NAK IKLANKAN SESUATU atau LAPOR masalah forum? Emailkan di komunitigempakzhq@gmail.com

ATTENTION: "NEW POST REPLY" display "Error". >KLIK<<

+++ Do LIKE @ SHARE ARTICLE +++

Thread Rating:
  • 0 Vote(s) - 0 Average
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
Spesis Katak terkecil di dunia ditemui
#1

KATAK terkecil di dunia ditemui di Taman Negara Kubah, Matang.
Pensyarah UNIMAS jumpa spesies unik di Taman Negara Kubah, Sarawak


KUCHING: Seorang pensyarah Universiti Malaysia Sarawak (Unimas) berjaya menemui spesies katak yang dipercayai terkecil di dunia berukuran antara 10.6 milimeter (mm) hingga 12.88mm ketika ekspedisinya di Taman Negara Kubah, Matang dekat sini. Pensyarah yang juga penyelidik dari Institut Biodiversiti dan Perlindungan Alam Sekitar, Prof Dr Indraneil Das, menyifatkan penemuannya pada September 2004 itu adalah yang terbaru di dunia dengan katak berkenaan ketika ini dikenali dengan nama saintifik ‘microhyla nepenthicola’. Secara perbandingan saiz spesies ini tidak sampai sebesar syiling 20 sen menjadikannya katak terkecil di dunia pernah ditemui di kawasan hutan hujan tropika termasuk di Hutan Hujan Amazon yang diakui sebagai mempunyai pelbagai spesies katak.

“Saya menemui spesies ini secara tidak sengaja selepas terdengar bunyi katak mengawan sebelum cuba menjejaknya, namun tidak menyangka apabila mendapati bunyi itu dikeluarkan katak yang saiznya terlalu kecil tetapi sebenarnya sudah cukup dewasa.

“Katak ini melengkapkan kitaran hidupnya dalam tempoh beberapa bulan saja, bertelur di atas daun, memberikan anak-anaknya makan dan hidup di kawasan sekitar yang sangat terhad sebelum mati,” katanya ketika ditemui di Unimas, semalam.

Beliau dibantu pembantunya, Dr Alexander Haas, kemudian terpaksa melakukan beberapa ekspedisi susulan bagi mengutip lebih banyak spesies itu sukar ditemui. Pasukan penyelidik yang ditaja Yayasan Volkswagen itu kemudian terpaksa melakukan tugas penyelidikan berkaitan bidang biodiversiti sebelum menghasilkan jurnal berkaitan spesies katak berkenaan yang diterbitkan pada Ogos 2010.

“Setakat ini kami percaya spesies ini boleh ditemui di kawasan Pulau Borneo saja berikutan kelembapan tanah selain pokok Kerangas yang menjadi tempat habitatnya.

“Kita masih menunggu reaksi penyelidik antarabangsa sebaik jurnal mengenai penemuan ini diterbitkan ‘zootaxa’, namun setakat ini memang kami yakin ia spesies katak terkecil di dunia,” katanya.

Selain meneruskan kajian mengenai spesies katak ini, Dr Das dan Dr Hass sedang menyiapkan jurnal terbaru mereka bertajuk Spesies Katak Hilang yang dijangka diterbitkan dalam tempoh terdekat.
Mari mendaftar ahli di Komuniti gempakZ~   Shy

** PENGUMUMAN PENTING: "NEW POST REPLY" BERMASALAH >>KLIK<<
** SUBSCRIBE Youtube Komuniti gempakZ >>KLIK<<
Reply
#2
uikk!! cam ank katak je kecik nyer.
tp tringat kcik2 dulu memang x tkutn k pgang katak.
siap nyakat kwan2 lg amk ktak 2 bg kt diorang.
tp skarang nk dkat ngn ktak pn da tkut. slap ari bulan mlompat lak ktak 2 kt bdan..x ke haru jd nyer. hekhek.. tak mahutak mahu
Reply
#3
katak xpe.. tp kalau kodok eii menggerutu.. tp pernah pegang gak kodok sbb kat umah byk sgt huhu
Mari mendaftar ahli di Komuniti gempakZ~   Shy

** PENGUMUMAN PENTING: "NEW POST REPLY" BERMASALAH >>KLIK<<
** SUBSCRIBE Youtube Komuniti gempakZ >>KLIK<<
Reply
#4
ait, katak ngn kodok 2 x same ke pingu??erm_napeek
Reply
#5
katak yang licin tu... kodok kulit dia kasar menggurutu.. kodok hanya ada satu warna je iaitu kelabu kehitaman.. katak pulak ada mcm2 warna.. hehe..

adakah hamba benar dlm berbicara? xtauuu hehee
Mari mendaftar ahli di Komuniti gempakZ~   Shy

** PENGUMUMAN PENTING: "NEW POST REPLY" BERMASALAH >>KLIK<<
** SUBSCRIBE Youtube Komuniti gempakZ >>KLIK<<
Reply
#6
lorr...ngat katak ngn kodok 2 same jer..
klau cekodok 2 taw la...haha... gelak_besar
Reply
#7
cekodok merupakan campuran kodok dgn katak..
haha...
oni makan cekodok ker?? tettt gelak_kecilgelak_kecilgelak_kecil
Mari mendaftar ahli di Komuniti gempakZ~   Shy

** PENGUMUMAN PENTING: "NEW POST REPLY" BERMASALAH >>KLIK<<
** SUBSCRIBE Youtube Komuniti gempakZ >>KLIK<<
Reply
#8
pingu taw x cekodok 2 ape??
kt umh sewa ni klu ptg2 lpar, member mst mask pnye. cicah ngn sos. sedap ke x, bedal je la cz da lapr. nk kuar g kdai trlebih rajin plak. hekhek..kenyit2
Reply
#9
haha... oni mamam cekodok ke? oh gelinyaaa... katak and kodok.. hahaa
Big Grin

xdelah gurau je mestilah tau cekodok tu apa..
biasanya dibuat dr pisang dilenyek dgn tepung and dibuat bentuk bulat dan digoreng.. nyum2 horay
Mari mendaftar ahli di Komuniti gempakZ~   Shy

** PENGUMUMAN PENTING: "NEW POST REPLY" BERMASALAH >>KLIK<<
** SUBSCRIBE Youtube Komuniti gempakZ >>KLIK<<
Reply
#10
kecil betul katak itu sehingga duit syiling 20 sen pun kelihatan besar jika dibandingkan dengan katak tersebut..
Reply


Possibly Related Threads...
Thread Author Replies Views Last Post
  Spesis Haiwan terpantas dan terlambat di dunia Mr.Pingu 33 43,139 05-11-2011, 06:48 PM
Last Post: Mr.Pingu

KoMuNiTi gempakZ on Facebook

Website Hit Counter

Forum Jump:


Users browsing this thread: 2 Guest(s)