Posts: 6,492
Threads: 2,794
Joined: Aug 2010
Reputation:
4
Perkelahan keluarga di Pantai Sepat, Desaru berakhir tragedi
KUALA LUMPUR: Perkelahan keluarga sempena cuti tahun baru dan persekolahan berakhir tragedi apabila empat lemas dalam dua kejadian berasingan di Pantai Sepat, Kuantan, dan Pantai Desaru, Bandar Penawar, Kota Tinggi, petang semalam dan pagi kelmarin.
Di KUANTAN: Setiausaha UMNO Cawangan FELDA Jengka Empat, Zubir Othman, 57, lemas sewaktu cuba menyelamatkan anaknya, Ahmad Zuhaimi, 32, yang dipukul ombak ketika hendak mengambil bola yang tercampak ke laut. Sebelum kejadian, mereka bersama isteri masing-masing serta tujuh ahli keluarga tiba di pantai tu pada jam 12 tengah hari, dan mengisi masa dengan bermain bola. Ahmad Zuhaimi, juruteknik di Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Pekan, dikatakan mahu mengambil bola yang melantun ke laut, tetapi dipukul ombak dan melihat kejadian itu ayahnya cuba membantu sebelum turut dibawa arus kuat.
Zubir ditemui orang ramai beberapa minit kemudian, manakala Ahmad Zuhaimi yang menetap di Taman Mentiga, Pekan ditemui kira-kira 400 meter dari tempat kejadian pada jam 6.20 petang.
Menantu Zubir, Norazimah Zakaria, 24, dan suaminya, Zuhaidi Zubir cuba membantu tetapi gagal kerana laut bergelora.
Di KOTA TINGGI: Dua beradik mati lemas ketika mandi manda bersama keluarga mereka di Pantai Desaru, kelmarin.
Dalam kejadian jam 11.45 pagi, Hazim Suhaimi, 20, dan abangnya Hasief, 25, bersama saudara mereka, Md Nor Mamat berkelah di pantai itu sebelum kedua-dua mangsa dihanyutkan ombak besar.
Kedua-dua mangsa yang tinggal berasingan dengan bapa mereka dikatakan pergi berkelah bersama selepas sekian lama tidak berjumpa.
Md Nor berkata, kejadian berlaku ketika beliau bersama dua beradik itu sedang bermain di tepi pantai apabila secara tiba-tiba Hazim dihanyutkan ombak besar menyebabkan abangnya, Hasief cuba membantu tetapi gagal.
Mari mendaftar ahli di Komuniti gempakZ~
** PENGUMUMAN PENTING: "NEW POST REPLY" BERMASALAH >>KLIK<<
** SUBSCRIBE Youtube Komuniti gempakZ >>KLIK<<
Posts: 6,492
Threads: 2,794
Joined: Aug 2010
Reputation:
4
BUKIT MERTAJAM: Seramai 218 kakitangan lima syarikat bas henti-henti di wilayah utara termasuk pemandu kehilangan pekerjaan kerana syarikat pengangkutan awam itu gulung tikar akibat mengalami masalah kewangan sejak 2008.
Ketika ini, 300 lagi yang bekerja di 10 syarikat bas henti-henti di negeri ini, Perak dan Kedah, mungkin mengalami nasib sama berikutan majikan mereka turut menghadapi masalah kewangan yang tenat. Pegawai Perhubungan Perusahaan Kesatuan Pekerja-Pekerja Pengangkutan Awam Zon Utara, Musa Abdullah, berkata keadaan syarikat bas henti-henti di tiga negeri itu semakin meruncing dan pekerja berdepan dengan keadaan sukar. Pada masa sama katanya, orang ramai turut menerima kesan kerana kehilangan akses kepada perkhidmatan bas.
“Justeru, kerajaan dan SPAD (Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat) wajar mengambil tindakan drastik menyelamatkan syarikat bas itu sebelum keadaan menjadi lebih parah,” katanya selepas majlis perjumpaan dengan pengurusan Syarikat Bas Lean Hock Sdn Bhd dan pemandu bas syarikat itu di sini, semalam.
Musa berkata, kerajaan melalui SPAD perlu menyalurkan segera bantuan dana sebanyak RM400 juta yang diperuntukkan oleh kerajaan kepada pengusaha bas henti-henti bagi menangani masalah mereka.
Pada 19 Disember lalu, Datuk Seri Najib Razak, mengumumkan dana RM400 juta bagi menyelamatkan perkhidmatan bas henti-henti yang terjejas berikutan masalah kewangan untuk menjaga kepentingan rakyat yang bergantung kepada perkhidmatan awam itu.
Najib berkata, dana itu diuruskan SPAD yang akan mengagihkan RM100 juta pada suku pertama tahun ini bagi membantu syarikat pengusaha bas meneruskan operasi.
Sementara itu, Pengarah Urusan Syarikat Bas Lean Hock Sdn Bhd, Tan Eng Keat, berkata syarikat bas henti-henti milik keluarganya terpaksa ditutup selepas 64 tahun beroperasi kerana tidak mampu menanggung beban kewangan.
Pihaknya terpaksa memberhentikan 31 kakitangan, termasuk 23 pemandu dan membayar pampasan kepada mereka mengikut undang-undang buruh.
“Pada 2010, saya pernah berunding dengan SPAD bagi membincangkan laluan bas di Pulau Pinang dan bantuan, selain aduan mengenai perniagaan kami tetapi sehingga kini masih tiada jawapan.
“Jika SPAD bertindak awal, saya rasa syarikat ini pasti mampu diselamatkan dan penduduk sekitar Bukit Mertajam dan Butterworth tidak akan kehilangan pengangkutan awam,” katanya.
Mari mendaftar ahli di Komuniti gempakZ~
** PENGUMUMAN PENTING: "NEW POST REPLY" BERMASALAH >>KLIK<<
** SUBSCRIBE Youtube Komuniti gempakZ >>KLIK<<
Posts: 6,492
Threads: 2,794
Joined: Aug 2010
Reputation:
4
peluk mayat kekasih sejam
GEORGE TOWN - Penduduk di Flat Taman Utara di Batu Uban di sini semalam menyaksikan satu kejadian ngeri bercampur sayu apabila mendapati seorang lelaki bertindak memeluk mayat kekasihnya yang terbujur selepas terjatuh dari tingkat 17 selama satu jam sebelum dia mengalah dengan pujukan polis.
Sebelum itu, sepasukan polis telah bergegas ke tempat kejadian sebaik menerima laporan mengatakan terdapat dua mayat yang terjatuh dari flat tersebut pada pukul 1.20 pagi.
Bagaimanapun, selepas diteliti, polis kemudian mendapati hanya wanita itu sahaja yang mati manakala lelaki berusia 21 tahun itu berbaring di sebelah mangsa sambil memeluk mayat kekasihnya itu.
Dia yang enggan menerima hakikat kematian wanita itu bagaimanapun akur dengan pujukan polis supaya melepaskan mayat kekasihnya kira-kira sejam kemudian.
Difahamkan, wanita itu, Lau Kah Kah, 22, terjatuh selepas dia dikatakan telah berselisih faham dengan kekasihnya menerusi telefon dan khidmat pesanan ringkas (SMS) pada pukul 12.30 malam.
Mari mendaftar ahli di Komuniti gempakZ~
** PENGUMUMAN PENTING: "NEW POST REPLY" BERMASALAH >>KLIK<<
** SUBSCRIBE Youtube Komuniti gempakZ >>KLIK<<
Posts: 6,492
Threads: 2,794
Joined: Aug 2010
Reputation:
4
Fenomena Banjir Kilat: kesan Rosakkan alam..
SUHU panas yang mencecah 37 darjah Celcius kini mungkin tidak terasa bahangnya bagi sesetengah warga kota. Bagi mereka terik matahari itu lebih baik daripada hujan yang mencurah-curah kerana cemas dan bimbang kemungkinan berlaku banjir kilat.
Jalan sesak dan banjir kilat. Dua senario ini sudah cukup menghantui pemikiran setiap warga kota setiap kali langit bertukar gelap sekali gus menurunkan air hujan tanpa henti.
Meskipun banjir kilat boleh dikatakan sudah menjadi sebahagian daripada lumrah hidup bagi warga kota seperti di Kuala Lumpur, namun fenomena alam ini masih meninggalkan igauan buruk yang berpanjangan.
Sebahagian besar mereka yang menggunakan laluan Jalan Tun Razak terutama berhampiran Perpustakaan Negara mungkin tidak akan dapat melupakan peristiwa pada 13 Disember 2011.
Kes berulang
Hujan lebat pada hari itu berterusan selama kira-kira dua jam. Ia mengakibatkan banjir kilat dan mencetuskan keadaan kelam-kabut lalu lintas, memerangkap ribuan pengguna jalan raya yang dalam perjalanan pulang dari tempat kerja.
Banjir kilat berlaku apabila paras air di Sungai Bunus, sungai yang mungkin tidak berapa ternama seperti Sungai Klang atau Sungai Gombak, naik melebihi paras biasa.
Peristiwa tersebut berulang pada 14 Disember tahun yang sama apabila hujan lebat dalam tempoh kurang dua jam menyebabkan berlaku banjir kilat paling teruk menjejaskan Jalan Chan Sow Lin dan Jalan Brunei di kawasan Pudu.
Justeru, tidak hairanlah warga kota menarik nafas lega buat sementara waktu meskipun tubuh diratah dan disengat bahang panas matahari.
Banjir kilat boleh berlaku dalam sekelip mata dan paras air juga boleh menurun dalam waktu yang singkat, tetapi apakah yang menyebabkan banjir kilat?
Berapa ramaikah pengguna jalan raya yang memikirkan hal ini ketika melayan perasaan marah yang meluap-luap tatkala kenderaan yang dipandu terkandas atau terpaksa pulang lewat daripada biasa?
Mungkin ada yang menuding jari kepada pihak berkuasa tempatan (PBT) dengan membuat pelbagai andaian seperti PBT tidak membuat kerja, sungai sempit, longkang tersumbat dan sebagainya. Ada juga yang mungkin menyalahkan perubahan iklim.
Bagi aktivis alam sekitar, S. Piarapakaran, adalah tidak adil menuduh perubahan iklim semata-mata sebagai penyebab banjir kilat. Katanya, fenomena tersebut juga berlaku disebabkan keghairahan manusia menghancurkan alam sekitar.
“Perubahan iklim ini sama seperti apabila tubuh kita mengalami jangkitan kuman, kita akan mengalami demam.
“Perubahan iklim juga tidak boleh dihentikan, ia akan berterusan hingga satu keseimbangan dicapai.
“Tetapi melalui teknologi kita boleh lebih bersedia untuk mitigasi perubahan iklim,” katanya ketika diminta mengulas mengenai fenomena banjir kilat yang masih berlaku hari ini.
Mengulas lanjut masalah banjir kilat, Piarapakaran berkata, ia mempunyai kaitan rapat dengan penebangan kawasan hutan yang dibuat atas nama keperluan pembangunan. “Sejak awal tahun 1960-an, negara kita melalui proses pembangunan yang pesat. Banyak kawasan hutan ditebang untuk tujuan perindustrian, pertanian dan perumahan.
“Keadaan tersebut secara langsung menyebabkan peningkatan jumlah aliran air permukaan (air hujan yang mengalir pada permukaan tanah) sewaktu hujan,” jelasnya.
Sungai tong sampah
Beliau yang juga Presiden Persatuan Penyelidikan Air dan Tenaga Malaysia (Awer) berkata, jika berlaku hujan di kawasan yang mempunyai hutan tebal, ia akan menyerap air hujan dan melepaskannya perlahan-lahan ke dalam sungai.
Ketiadaan hutan, menyebabkan proses melambatkan aliran air ini hilang.
“Apabila proses ini tiada, pengaliran air secara tiba-tiba akan menyebabkan fenomena banjir kilat menjadi lebih ketara.
“Untuk menampung aliran air permukaan ini, banyak saluran dan longkang konkrit dibina.
“Bagaimanapun, ia tidak membantu menyalurkan air, sebaliknya menimbulkan lebih banyak masalah terutama banjir besar atau banjir kilat,” jelas Piarapakaran.
Bahkan, sungai yang ada menjadi tong sampah. Nampaknya, longkang juga turut menjadi pilihan atau kegemaran orang ramai membuang sampah.
Perhatikan sahaja sampah-sarap yang memenuhi sungai, parit dan longkang.
Tangan kita juga mungkin pernah melontar tin kosong, botol air minuman atau plastik pembungkus makanan.
Namun, hari ini bukan setakat sampah, sisa pepejal atau bangkai haiwan saja yang dihumban ke dalam sungai, bahkan mayat manusia dan janin bayi turut ditemui di dalam sungai.
Walau apapun, Piarapakaran berkata, sampah-sarap tidak boleh terus menerus dipersalahkan apabila berlaku banjir kilat.
“Seringkali kita dengar sampah yang tersumbat boleh menyebabkan banjir kilat.
“Tapi perkara ini mempunyai hadnya. Banjir di Kuala Lumpur dan Kajang baru-baru ini tidak boleh dipersalahkan kepada sampah-sarap sahaja.
“Alasan ini adalah satu penghinaan kepada ilmu kejuruteraan,” kata Piarapakaran yang juga seorang jurutera alam sekitar.
Meskipun saluran tersumbat menjadi salah satu punca banjir kilat, sungai atau longkang monsun atau longkang konkrit besar yang melimpah tiada kaitan dengan sampah.
Menurut Piarapakaran, ia berpunca daripada reka bentuk dan penyelenggaraan yang tidak memuaskan.
Jelasnya, proses reka bentuk saliran bukan sesuatu yang statik kerana ia perlu diperbaiki dengan peredaran masa.
“Kami mendapati banyak reka bentuk saliran yang lama masih wujud, tidak ditambah baik.
“Dengan peningkatan permukaan yang tidak telap air (tidak menyerap air) disebabkan pembangunan taman-taman perumahan, kawasan perniagaan dan jalan berturap, air hujan akan mengalir dengan banyak di atas permukaan ini.
“Jika sistem saliran tidak dapat menampung aliran air hujan ini, maka banjir kilat akan menjadi perkara lazim,” jelasnya.
Adakah langkah mendalamkan sungai boleh menangani masalah banjir kilat? Piarapakaran berkata, langkah itu perlu seragam.
Beliau menjelaskan apabila sesebuah sungai didalamkan, isipadu air yang dibawa sungai itu juga akan meningkat.
Jika hanya bahagian sungai didalamkan di kawasan yang terjejas, sambungan keluar dari kawasan tersebut akan mempunyai kedalaman yang lebih cetek.
Limpahan
Keadaan itu, mungkin memburukkan lagi keadaan dengan pemendakan kelodak yang mungkin menyebabkan banjir yang lebih teruk.
“Saya pernah meninjau kawasan saliran airnya berliku-liku dan lurus.
“Kawasan yang mempunyai rintangan sama ada liku atau bahagian asas saliran yang tidak rata dengan batu atau struktur penghalang akan mengalami fenomena hydraulic jump atau ketinggian aliran air meningkat secara mendadak.
“Apabila hydraulic jump berlaku, air yang memasuki saliran akan terhalang.
“Ada ketika berlaku juga limpahan keluar dari saliran,” tambahnya.
Piarapakaran berpandangan kaedah pengiraan untuk reka bentuk saliran seharusnya lebih fleksibel.
Dalam bidang kejuruteraan, setiap reka bentuk disediakan untuk berfungsi pada senario paling teruk dan digandakan mengambil kira faktor keselamatan.
Ertinya kata Piarapakaran, apa yang perlu ialah pelan tebatan banjir yang boleh berfungsi bagi menampung lebih daripada senario paling teruk. Bagaimanapun, jika keadaan kritikal meningkat dengan pantas, ia boleh menyebabkan kegagalan reka bentuk dan banjir kilat lebih kerap berlaku.
“Dalam proses reka bentuk, kadar kenaikan keadaan kritikal perlu dipertimbangkan. Bagaimana hendak kita ukur kegagalan sesuatu reka bentuk tebatan banjir?
“Apabila banjir kilat kerap berlaku dalam tempoh jangka masa yang singkat selepas pelaksanaan projek tersebut,” jelasnya. -Bernama
Mari mendaftar ahli di Komuniti gempakZ~
** PENGUMUMAN PENTING: "NEW POST REPLY" BERMASALAH >>KLIK<<
** SUBSCRIBE Youtube Komuniti gempakZ >>KLIK<<
Posts: 6,492
Threads: 2,794
Joined: Aug 2010
Reputation:
4
SUNGAI BULOH: Seorang suami yang cemburu kerana mengesyaki isterinya menjalin hubungan sulit dengan lelaki lain bertindak ‘gila’ apabila memandu lori tiga tan lalu merempuh dan melenyek kereta isterinya yang diletakkan di luar pagar rumah sehingga remuk, malam kelmarin.
Bagaimanapun, isterinya yang berusia 30-an tiada di dalam kereta berkenaan sebaliknya berada di rumah ketika suaminya melepaskan geram.
Dalam kejadian jam 11.30 malam di rumah pasangan itu di Taman Suria berhampiran Kampung Desa Aman, di sini, suami terbabit yang juga pemandu lori naik angin dan melepaskan kemarahan itu dengan merempuh Myvi SE hitam milik isterinya beberapa kali sehingga remuk.
Menurut jiran pasangan itu yang mahu dikenali sebagai Wong, 40, dia melihat suspek pulang ke rumah sejam sebelum kejadian, namun tidak mendengar pergaduhan di antara pasangan itu.
“Saya nampak lelaki itu masuk ke dalam rumah dan tidak lama selepas itu terdengar dentuman kuat sebelum paip di depan rumah saya pecah dan memancutkan air.
Mari mendaftar ahli di Komuniti gempakZ~
** PENGUMUMAN PENTING: "NEW POST REPLY" BERMASALAH >>KLIK<<
** SUBSCRIBE Youtube Komuniti gempakZ >>KLIK<<
Posts: 6,492
Threads: 2,794
Joined: Aug 2010
Reputation:
4
BUTTERWORTH - Sikap tidak prihatin penduduk beberapa buah taman perumahan sekitar Kilometer 1.7, Lingkaran Luar Butterworth (BORR) di sini yang mengambil jalan mudah memanjat pengadang jalan untuk melintas ke laluan bertentangan boleh mengundang padah.
Tinjauan Sinar Harian semalam mendapati rata-rata penduduk kawasan itu khususnya yang tidak mempunyai kenderaan sendiri sudah sekian lama berbuat demikian bagi mendapatkan perkhidmatan pengangkutan untuk ke arah Butterworth.
Mereka dilihat bersahaja memanjat pengadang jalan berupa tembok konkrit setinggi hampir satu meter itu tanpa memikirkan keselamatan diri sedangkan jalan itu merupakan laluan lurus dan sentiasa dipenuhi kenderaan yang dipandu laju.
Pengguna jalan raya, Mohamad Alif Mihat, 41, berkata, keadaan sedemikian bukan dikesan berlaku pada waktu tertentu sahaja sebaliknya sepanjang masa.
“Pejalan kaki dari sekitar taman berkenaan akan melintasi pembahagi jalan itu untuk ke seberang jalan bagi mendapatkan kenderaan untuk ke Butterworth. Biarpun sebelum ini berlaku kemalangan namun ia tidak pernah dijadikan pengajaran supaya berhenti melintas laluan itu,” katanya.
Penduduk taman perumahan di situ Habibah Mustam, 33, berkata, mereka terpaksa menggunakan kawasan itu sebagai lokasi menyeberang bagi mendapatkan pengangkutan awam kerana ia memendekkan jarak berbanding menggunakan laluan lain untuk ke perhentian bas terdekat yang terletak hampir 2 kilometer.
“Biarpun menyedari risiko dilanggar kenderaan, itulah satu-satunya cara untuk memudahkan kami bergerak dari rumah ke lokasi dihajati. Alhamdulillah selama ini tak pula melibatkan kemalangan maut kerana pejalan kaki sentiasa mengambil langkah berhati-hati,” katanya.
Pemandu kenderaan, Taib Mat Piah, 42, berkata, sebagai pengguna yang setiap hari menggunakan laluan itu, dia menganggap tindakan memanjat pengadang konkrit itu untuk melintas merupakan satu tindakan terdesak penduduk sekitar.
“Mereka tidak mempunyai pilihan kerana untuk ke perhentian bas terdekat perlu berjalan kaki sejauh lebih dua kilometer. Sepatutnya pihak berkuasa memantau keadaan ini bagi mengelak sebarang kejadian tak diingini menimpa pejalan kaki terbabit,” katanya.
Mari mendaftar ahli di Komuniti gempakZ~
** PENGUMUMAN PENTING: "NEW POST REPLY" BERMASALAH >>KLIK<<
** SUBSCRIBE Youtube Komuniti gempakZ >>KLIK<<
Posts: 6,492
Threads: 2,794
Joined: Aug 2010
Reputation:
4
TOKYO -Para penyelam mula mencari lima pekerja yang hilang dalam air yang keruh di dalam sebuah terowong yang runtuh di salah sebuah loji penapis minyak semalam, kata Jabatan Bomba Tokyo. Ketika kejadian, seramai enam pekerja berada di dalam terowong dalam laut yang dalam pembinaan di Kurashiki semasa ia runtuh. Namun, menurut seorang jurucakap Jabatan Bomba Tokyo, seorang daripada mereka sempat keluar.
Jurucakap tersebut berkata, mangsa yang terselamat itu menyatakan air memasuki dan memenuhi terowong. Mangsa itu memberitahu, dia mendengar suara orang yang menyatakan bahaya dan tinggalkan terowong menyebabkannya memanjat tangga sehingga ke permukaan yang selamat. Kemalangan itu berlaku di loji penapisan Mizushima 550 kilometer ke barat Tokyo.
Kerja-kerja mencari mayat dijalankan kira-kira 90 minit sebelum ditamatkan ekoran keadaan para penyelam tidak dapat melihat dengan jelas dalam terowong tersebut. Menurut jurucakap jabatan tersebut, terowong itu berbentuk U dan sedalam 30 meter. - AFP
Mari mendaftar ahli di Komuniti gempakZ~
** PENGUMUMAN PENTING: "NEW POST REPLY" BERMASALAH >>KLIK<<
** SUBSCRIBE Youtube Komuniti gempakZ >>KLIK<<
Posts: 6,492
Threads: 2,794
Joined: Aug 2010
Reputation:
4
KANGAR: Suami kepada seorang wanita yang melarikan diri dari rumah selepas tidak tahan diliwat serta dikencing di mukanya, akhirnya dicekup polis, kelmarin.
Lelaki berusia 43 tahun yang juga penjawat awam di negeri ini ditahan di rumahnya jam 4 pagi oleh sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kangar sebaik menerima maklumat.
Ketua Polis Daerah Kangar, Superintendan Abdul Rahman Mohd Noordin berkata, lelaki terbabit hanya terpinga-pinga tanpa mengetahui alasan dirinya ditahan sehingga diberitahu anggota polis.
Katanya, suspek tidak menyedari isterinya melarikan diri dan membuat laporan polis sehingga dia dicekup untuk membantu siasatan.
“Suspek kini direman sehingga 20 Februari ini dan tempoh remannya akan disambung selepas tarikh berkenaan bagi siasatan.
“Kesalahan dilakukan suspek dianggap serius dan jarang berlaku di negeri ini, malah yang menjadi mangsa dalam kes ini ialah isterinya,” katanya.
Katanya, anak mangsa kini dijaga keluarga terdekat dan isteri suspek juga kini dalam keadaan selamat.
Muka depan Harian Metro semalam melaporkan derita seorang ibu kepada tiga anak yang terpaksa melarikan diri dari rumah selepas sering diliwat suaminya sebelum dikencing pada mukanya setiap kali ‘bersama’.
Mangsa berusia 38 tahun itu juga terpaksa menanggung derita berkenaan sejak lima tahun lalu selepas suaminya berkenalan dengan seorang wanita yang jauh lebih muda daripadanya.
Suami bertopengkan syaitan itu juga bertindak ganas dan akan memukul mangsa jika kemahuan jijiknya tidak dituruti isterinya.
Mari mendaftar ahli di Komuniti gempakZ~
** PENGUMUMAN PENTING: "NEW POST REPLY" BERMASALAH >>KLIK<<
** SUBSCRIBE Youtube Komuniti gempakZ >>KLIK<<
Posts: 6,492
Threads: 2,794
Joined: Aug 2010
Reputation:
4
KUALA TERENGGANU 20 Feb. — Polis menahan seorang nelayan dan seorang penganggur bagi membantu siasatan kes dua sahabat disimbah cecair asid dalam kejadian awal pagi semalam di Kampung Padang Merchang, Marang.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Terengganu, ACP K. Manoharan berkata, dua lelaki berusia 39 dan 32 tahun itu ditahan di rumah masing-masing di Kampung Padang Rusa dan Kampung Padang Merchang pukul 7.30 petang semalam.
"Hasil siasatan awal mendapati ia mungkin berpunca daripada perasaan cemburu. Namun kita akan cuba dapatkan maklumat dan keterangan lengkap daripada kedua-dua suspek dan kedua-dua mangsa yang masih dirawat di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ),” katanya kepada pemberita, di sini hari ini.
Manoha ran berkata, kedua-dua suspek kini ditahan reman seminggu. — BERNAMA
Mari mendaftar ahli di Komuniti gempakZ~
** PENGUMUMAN PENTING: "NEW POST REPLY" BERMASALAH >>KLIK<<
** SUBSCRIBE Youtube Komuniti gempakZ >>KLIK<<
Posts: 6,492
Threads: 2,794
Joined: Aug 2010
Reputation:
4
KUALA LUMPUR — Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) akan menganjurkan Muzakarah Bahasa dan Persuratan dengan tujuan memperkasakan dasar-dasar negara khusus dari segi bahasa dengan menjadikan khazanah persuratan ilmu sebagai satu agenda negara yang besar.
Ketua Pengarahnya, Dr. Awang Sariyan berkata, muzakarah tersebut akan diadakan pada 17 dan 18 Mac ini dengan mensasarkan penyertaan enam kelompok yang dianggap sebagai pemegang kepentingan dalam soal bahasa, sastera dan ilmu.
"Kelompok yang kita sasarkan adalah ahli bahasa, sastera, sarjana, budayawan, cendiakawan dan media,” katanya pada sidang media khas di sini hari ini.
Katanya, muzakarah itu adalah bagi memantapkan dasar bahasa kebangsaan serta menjadikannya sama penting dengan dasar ekonomi, pertahanan, politik serta pentabiran negara.
Beliau berkata, muzakarah itu diharap dapat menghasilkan resolusi, cetusan, pandangan serta cadangan untuk menambah baik segala program yang dirancang bagi memenuhi cita-cita dan falsafah negara.
Awang yakin DBP dapat meneruskan usaha dalam memperjuangkan bahasa Melayu melalui pendekatan yang lebih khusus dan penuh pengertian bagi memartabatkan bahasa itu.
Menurutnya, perkara paling penting pada muzakarah tersebut ialah pertemuan khas dengan kelompok sains dan teknologi bagi merancang memperbanyakkan penerbitan dan pengeluaran serta terbitan-terbitan berkaitan bidang itu.
Mari mendaftar ahli di Komuniti gempakZ~
** PENGUMUMAN PENTING: "NEW POST REPLY" BERMASALAH >>KLIK<<
** SUBSCRIBE Youtube Komuniti gempakZ >>KLIK<<
Posts: 6,492
Threads: 2,794
Joined: Aug 2010
Reputation:
4
KOTA BHARU 20 Feb. — Polis Kelantan akan memantau rapi setiap majlis ceramah atau program parti-parti politik, sama ada yang mempunyai permit ataupun tidak.
Ketua Polis Kelantan, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman berkata, pihaknya sentiasa membuat penyiasatan setiap program yang melibatkan perhimpunan ramai, yang dianjurkan oleh mana-mana parti politik tanpa menunggu aduan daripada orang awam.
"Ini untuk mengelakkan perhimpunan yang dianjurkan itu boleh menjejaskan ketenteraman dan keselamatan awam,” katanya ketika menjawab soalan peserta Program Community Policing Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kelantan bersama Jawatankuasa Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKP) di sini, hari ini.
Jelas beliau, mengikut Akta Polis 1967, setiap parti politik mesti meminta kebenaran atau permit daripada polis untuk mengadakan sesuatu perhimpunan melebihi lima orang.
Beliau berkata, polis tidak akan berkompromi dengan mana-mana parti politik yang mengadakan kegiatan ceramah tanpa kebenaran, terutama menjelang pilihan raya umum akan datang. — BERNAMA
Mari mendaftar ahli di Komuniti gempakZ~
** PENGUMUMAN PENTING: "NEW POST REPLY" BERMASALAH >>KLIK<<
** SUBSCRIBE Youtube Komuniti gempakZ >>KLIK<<
Posts: 6,492
Threads: 2,794
Joined: Aug 2010
Reputation:
4
JOHOR BAHRU 20 Feb. — Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim berkata, pemandu teksi yang mempunyai hubungan rapat dengan masyarakat boleh memainkan peranan menjelaskan dasar kerajaan kepada orang ramai dan pelancong.
Beliau berkata, peranan pemandu teksi sebagai ‘duta kerajaan’ juga merupakan tanda bersyukur dan berterima kasih kepada kerajaan yang sentiasa membela kebajikan mereka secara berterusan.
"Kepimpinan kerajaan yang diterajui Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak amat mengambil berat terhadap kebajikan warga teksi dan buktinya pelbagai manfaat dapat dirasai pemandu dan pengusaha teksi menerusi Bajet 2012 yang dibentang tahun lepas.
"Apa yang paling penting adalah pemandu teksi perlu menterjemahkan segala usaha bantuan kerajaan ini dengan menyokong segala dasar serta memperkukuhkan sokongan terhadap kerajaan di bawah Barisan Nasional (BN),” katanya pada majlis penghayatan 1Malaysia Pemandu Teksi Zon Selatan, di sini, hari ini.
Rais menjelaskan, warga pemandu teksi perlu melihat serta menilai semula bantuan kerajaan menerusi Belanjawan 2012 antaranya pengecualian 100 peratus duti eksais dan cukai jualan ke atas pembelian teksi baru buatan tempatan serta pemberian subsidi dan bantuan antara RM1,000 hingga RM3,000 untuk melupuskan teksi yang telah mencapai had usianya.— BERNAMA
Mari mendaftar ahli di Komuniti gempakZ~
** PENGUMUMAN PENTING: "NEW POST REPLY" BERMASALAH >>KLIK<<
** SUBSCRIBE Youtube Komuniti gempakZ >>KLIK<<
|