Komuniti gempakZ
  • Portal
  • Search
  • Member List
  • Calendar
  • Help
Hello There, Guest! Login Register
Login
Username:
Password: Lost Password?
 
Komuniti gempakZ › GEMPAKZ CORNER › HIBURAN GEMPAKZ › SeLiBRiTi v
« Previous 1 ... 12 13 14 15 16 ... 24 Next »

Mamat punca perpecahan kumpulan sepah - Jep

NAK IKLANKAN SESUATU atau LAPOR masalah forum? Emailkan di komunitigempakzhq@gmail.com

Thread Rating:
  • 0 Vote(s) - 0 Average
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
Thread Modes
Mamat punca perpecahan kumpulan sepah - Jep
Mr.Pingu Offline
Administrator
*******
Posts: 6,498
Threads: 2,797
Joined: Aug 2010
Reputation: 4
#1
10-23-2011, 11:58 AM (This post was last modified: 10-23-2011, 12:00 PM by Mr.Pingu.)
Isu Mamat, Jep buka mulut

Kisah perpisahan Mamat dan Adda bukan lagi isu baru. Namun setelah adik kepada pemain gitar kumpulan Kristal, Rody ini membuat kenyataan mengenai perpisahan mereka menerusi sebuah akhbar baru-baru ini, timbul pula kontroversi lain. Selain mendedahkan perangai buruk Mamat, Adda juga mendakwa Mamat adalah punca utama kumpulan Sepah berpecah. Adakah benar dakwaan bekas kekasih Mamat? Zass mendapatkan komen ahli Sepah, Jep atau nama sebenarnya Mohd Nadzri Bin Zainal Abidin untuk mengetahui kisah sebenar. Jika sebelum ini, Jep lebih selesa menutup mulut di atas isu perpecahan mereka, kali ini Jep bersedia meluahkan konflik sebenar yang berlaku dalam kumpulannya selama ini.

“Saya tidak menafikan kenyataan itu. Sebelum ini, orang tak tahu apa masalah kami hingga saya putuskan untuk bergerak sendiri. Terus terang saya katakan, masalah disiplin dan tiada komitmen adalah faktor mengapa kumpulan ini tidak boleh bertahan lagi. Saya sudah pendam terlalu lama perkara ini dan tidak mampu bertahan lagi. Saya dapat rasakan kami boleh berjaya dalam industri seni ini apatah lagi kami bertiga sekampung. Masing-masing sudah mengenali keluarga serta tahu kelemahan dan kelebihan diri.

“Tapi, apa yang boleh saya katakan, saya sudah penat dengan ahli yang tiada disiplin dan komitmen dalam bekerja. Ada yang buat sambil lewa dan menganggap semua perkara itu remeh-temeh. Saya mula bosan dan takut untuk bersatu lagi,” katanya ketika dihubungi semalam.

Mengakui ada ahli yang sukar memberi kerjasama lebih-lebih lagi memberi idea untuk setiap persembahan mereka, Jep lelah dengan perkara sedemikian.

“Bayangkan dari minggu pertama hingga minggu ke enam Maharaja Lawak, idea dan jalan cerita datangnya daripada saya seorang. Shuib juga ada membantu memberi idea dan selalu berbincang. Tapi, hanya kami berdua sahaja. Saya penat kerana saya juga sibuk seperti yang lain. Kerana itu saya ambil keputusan untuk kuburkan sahaja Sepah. Apatah lagi, semakin banyak masalah peribadi yang timbul,” katanya yang nekad berpecah selepas menjuarai Maharaja Lawak.

Hanya kerana nila setitik

Lanjutan daripada perpecahan itu, Jep turut terkena tempias lantaran pelbagai cerita kurang enak yang melanda salah seorang ahli yang bermasalah.

“Macam-macam yang saya dengar. Kaki perempuan, masalah disiplin, tak datang fotografi dan ada lagi yang membabitkan individu ini. Bukan hanya dia, malah ahli yang lain terkena juga. Hanya seorang buat hal, dua lagi akan menerima padahnya. Sepah tak ada disiplin, berlagak dan tak tepati masa. Sebagai kumpulan, sudah pasti saya mengambil sikap menegur di mana kurang dan silap. Tapi apa kesudahannya jika segala teguran dan nasihat tidak diendahkan? Jadi, keputusan berpecah ini adalah jalan terbaik,” katanya.

SUMBER: meow.my

PINGU: memang nampak la si Mamat ni memang mcm takde usaha. Biasanya peranan dia dlm persembahan sikit je. Aku nampak mamat ni paling xde bakat dan menempel je. Kalau takde Jep dengan shuib memang xkan survive si mamat ni. Tapi yelah.. macam tak bersyukur lak sebab buat perangai sekarang
ARTIKEL LAIN YANG MUNGKIN ANDA SUKA Pilihan berkaitan dan artikel menarik lain dari GempakZ
Akil Hayy dan waheeda: Usia perkahwinan sudah setahun
Akil Hayy dan waheeda: Usia perkahwinan sudah setahun
09-02-2010 2,683 Views 0 Replies
Kelab Peminat (Kismah Johar)
Kelab Peminat (Kismah Johar)
11-10-2010 2,600 Views 0 Replies
Siti Nuhaliza inspirasi rekaan Rizman Ruzaini
Siti Nuhaliza inspirasi rekaan Rizman Ruzaini
08-13-2010 2,571 Views 0 Replies
testing
testing
05-07-2011 4,104 Views 8 Replies
salam perkenalan
salam perkenalan
10-25-2012 3,045 Views 1 Replies
Mari mendaftar ahli di Komuniti gempakZ~   Shy

** PENGUMUMAN PENTING: "NEW POST REPLY" BERMASALAH >>KLIK<<
** SUBSCRIBE Youtube Komuniti gempakZ >>KLIK<<
Website Find
Reply


Possibly Related Threads...
Thread Author Replies Views Last Post
  Skandal: Mamat Sepah Fida Adda putus Cinta Mr.Pingu 3 4,609 10-23-2011, 11:48 AM
Last Post: Mr.Pingu

KoMuNiTi gempakZ on Facebook

Website Hit Counter

Forum Jump:


Users browsing this thread: 1 Guest(s)
  • Contact Us
  • Komuniti gempakZ
  • Return to Top
  • Mobile Version
  • RSS Syndication
Current time: 08-30-2026, 05:15 PM Powered By MyBB 1.8.5, © 2002-2026 MyBB Group.
Linear Mode
Threaded Mode
View a Printable Version
Subscribe to this thread
Add Poll to this thread
Send thread to a friend