Komuniti gempakZ
  • Portal
  • Search
  • Member List
  • Calendar
  • Help
Hello There, Guest! Login Register
Login
Username:
Password: Lost Password?
 
Komuniti gempakZ › GEMPAKZ CORNER › HIBURAN GEMPAKZ › SeLiBRiTi v
« Previous 1 ... 10 11 12 13 14 ... 24 Next »

Mr. Os: Osbon juara Maharaja Lawak Mega namun dia akan terus memandu teksi

NAK IKLANKAN SESUATU atau LAPOR masalah forum? Emailkan di komunitigempakzhq@gmail.com

Thread Rating:
  • 0 Vote(s) - 0 Average
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
Thread Modes
Mr. Os: Osbon juara Maharaja Lawak Mega namun dia akan terus memandu teksi
Mr.Pingu Offline
Administrator
*******
Posts: 6,500
Threads: 2,798
Joined: Aug 2010
Reputation: 4
#1
01-04-2012, 08:21 PM
SHAH ALAM: Pelakon dan pelawak, Mohd Yusof Abdul Hamid atau lebih dikenali sebagai Os akan terus menjadi pemandu teksi walaupun telah diumumkan sebagai juara program Maharaja Lawak Mega (MLM) pada Jumaat lalu.

Os berkata, dia tidak akan berhenti daripada memandu teksi hanya kerana telah bergelar juara disebabkan kerjaya itu telah sebati dengannya.



"Saya akan tetap memandu teksi sebagai punca pendapatan tambahan kerana saya masih mempunyai permit memandu teksi sehingga tahun 2015," ujarnya.

Tambahnya, dia tidak mahu mengharap kepada tawaran berlakon kerana ia tidak memberi jaminan kepadanya dan perlu menampung keluarga dan anak-anaknya yang masih tidak bekerja.

Bagaimanapun Os berkata, dia tidak menolak jika ada tawaran berlakon atau untuk membuat pertunjukan pentas pada masa akan datang.

"Cinta pada dunia lakonan dan melawak masih ada kerana saya sudah terlibat dalam industri hiburan selama 27 tahun dan jika ada tawaran sesuai saya tidak menolak untuk terima sebagai kerja sampingan," ujarnya.

Dalam pada itu, ketika ditanya mengenai wang kemenangannya pada MLM, Os berkata dia bercadang untuk menggunakan sebahagian hasil kemenangan tersebut bagi menaik taraf keadaan teksinya supaya lebih selesa buat penumpang.

Os berkata, dia tidak bercadang untuk membeli teksi baru kerana kenderaannya sekarang masih dalam keadaan baik.

"Saya tidak bercadang untuk membazirkan duit tersebut kepada perkara yang tidak berfaedah sebaliknya ingin membaik pulih keadaan teksi untuk keselesaan penumpang," ujarnya.

Terdahulu, kumpulan Osbon yang dianggotai oleh Os dan Sharizan Ahmad (Abon) menjadi juara MLM selepas sembilan minggu bertanding.

Mereka berjaya membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM350,000 dan sebuah trofi sumbangan Astro. MLM disiarkan menerusi saluran Astro Prima.
ARTIKEL LAIN YANG MUNGKIN ANDA SUKA Pilihan berkaitan dan artikel menarik lain dari GempakZ
Awie Bengang Tumbuk Kerusi Sampai Pecah!
Awie Bengang Tumbuk Kerusi Sampai Pecah!
08-06-2010 1,998 Views 0 Replies
Rezeki anak Ziana: jadi Duta AntaBax
Rezeki anak Ziana: jadi Duta AntaBax
08-07-2010 1,855 Views 0 Replies
Bersama Selebriti: 'Tidak perlu banyak birokrasi logo halal'
Bersama Selebriti: 'Tidak perlu banyak birokrasi logo halal'
08-08-2010 1,321 Views 0 Replies
Aloha Dari Ocean gurl
Aloha Dari Ocean gurl
12-26-2013 2,046 Views 1 Replies
Salam/Hai Komuniti Gempakz
Salam/Hai Komuniti Gempakz
05-04-2013 2,263 Views 1 Replies
Mari mendaftar ahli di Komuniti gempakZ~   Shy

** SUBSCRIBE Youtube Komuniti gempakZ >>KLIK<<
Website Find
Reply


Possibly Related Threads...
Thread Author Replies Views Last Post
  Gambar Anak Nabil Maharaja Lawak Mr.Pingu 0 2,788 11-29-2012, 04:53 PM
Last Post: Mr.Pingu
  Zizan Raja Lawak Juara Super Spontan Musim pertama Mr.Pingu 0 2,253 06-02-2012, 01:16 AM
Last Post: Mr.Pingu
  Zizan Maharaja Lawak bakal tinggalkan Melodi? Mr.Pingu 0 2,146 11-26-2011, 06:24 PM
Last Post: Mr.Pingu
  Bekas Juara Maharaja Lawak Ditangkap Positive Dadah Mr.Pingu 0 2,506 10-08-2011, 07:47 PM
Last Post: Mr.Pingu
  Zizan Maharaja Lawak Anjur Rumah Terbuka Besar-Besaran Mr.Pingu 0 2,415 09-07-2011, 11:52 AM
Last Post: Mr.Pingu

KoMuNiTi gempakZ on Facebook

Website Hit Counter

Forum Jump:


Users browsing this thread: 1 Guest(s)
  • Contact Us
  • Komuniti gempakZ
  • Return to Top
  • Mobile Version
  • RSS Syndication
Current time: 11-02-2026, 01:51 PM Powered By MyBB 1.8.5, © 2002-2026 MyBB Group.
Linear Mode
Threaded Mode
View a Printable Version
Subscribe to this thread
Add Poll to this thread
Send thread to a friend