NAK IKLANKAN SESUATU atau LAPOR masalah forum? Emailkan di komunitigempakzhq@gmail.com

ATTENTION: "NEW POST REPLY" display "Error". >KLIK<<

+++ Do LIKE @ SHARE ARTICLE +++

Thread Rating:
  • 0 Vote(s) - 0 Average
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
Kejadian Bunuh kelar lagi
#1


SUNGAI BULOH: Penemuan satu telefon bimbit milik seorang lelaki yang dibunuh dengan keadaan leher hampir putus manakala perut terburai di jirat Cina Sungai Buloh, dekat sini, malam kelmarin dipercayai boleh menjadi petunjuk bagi mencari suspek perbuatan kejam itu. Dalam kejadian jam 9.40 malam itu, mayat lelaki berusia 20-an dipercayai warga Indonesia ditemui orang ramai yang melalui kawasan itu.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Abdul Rahim, berkata motif pembunuhan masih dalam siasatan namun tidak menolak ia bermotifkan dendam. Menurutnya, tiada dokumen ditemui pada mangsa yang berkemeja-T hitam dan seluar jean pendek.

“Mangsa berkemungkinan pekerja di kawasan berhampiran dan kami percaya ia dibunuh di tempat lain antara jam 8 dan 9 malam sebelum mayatnya dibuang di kawasan berkenaan kerana tiada kesan pergelutan ditemui.

“Senjata pembunuhan juga belum ditemui dan kemungkinan mangsa dibunuh lebih daripada seorang,” katanya.

Abdul Rahim berkata, mayat mangsa sudah dihantar ke Hospital Sungai Buloh untuk bedah siasat.

“Orang awam yang menyaksikan kejadian itu atau mempunyai maklumat diminta tampil membantu siasatan.

“Mereka yang kehilangan ahli keluarga turut diminta datang membuat pengecaman mayat itu,” katanya.

Difahamkan, kawasan pembunuhan itu sering menjadi pilihan pasangan kekasih untuk bermadu asmara.
Mari mendaftar ahli di Komuniti gempakZ~   Shy

** PENGUMUMAN PENTING: "NEW POST REPLY" BERMASALAH >>KLIK<<
** SUBSCRIBE Youtube Komuniti gempakZ >>KLIK<<
Reply


Possibly Related Threads...
Thread Author Replies Views Last Post
  Pensyarah UiTM Shah Alam Tikam Kelar Isteri sebelum Kelar Diri Mr.Pingu 1 2,951 04-18-2014, 11:52 AM
Last Post: llama

KoMuNiTi gempakZ on Facebook

Website Hit Counter

Forum Jump:


Users browsing this thread: 1 Guest(s)