dan treler menjadi lebih laju di laluan lurus dan sukar dikawal apabila tiba di selekoh terbabit. Banyak kejadian kemalangan termasuk membabitkan kematian berlaku di kawasan itu kerana keadaan struktur jalan yang bahaya.
Pengguna jalan raya akan mendaki dan menuruni bukit dengan melalui banyak selekoh tajam sebelum melalui satu jalan lurus yang panjang. Keadaan ini menyebabkan mereka sering hilang kawalan dan terbabas di hujung jalan lurus itu kerana ada satu selekoh tajam di situ, katanya kepada Berita Harian.
Sementara itu, Mariani Cembeng, 45, yang kehilangan dua anaknya dalam kemalangan ngeri Disember tahun lalu, apabila sebuah lori tangki yang terbabas merempuh rumahnya di kawasan berkenaan, mengakui keadaan jalan itu menjadi punca banyak kemalangan. Saya dimaklumkan ada rancangan untuk meluruskan selekoh bahaya itu sebelum ini, tetapi setakat ini belum menjadi kenyataan dan penduduk tidak mengetahui statusnya.
Saya berharap pihak berkuasa segera melaksanakan projek itu sebelum lebih ramai menjadi mangsa kemalangan, katanya. Dalam kejadian jam 8.39 pagi pada 12 Disember tahun lalu, dua anaknya berusia 15 dan tujuh tahun rentung apabila sebuah lori tangki terbabas di selekoh berkenaan dan merempuh rumahnya sebelum meletup.
Dalam kejadian terbaru di Kilometer 22 Ahad lalu, seorang wanita dan tiga anaknya terbunuh, manakala suami dan seorang lagi anak mereka parah apabila kereta dinaiki dirempuh sebuah van, dipercayai ketika cuba membuat pusingan U, kira-kira jam 9 malam.
Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Klawang, Datuk Yunus Rahmat, berharap Kerajaan Pusat segera meluluskan permohonan untuk menaik taraf termasuk meluruskan jalan itu. Kita akan sentiasa memantau perkara ini demi memastikan tiada lagi kemalangan maut di laluan itu, katanya.
Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani, Pembangunan Usahawan dan Koperasi negeri, turut meminta Kementerian Kerja Raya memasang lebih banyak papan tanda amaran dan lampu jalan di kawasan itu, dalam usaha menyedarkan pemandu khususnya yang pertama kali melalui laluan terbabit supaya lebih berwaspada.