08-12-2011, 02:09 AM
Salam..
Bulan puasa bulan yang mulia.. Ada juga sesetangah orang menambah rezeki dengan membuka bazaar ramadan khas untuk juadah berbuka puasa. Namun begitu. ada pihak yang jahil telah sesuka hati meletakkan menu yang haram sebagai salah satu juadah berbuka puasa katanya! saya rasa mereka bukan orang Islam tetapi sila hormati sensitiviti umat Islam. Ikuti berita selanjutnya..

Quote:KDN panggil Ketua Pengarang The Star kerana siar gambar khinzir dalam artikel juadah Ramadan
KUALA LUMPUR: Kementerian Dalam Negeri (KDN) memanggil Ketua Pengarang akhbar The Star kerana penyiaran artikel mengenai juadah Ramadan yang memuatkan gambar masakan daging khinzir.
Timbalan Ketua Setiausaha (Keselamatan), Datuk Abdul Rahim Mohamad Radzi, berkata dalam sisipan semalam, akhbar itu menyiarkan artikel bertajuk 'Ramadan Delights' yang memuatkan gambar masakan daging khinzir serta artikel restoran tidak halal yang menyediakannya. Katanya, KDN memanggil Ketua Pengarang akhbar berkenaan bagi menyatakan kesalahan akhbar itu berikutan tindakannya yang tidak sensitif kerana penyiaran artikel terbabit. "Kementerian memandang serius kesalahan itu terutamanya kerana sisipan bertajuk 'Ramadan Delights' itu adalah ruangan khas bagi memberi panduan dan pilihan kepada umat Islam mengenai restoran untuk berbuka puasa," katanya.
Beliau berkata, akhbar The Star telah mengakui kesilapan dan akan menyiarkan kenyataan memohon maaf di atas perkara itu. - BERNAMA