Posts: 6,492
Threads: 2,794
Joined: Aug 2010
Reputation:
4
Salam semua~
Saya akan himpunkan berita-berita pendek di thread ini untuk memudahkan pembacaan. Jika ada berita panjang barulah saya akan buat dalam thread yang baru. Semoga memudahkan anda membaca informasi terkeni tentang isu semasa di negara kita
Sekian sahaja 
Mari mendaftar ahli di Komuniti gempakZ~
** PENGUMUMAN PENTING: "NEW POST REPLY" BERMASALAH >>KLIK<<
** SUBSCRIBE Youtube Komuniti gempakZ >>KLIK<<
Posts: 6,492
Threads: 2,794
Joined: Aug 2010
Reputation:
4
KUALA LUMPUR: Seorang lelaki dipercayai penagih dadah maut apabila dilanggar oleh tren KTM Komuter yang menghala ke Seremban di Jalan Reko, Kajang dekat sini, malam tadi.
Ketua Polis Daerah Kajang ACP Abdul Rashid Abdul Wahab berkata, laporan polis mengenai kejadian 11.48 malam itu dibuat oleh petugas Ketapi Tanah Melayu Berhad (KTMB). "Lelaki berusia 51 tahun itu mati di tempat kejadian akibat kecederaan parah," katanya kepada pemberita selepas majlis pemakaian pangkat kepada 75 anggota polis di Ibu Pejabat Polis Kajang di sini, hari ini.
Mari mendaftar ahli di Komuniti gempakZ~
** PENGUMUMAN PENTING: "NEW POST REPLY" BERMASALAH >>KLIK<<
** SUBSCRIBE Youtube Komuniti gempakZ >>KLIK<<
Posts: 6,492
Threads: 2,794
Joined: Aug 2010
Reputation:
4
SHAH ALAM: Mahkamah Tinggi di sini hari ini menjatuhkan hukuman gantung sampai mati ke seorang wanita warga Jepun atas dakwaan menyeludup methamphetamine ke dalam negara ini. Mahkamah berkenaan mendapati Mariko Takeuchi didapati bersalah atas dakwaan itu. - AFP
Mari mendaftar ahli di Komuniti gempakZ~
** PENGUMUMAN PENTING: "NEW POST REPLY" BERMASALAH >>KLIK<<
** SUBSCRIBE Youtube Komuniti gempakZ >>KLIK<<
Posts: 6,492
Threads: 2,794
Joined: Aug 2010
Reputation:
4
KUALA LUMPUR: Perkhidmatan Transit Aliran Ringan (LRT) aliran Kelana Jaya beroperasi mengikut jadual hari ini selepas gangguan teknikal yang dilaporkan malam tadi diatasi, kata jurucakap Rangkaian Pengangkutan Integrasi Deras Sdn Bhd (RapidKL). Menurut jurucakap itu, gangguan teknikal yang bermula 9.15 malam, berakhir 10 malam selepas kerja baik pulih giat dilaksanakan. "Tiada lagi gangguan teknikal," katanya ketika dihubungi Bernama.
Gangguan teknikal itu mengakibatkan tren pada laluan Kelana Jaya-KLCC bergerak perlahan. Jurucakap itu berkata, gangguan tersebut berpunca daripada masalah sistem komputer
Mari mendaftar ahli di Komuniti gempakZ~
** PENGUMUMAN PENTING: "NEW POST REPLY" BERMASALAH >>KLIK<<
** SUBSCRIBE Youtube Komuniti gempakZ >>KLIK<<
Posts: 6,492
Threads: 2,794
Joined: Aug 2010
Reputation:
4
SEPANG: Penunggang Honda, Marco Simoncelli disahkan meninggal dunia selepas terjatuh dan kepalanya dilanggar dua pelumba lain pada perlumbaan kategori MotoGP di Litar Sepang, sebentar tadi.
Sebelum itu, perlumbaan kategori berkenaan dibatalkan berikutan kemalangan yang menimpa pelumba Itali berkenaan yang terjatuh dan dilanggar Colin Edwards dan Valentino Rossi pada pusingan kedua perlumbaan terbabit. Topi keledar Simoncelli tercabut ketika kemalangan di selekoh 11 apabila beliau tergelincir dengan motosikalnya melintang di atas litar dan ketika itu menjadi laluan Edwards dan Rossi. Perlumbaan itu terus diberikan bendera merah dan Simoncelli yang kaku di atas litar terus dibawa ke pusat perubatan menggunakan ambulans.
Edwards yang menunggang Yamaha turut terjatuh tetapi terselamat daripada sebarang kecederaan serius manakala Rossi berupaya dapat menunggang motosikalnya balik ke pit
Mari mendaftar ahli di Komuniti gempakZ~
** PENGUMUMAN PENTING: "NEW POST REPLY" BERMASALAH >>KLIK<<
** SUBSCRIBE Youtube Komuniti gempakZ >>KLIK<<
Posts: 6,492
Threads: 2,794
Joined: Aug 2010
Reputation:
4
Minta dikebumi bersama pakaian ketika ditembak, seru rakyat tentang penceroboh
TRIPOLI: Muammar Gaddafi yang ditembak mati pada Khamis lalu meninggalkan wasiat meminta mayatnya dikebumikan di bandar kelahirannya di Sirte, tanpa dimandikan atau dikafan. Untuk berita lanjut dapatkan akhbar Berita Harian hari ini.
Mari mendaftar ahli di Komuniti gempakZ~
** PENGUMUMAN PENTING: "NEW POST REPLY" BERMASALAH >>KLIK<<
** SUBSCRIBE Youtube Komuniti gempakZ >>KLIK<<
Posts: 6,492
Threads: 2,794
Joined: Aug 2010
Reputation:
4
NEW DELHI: Ribuan peminat memecahkan kerusi dan mengoyak poster akibat berang selepas penganjur membatalkan konsert Metallica di pinggir bandar India.
Agensi berita Indian, Trust Press berkata, polis menahan empat individu daripada syarikat penganjur konsert itu atas tuduhan menipu orang ramai yang menunggu berjam-jam untuk menyaksikan persembahan daripada kumpulan rock Amerika yang dijadual berlangsung semalam. Sementara itu, penganjur berkata konsert dibatalkan kerana masalah teknikal. Metallica berjanji akan membayar ganti rugi sepenuhnya kepada mereka yang sudah membeli tiket. - AP
Mari mendaftar ahli di Komuniti gempakZ~
** PENGUMUMAN PENTING: "NEW POST REPLY" BERMASALAH >>KLIK<<
** SUBSCRIBE Youtube Komuniti gempakZ >>KLIK<<
Posts: 6,492
Threads: 2,794
Joined: Aug 2010
Reputation:
4
KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) sekali lagi mengingatkan orang ramai mengenai perubahan beberapa perkhidmatan bas yang sebelum ini beroperasi di Pasarama Kota atau Stesen Bas Klang berikutan penutupan hentian bas itu mulai Selasa depan.
Perkhidmatan Cityliner (Kenderaan Klang Banting Sdn Bhd) dan Causeway Link (Handal Ceria Sdn Bhd) akan berpindah ke Pudu Sentral, begitu juga dengan Seranas/Wawasan Sutera yang sebelum ini beroperasi di Jalan Sultan Mohamed (berhampiran Pasarama Kota). Perkhidmatan bas RapidKL nombor U91 juga akan berpindah ke Pudu Sentral manakala bas lain di Pasarama Kota akan beroperasi di Jalan Sultan Mohamed," kata SPAD dalam satu kenyataan hari ini. Menurut kenyataan itu, penutupan stesen Pasarama Kota adalah bagi memberi laluan kepada pembinaan stesen bawah tanah MRT Pasar Seni, yang akan dihubungkan dengan stesen LRT Pasar Seni sedia ada.
"Ini bagi membolehkan pertukaran penumpang LRT ke MRT dan sebaliknya dilakukan tanpa perlu penumpang meninggalkan stesen tersebut atau membeli tiket baru," katanya.
Kenyataan itu juga menyebut sebuah terminal bas baru dijangka dibina di lokasi yang sama apabila projek MRT siap pada 2016.
Perkhidmatan RapidKL boleh dihubungi di talian 03-7885 2528, Cityliner (03-5512 9434) dan Causeway Link (07-360 2244)
Mari mendaftar ahli di Komuniti gempakZ~
** PENGUMUMAN PENTING: "NEW POST REPLY" BERMASALAH >>KLIK<<
** SUBSCRIBE Youtube Komuniti gempakZ >>KLIK<<
Posts: 6,492
Threads: 2,794
Joined: Aug 2010
Reputation:
4
KOTA BHARU: Polis Kelantan dapat menyelesaikan 15 kes samun dan curi waktu malam membabitkan kedai serba guna 24 jam dan kafe siber di negeri ini selepas menahan lima suspek yang disyaki terbabit dalam kumpulan itu.
Ketua Polis Kelantan, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman, berkata kumpulan itu bukan saja bergerak di negeri ini malah di Terengganu dan Pahang. Beliau berkata, semua lelaki itu yang berusia antara 20 dan 40 tahun ditahan di sekitar Kota Bharu minggu ini dan merampas barangan curi bernilai kira-kira RM20,000. Bercakap kepada pemberita ketika melawat tapak karnival Jom Heboh Kelantan di Stadium Sultan Muhammed Ke-IV di sini hari ini, Jalaluddin berkata kejayaan itu hasil kerjasama orang ramai memberi maklumat membabitkan kegiatan kumpulan berkenaan di sempadan negeri itu.
"Setakat ini kita berjaya mengesan geng '7 Eleven' dan 'Kumpulan Din' yang melakukan kegiatan jenayah waktu malam," katanya
Mari mendaftar ahli di Komuniti gempakZ~
** PENGUMUMAN PENTING: "NEW POST REPLY" BERMASALAH >>KLIK<<
** SUBSCRIBE Youtube Komuniti gempakZ >>KLIK<<
Posts: 6,492
Threads: 2,794
Joined: Aug 2010
Reputation:
4
KUALA LUMPUR: Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, meluangkan masa dalam kesibukan tugasan harian beliau untuk melihat pemain golf ternama beraksi pada kejohanan CIMB Asia Pacific Classic.
Kejohanan empat hari bermula kelmarin, menawarkan hadiah wang tunai keseluruhan berjumlah AS$6.1 juta (RM18.7 juta) itu berlangsung di The Mines Resort and Golf Club, Seri Kembangan, dekat sini. Ketibaan Muhyiddin disambut Ketua Eksekutif Kumpulan CIMB, Datuk Seri Nazir Razak, dan Timbalan Pengerusi Country Heights Holdings Bhd, Tan Sri Lee Kim Yew. Timbalan Perdana Menteri meluangkan masa hampir dua jam di kelab golf berkenaan dan turut memberi sokongan ketika pemain golf profesional negara Danny Chia beraksi.
Edisi kedua kejohanan yang diiktiraf PGA Tour dan Asian Tour itu menampilkan 48 pemain, dan cabaran negara digalas Danny Chia serta Shaaban Hussin
Mari mendaftar ahli di Komuniti gempakZ~
** PENGUMUMAN PENTING: "NEW POST REPLY" BERMASALAH >>KLIK<<
** SUBSCRIBE Youtube Komuniti gempakZ >>KLIK<<
Posts: 6,492
Threads: 2,794
Joined: Aug 2010
Reputation:
4
PERTH: Cadangan suruhanjaya hak asasi manusia, sekiranya diterima pakai oleh Mesyuarat Ketua-ketua Negara Komanwel (CHOGM), boleh memberi amaran kepada Kumpulan Tindakan Menteri Komanwel (CMAG) mengenai situasi pencabulan hak asasi manusia, kata Pengerusi Kumpulan Tokoh Terkemuka (EPG), Tun Abdullah Ahmad Badawi.
Beliau berkata, suruhanjaya itu sebenarnya boleh membantu CMAG dan Setiausaha Agung Komanwel untuk menjadikan mereka lebih peka dengan kes pencabulan hak asasi manusia di negara Komanwel. "Bagaimanapun, hanya CMAG mempunyai kuasa untuk bertindak (ke atas isu berkenaan) dan bukannya Pesuruhjaya," katanya kepada wartawan Malaysia di sini hari ini. Terdahulu, Abdullah dan anggota EPG mengadakan taklimat media berkaitan dengan cadangan itu yang juga bahagian teras dalam laporannya yang mengandungi 106 cadangan yang dibentangkan kepada ketua kerajaan pada mesyuarat CHOGM selama tiga hari berakhir 30 esok.
Semalam, Abdullah berkata hanya dua isu utama iaitu penubuhan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia dan Piagam Komanwel dibincangkan pemimpin. Pemimpin negara anggota dijangka membincangkan lebih lanjut mengenai laporan itu pada sesi permukiman mereka.
Laporan media memberi tumpuan kepada cadangan penubuhan suruhanjaya itu, menyatakan beberapa negara termasuk India, Sri Lanka dan beberapa negara Afrika membantah cadangan itu, atas alasan ia akan bertindih dengan peranan pegawai Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu dan CMAG, dan akan membabitkan kos tinggi.
Bagaimanapun, pada taklimat media itu, EPG menyatakan suruhanjaya itu akan hanya mempunyai jumlah staf yang kecil dan menegaskan mengenai perlunya untuk mempunyai suruhanjaya yang akan memantau situasi hak asasi manusia di negara Komanwel.
Abdullah berharap pemimpin akan menerima laporan itu yang sudah dikumpul dan dibukukan bertajuk "A Commonwealth of the People–Time for Urgent Reform". Beliau menyifatkan buku itu sebagai "Suara Komanwel".
“Ia adalah dokumen penting kerana suara Komanwel dicerminkan dalam buku itu," katanya.
Cadangan dalam laporan itu diperoleh daripada 330 hujah yang menekankan bahawa Komanwel berdepan risiko untuk menjadi tidak relevan dan tidak menyakinkan sebagai sebuah pertubuhan berasaskan nilai.
Laporan itu juga menyentuh mengenai prejudis dalam mendapatkan rawatan HIV. Ia mengandungi cadangan bagi pemansuhan undang-undang yang menghalang seseorang daripada mendapatkan rawatan untuk HIV.
Menurut EPG pada taklimat itu hari ini, terdapat banyak kes HIV di negara Komanwel. Abdullah juga berkata, laporan itu bukannya termaktub ke atas negara berkenaan, tetapi akan hanya memberikan cadangan kepada Komanwel untuk dikaji dan ditukarkan menjadi program.
"Mereka yang buat keputusan, kami tidak buat keputusan," katanya.
Mari mendaftar ahli di Komuniti gempakZ~
** PENGUMUMAN PENTING: "NEW POST REPLY" BERMASALAH >>KLIK<<
** SUBSCRIBE Youtube Komuniti gempakZ >>KLIK<<
Posts: 6,492
Threads: 2,794
Joined: Aug 2010
Reputation:
4
YAN: Malaysia bersedia membantu Thailand memulihkan kembali industri di negara jiran itu yang terjejas teruk akibat banjir terbesar dalam sejarah negara itu.
Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Mukhriz Mahathir, berkata bantuan itu termasuk dari segi menyediakan komponen alat ganti automotif kepada syarikat kenderaan di Thailand sekiranya memerlukan khidmat daripada syarikat automotif dari negara ini. "Kita akan cuba membantu untuk memastikan bahawa bekalan mereka kepada pelanggan mereka sendiri termasuk eksport dari Thailand itu dapat mereka penuhi dengan bantuan kilang komponen alat ganti automotif kita di Malaysia," katanya. Beliau yang juga Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Kedah berkata, demikian selepas merasmikan Majlis Penyampaian Wang Zakat dan Penyerahan Lembu Korban UMNO Bahagian Jerai di Kompleks Fama di Guar Chempedak dekat sini hari ini. Turut hadir Setiausaha Badan Perhubungan Umno Negeri Kedah Datuk Othman Aziz.
Mengenai jumlah syarikat Malaysia yang terjejas akibat banjir yang melanda Thailand itu, beliau berkata sehingga kini dianggarkan kira-kira 10 syarikat yang berpangkalan di sana terjejas.
Bagaimanapun Mukhriz berkata, pihaknya belum membuat keputusan berhubung pemindahan syarikat-syarikat terbabit yang mahu pulang beroperasi ke negara ini memandangkan bencana banjir itu bersifat sementara.
"Saya ingat bukan masanya lagi untuk kita melihat keadaan itu sebab biasanya banjir ini keadaan sementara saja dan tidak akan berkekalan, jadi kita tunggu dan lihat saja apa keadaan seterusnya," katanya.
Pada majlis penyampaian wang zakat dan penyerahan lembu korban itu, seramai 330 golongan memerlukan menerima zakat sebanyak RM100 seorang dan sebanyak 39 ekor lembu korban diagihkan ke seluruh Parlimen Jerai.
Mari mendaftar ahli di Komuniti gempakZ~
** PENGUMUMAN PENTING: "NEW POST REPLY" BERMASALAH >>KLIK<<
** SUBSCRIBE Youtube Komuniti gempakZ >>KLIK<<
|