Posts: 6,492
Threads: 2,794
Joined: Aug 2010
Reputation:
4
Kata mereka. xde maknanya ~_~
CUEPACS bimbang DAP persoalkan kelebihan
Oleh Zanariah Abd Mutalib
zanariah@bharian.com.my
Jumlah penjawat awam terjejas jika pakatan menang
KUALA LUMPUR: CUEPACS bimbang jumlah kakitangan awam akan dikurangkan jika pakatan pembangkang menang pilihan raya umum akan datang berikutan tindakan DAP mempersoalkan pelbagai kelebihan yang diberikan kerajaan kepada mereka.
Timbalan Presidennya, Azih Muda, berkata DAP tidak seharusnya mempertikaikan kenaikan gaji dan pencen diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dalam Bajet 2012 bulan lalu kerana ia dibuat berdasarkan kenaikan kos sara hidup di negara ini.
“Jika itulah penilaian pembangkang kepada kakitangan awam, ia memberi gambaran tidak baik kepada kita pada masa depan. Kita tidak harus hanya melihat kepada pertambahan pendapatan seseorang, tetapi perlu diukur dari segi kos sara hidup yang perlu seiring dengan tahap kehidupan di Malaysia yang sedang ke arah negara berpendapatan tinggi,” katanya kepada Berita Harian, semalam.
Beliau mengulas kenyataan Setiausaha Publisiti Kebangsaan DAP, Tony Pua yang mempersoalkan langkah kerajaan menaikkan gaji kakitangan awam antara tujuh dan 13 peratus, selain pelarasan kenaikan tahunan pencen bagi pesara kerajaan sebanyak dua peratus.
Pua yang juga Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara berkata, langkah itu meningkatkan perbelanjaan sektor awam sebanyak 73.7 peratus dalam tempoh lima tahun dan tidak menggambarkan kerajaan serta perkhidmatan awam yang lebih efisyen atau menjimatkan kos.
Azih juga berkata, jika pembangkang berpendapat kakitangan awam tidak layak mendapat kenaikan gaji, CUEPACS bimbang generasi muda tidak akan berminat untuk berkhidmat dalam kerajaan.
“Kita sedia untuk berkhidmat kerana yakin kerajaan sedia ada sentiasa menjaga kebajikan dan melindungi rakyat menerusi pelbagai faedah yang diberikan kepada kami,” katanya.
Mari mendaftar ahli di Komuniti gempakZ~
** PENGUMUMAN PENTING: "NEW POST REPLY" BERMASALAH >>KLIK<<
** SUBSCRIBE Youtube Komuniti gempakZ >>KLIK<<
Posts: 6,492
Threads: 2,794
Joined: Aug 2010
Reputation:
4
Priests bless manhole covers to stop them from being stolen
Town Hall officials have asked priests to bless all the manhole covers in their town to stop them being stolen by scrap metal thieves. Councillors in Lodz, Poland, replaced all 4,000 of the town's manhole covers after the new ones had been blessed at a church service to keep them safe.
Town sewage department president Wlodzmierz Tomaszewski explained: "Lodz's holy patron is Saint Faustina who walked the streets helping the poor and underprivileged. "By blessing the manhole covers we are blessing the streets and spreading her goodness," he added.
But locals think the project is money down the drain. "If they think a few prayers will keep all those new manhole covers safe from thieves they need to think again. There won't be one left within a month," said one.
Mari mendaftar ahli di Komuniti gempakZ~
** PENGUMUMAN PENTING: "NEW POST REPLY" BERMASALAH >>KLIK<<
** SUBSCRIBE Youtube Komuniti gempakZ >>KLIK<<
Posts: 6,492
Threads: 2,794
Joined: Aug 2010
Reputation:
4
GEORGE TOWN – Gara-gara gagal mendapat persetujuan, enam beradik terpaksa berputih mata apabila rumah pusaka milik keluarga yang berusia 80 tahun di Kampung Sungai Nibong Kechil dekat Jalan Tun Dr. Awang di sini diroboh pemaju semalam.
Operasi meroboh dijalankan berikutan notis pengusiran yang dikeluarkan oleh Mahkamah Majistret Balik Pulau ke atas penghuni rumah tersebut ketika ini, Ghazali Ibrahim, 63, pada 14 Oktober lalu.
Rumah tersebut terpaksa dirobohkan kerana tanah tersebut kini diambil alih oleh Koperasi Tunas Muda Berhad untuk memajukan projek perumahan. Rumah Ghazali paling akhir dirobohkan kerana rumah penghuni lain yang dibina di atas tanah yang sama sudah dirobohkan beberapa bulan lalu.
Peguam Koperasi Tunas Muda Berhad, Syamsul Jamil (gambar) berkata, tindakan mengusir penghuni dan meroboh rumah tersebut sepatutnya berkuat kuasa Ogos lalu tetapi ditangguhkan atas budi bicara pihak mahkamah dan pemaju. Menurut beliau, pemilik rumah tersebut pernah ditawarkan pampasan sebagaimana ditetapkan oleh mahkamah tetapi ditolak.
Kosmo! difahamkan pemaju menawarkan pampasan berjumlah RM42,000 kepada Ghazali.
“Operasi hari ini (semalam) adalah mengikut perintah mahkamah dan tindakan meroboh terpaksa diteruskan,” kata Syamsul kepada pemberita di sini semalam.
Sementara itu, adik Ghazali, Abd. Laziz, 61, berkata, dia kecewa kerana semua adik-beradik gagal mempertahankan rumah tersebut.
“Sekiranya abang saya (Ghazali) berbincang secara baik dengan pemaju, sudah tentu kami mendapat hak masing-masing (pampasan) yang setimpal.
“Sikap dia yang enggan berbincang dengan kami adik-beradik menjadikan masalah ini bertambah rumit sedangkan pemaju ada menawarkan sejumlah pampasan kepada pemilik rumah yang tanah mereka diambil,” jelasnya.
Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pantai Jerejak, Sim Tze Tzin memberitahu, pihaknya berharap pemilik tanah dan pemaju masih dapat mempertimbangkan pampasan yang setimpal kepada keluarga tersebut
Mari mendaftar ahli di Komuniti gempakZ~
** PENGUMUMAN PENTING: "NEW POST REPLY" BERMASALAH >>KLIK<<
** SUBSCRIBE Youtube Komuniti gempakZ >>KLIK<<
Posts: 6,492
Threads: 2,794
Joined: Aug 2010
Reputation:
4
Mari mendaftar ahli di Komuniti gempakZ~
** PENGUMUMAN PENTING: "NEW POST REPLY" BERMASALAH >>KLIK<<
** SUBSCRIBE Youtube Komuniti gempakZ >>KLIK<<
Posts: 6,492
Threads: 2,794
Joined: Aug 2010
Reputation:
4
Askar AS kena penjara 10 tahun
SEOUL: Mahkamah Korea Selatan semalam menjatuhkan hukuman penjara 10 tahun ke atas seorang anggota tentera Amerika Syarikat atas kesalahan memperkosa seorang remaja secara kejam, kes yang memaksa diplomat Amerika meminta maaf.Anggota berpangkat prebet itu dihukum kerana merogol gadis berusia 18 tahun berulang kali di bandar raya Dongducheon, yang menempatkan pangkalan Divisyen Infantri Ke-2 berhampiran dengan sempadan Korea Utara.“Ketika tertuduh memuaskan nafsunya dengan cara kejam selama tiga jam, mangsa menderita dalam keadaan ketakutan dan merasai penghinaan. Tertuduh perlu diberi hukuman berat,” kata mahkamah dalam keputusannya yang dipetik agensi berita Yonhap.
Ia berkata, askar berusia 21 tahun itu yang namanya tidak diberikan, memasuki sebuah bilik murah pada 24 September lalu dan merogol, mendera dan mengugut mangsa menggunakan gunting.
Dia kemudian merompak mangsa 5,000 won (RM13) sebelum melarikan diri, kata hakim mahkamah di bandar raya Uijeongbu, utara Seoul.Itu adalah hukuman paling berat pernah dijatuhkan ke atas anggota tentera Amerika sejak tahun 1993 apabila seorang lagi anggota tentera dipenjara seumur hidup kerana membunuh wanita Korea, lapor agensi berita Yonhap. Namun, hukuman itu kemudian dikurangkan kepada 15 tahun.
Penolong Setiausaha Negara Amerika, Kurt Campbell, yang melawat Korea bulan lalu meminta maaf kepada rakyat negara itu kerana kes rogol yang tragik dan tidak boleh dimaafkan itu. Tentera Amerika juga meminta maaf dan mengenakan perintah berkurung lewat malam selama sebulan ke atas anggota tenteranya di negara itu. – AFP
Mari mendaftar ahli di Komuniti gempakZ~
** PENGUMUMAN PENTING: "NEW POST REPLY" BERMASALAH >>KLIK<<
** SUBSCRIBE Youtube Komuniti gempakZ >>KLIK<<
Posts: 6,492
Threads: 2,794
Joined: Aug 2010
Reputation:
4
KUALA LUMPUR – Gitaris kumpulan Hujan, Mohd. Hezry Mohd. Hafiz atau AG, 27, mengalami saat-saat mencemaskan apabila menjadi salah seorang mangsa yang diacu pistol secara rambang oleh perompak ketika dia sedang berurusan di sebuah bank di Taman Connaught, Cheras semalam.
Mohd. Hafiz mendakwa, ketika kejadian pada pukul 2.45 petang itu, dia hendak menunaikan sekeping cek di kaunter.
“Tiba-tiba datang seorang lelaki mengacukan pistol secara rambang kepada pelanggan dan juruwang. Lelaki itu memaksa seorang juruwang menyerahkan sejumlah wang kepadanya,” katanya.
Selepas itu, katanya, perompak terbabit mengheret seorang tebusan dipercayai pelanggan bank keluar dari bank sebelum melarikan diri. Gitaris itu bagaimanapun tidak mengetahui apa yang berlaku terhadap tebusan tersebut kerana takut.
“Saya panik dan kejadian berlaku begitu pantas tetapi saya bersyukur kerana saya dan orang lain di bank tidak diapa-apakan,” katanya.
Katanya, ia merupakan pengalaman pertama menyaksikan kejadian rompakan di hadapan mata. Jelasnya, dia tidak dapat melihat wajah perompak itu kerana dia memakai topi keledar penutup muka. Selain Mohd. Hafiz, Hujan turut dianggotai Izat Huzaini, Am, Noh (vokalis) dan Dimas.
Hujan yang ditubuhkan pada tahun 2006 terkenal dengan lagu-lagu seperti Pagi Yang Gelap dan Bila Aku Sudah Tiada sementara lagu terbaharu berjudul Muda kini disiarkan di stesen-stesen radio tempatan.
Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah berkata, dalam kejadian itu, suspek berjaya melarikan wang sebanyak RM25,000 tanpa mencederakan pelanggan mahupun pegawai bank tersebut.
“Suspek masuk ke dalam bank seorang diri dan bersenjatakan pistol. Dia telah mengacukan pistol ke arah pegawai bank dan meminta menyerahkan wang,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.
Tambah Chin Wah, suspek memakai topi keledar penutup muka dan berjaya melarikan wang berkenaan dalam masa kurang lima minit. Sementara itu, satu sumber memberitahu, siasatan awal polis percaya, suspek sama terlibat dalam kejadian samun di sebuah bank di Jalan Sungai Besi pada pukul 10.40 pagi hari yang sama. Dalam kejadian itu, suspek yang bersenjatakan pistol berjaya melarikan wang tunai berjumlah RM44,600.
Mari mendaftar ahli di Komuniti gempakZ~
** PENGUMUMAN PENTING: "NEW POST REPLY" BERMASALAH >>KLIK<<
** SUBSCRIBE Youtube Komuniti gempakZ >>KLIK<<
Posts: 6,492
Threads: 2,794
Joined: Aug 2010
Reputation:
4
SHAH ALAM - Seorang warga Indonesia gagal dalam rayuannya di Mahkamah Tinggi di sini, semalam untuk mengetepikan hukuman penjara 60 tahun dan 30 sebatan atas tiga kesalahan merogol anak tirinya berusia 15 tahun, tiga tahun lalu.
Hakim Noor Azian Shaari dalam keputusannya mengekalkan hukuman yang diperintahkan oleh Hakim Mahkamah Sesyen Ampang, Roszianayati Ahmad terhadap Rosi Ahmad, 36.
Pada 15 Ogos 2009, Roszianayati memerintahkan hukuman penjara 20 tahun dan 10 sebatan bagi setiap satu pertuduhan terhadap Rosi selepas dia mengaku bersalah atas tuduhan merogol. Beliau juga memerintahkan hukuman penjara yang dijalani Rosi berjalan secara berasingan.
Rosi, mengaku merogol anak tirinya berusia 15 tahun di rumahnya Kampung Pandan Dalam, Kuala Lumpur, pada 11 malam, 15 Ogos 2009. Lelaki turut mengulangi perbuatan tersebut dengan merogol mangsa, di rumah yang sama, pada jam 9 pagi, Oktober 2009. Bagi pertuduhan ketiga, Rosi sekali lagi merogol anak tirinya di rumah yang sama, pada 12.05 tengah malam, Januari 2010.
Dia melakukan kesalahan mengikut Seksyen 376 (3) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara 30 tahun dan 10 sebatan. Bagaimanapun, pada 1 April lalu, Rosi memfailkan rayuan di Mahkamah Tinggi supaya hukuman diringankan dan tarikh penjara berjalan serentak.
Sebelum itu, Noor Azian berkata selepas meneliti rekod rayuan dan hujahan, mahkamah mendapati Hakim Mahkmaah Sesyen tidak terkilaf dalam menjatuhkan hukuman ke atas perayu ( Rosi) dalam ketiga- tiga pertuduhan.
Mari mendaftar ahli di Komuniti gempakZ~
** PENGUMUMAN PENTING: "NEW POST REPLY" BERMASALAH >>KLIK<<
** SUBSCRIBE Youtube Komuniti gempakZ >>KLIK<<
Posts: 6,492
Threads: 2,794
Joined: Aug 2010
Reputation:
4
Edmonton imam jailed, reportedly beaten on hajj
Saudi religious police detain cleric in Medina during Muslim pilgrimage
The Canadian government is being urged to intervene following the arrest of an Edmonton imam in Saudi Arabia, who witnesses say was attacked by a mob and beaten while taking part in the Islamic pilgrimage to Mecca, the hajj.
It's believed Usama Al-Atar, who has a PhD in chemistry and is a post-doctoral fellow at the University of Alberta, has been charged with assault. However, Saudi police have not confirmed it.
The attack, which took place at a cemetery in Medina early Sunday morning, was reportedly sparked when religious police approached an international group of pilgrims that included the imam.
http://www.cbc.ca/news/canada/story/2011...ested.html
Witnesses say Usama Al-Atar was beaten and kicked by men summoned by Saudi religious police before his arrest.
Mari mendaftar ahli di Komuniti gempakZ~
** PENGUMUMAN PENTING: "NEW POST REPLY" BERMASALAH >>KLIK<<
** SUBSCRIBE Youtube Komuniti gempakZ >>KLIK<<
Posts: 6,492
Threads: 2,794
Joined: Aug 2010
Reputation:
4
PUTRAJAYA 31 Okt. – Kegiatan dua kanak-kanak lelaki berusia tujuh dan lapan tahun yang mencuri di 26 buah rumah penduduk di sekitar Presint 8 di sini terbongkar apabila mereka sendiri memberitahu rakan-rakan mengenai kegiatan itu.
Ketua Polis Putrajaya, Supt Abdul Razak Abd Majid berkata, seorang rakan mereka terkejut apabila diberitahu barang-barang rumahnya sendiri juga telah dicuri. Kanak-kanak itu memasuki rumah berkenaan dengan menggunakan kunci yang ditinggalkan di luar rumah.
"Kedua-dua kanak-kanak lelaki tersebut bukan sahaja memberitahu malah menunjukkan barang-barang yang mereka telah curi. Berang dengan keadaan itu seorang rakan sekolah mereka memberitahu ayahnya.
"Terkejut mendengar perkara tersebut, ayah berkenaan segera membuat laporan kepada pihak polis dan kedua-dua budak itu ditangkap secara berasingan pada 5.40 petang dan 6.30 petang di rumah masing-masing pada 28 Oktober lalu,” kata Abdul Razak kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Daerah Putrajaya di sini.
Abdul Razak berkata, setelah disoal siasat pihak polis, kedua-dua mereka mengakui telah menjalankan kegiatan mencuri itu sejak enam bulan lalu. Beliau berkata, dua kanak-kanak itu melakukan perbuatan mencuri dengan mengambil kunci yang diletakkan di luar rumah, biasanya di dalam kasut, apabila tuan rumah keluar bekerja pada waktu pagi. – Bernama
Mari mendaftar ahli di Komuniti gempakZ~
** PENGUMUMAN PENTING: "NEW POST REPLY" BERMASALAH >>KLIK<<
** SUBSCRIBE Youtube Komuniti gempakZ >>KLIK<<
Posts: 6,492
Threads: 2,794
Joined: Aug 2010
Reputation:
4
KUALA LUMPUR: There were about one million Malaysians working overseas as at April this year. Deputy Minister in the Prime Minister’s Department Datuk S.K. Devamany said the figure was based on a joint study by the World Bank and the Economic Planning Unit of the Prime Minister’s Department.
http://thestar.com.my/news/story.asp?fil...sec=nation
Mari mendaftar ahli di Komuniti gempakZ~
** PENGUMUMAN PENTING: "NEW POST REPLY" BERMASALAH >>KLIK<<
** SUBSCRIBE Youtube Komuniti gempakZ >>KLIK<<
Posts: 6,492
Threads: 2,794
Joined: Aug 2010
Reputation:
4
KUALA KUBU BHARU: Sepasang suami isteri maut manakala dua anak mereka cedera apabila kereta PROTON Waja dinaiki dari Kedah ke Temerloh, Pahang terbabas dan melanggar besi penghadang jalan di Kilometer 419.5 Lebuh Raya Utara-Selatan di sini, awal pagi, semalam.
Mohd Zakri Othman, 56, dan Latifah Hashim, 49, meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala dan beberapa bahagian badan dalam kejadian sekitar 2.30 pagi itu. Dua anak mereka, Noor Fauzana Mohd Zakri, 22, dan Mohammad Fakhrul, 17, serta rakannya, Mohammad Ramdan Firdaus Johar, 17, cedera dan dihantar ke Hospital Kuala Kubu Bharu (HKKB) oleh orang ramai yang melihat kejadian terbabit. Jurucakap polis berkata, Latifah yang memandu kereta berkenaan dipercayai mengantuk sebelum hilang kawalan dan merempuh besi penghadang jalan menyebabkan kenderaan terbabit remuk teruk.
Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Deputi Superintendan Zulkifli Bidin, ketika dihubungi mengesahkan kejadian berkenaan.
Mayat suami isteri itu dihantar ke HKKB untuk bedah siasat dan sudah dituntut ahli keluarga mereka untuk dikebumikan.
Mari mendaftar ahli di Komuniti gempakZ~
** PENGUMUMAN PENTING: "NEW POST REPLY" BERMASALAH >>KLIK<<
** SUBSCRIBE Youtube Komuniti gempakZ >>KLIK<<
Posts: 6,492
Threads: 2,794
Joined: Aug 2010
Reputation:
4
Program munajat perdana sebagai usaha mohon kerajaan PAS Kedah kaji tindakan dangkal
ALOR SETAR: Lebih 1,000 umat Islam menghadiri program 'Munajat Perdana Selamatkan Madrasah Salihiah' di sini, semalam dalam usaha mempertahankan premis yang menjadi pusat aktiviti keagamaan berusia 100 tahun itu daripada dirobohkan kerajaan Pas Kedah bagi memberi laluan kepada projek pembangunan Aman Sentral.
Berita lanjut dapatkan akhbar Berita Minggu hari ini
Mari mendaftar ahli di Komuniti gempakZ~
** PENGUMUMAN PENTING: "NEW POST REPLY" BERMASALAH >>KLIK<<
** SUBSCRIBE Youtube Komuniti gempakZ >>KLIK<<
|