Komuniti gempakZ
  • Portal
  • Search
  • Member List
  • Calendar
  • Help
Hello There, Guest! Login Register
Login
Username:
Password: Lost Password?
 
Komuniti gempakZ › GEMPAKZ CORNER › HIBURAN GEMPAKZ › SeLiBRiTi v
« Previous 1 ... 20 21 22 23 24

Aktor berpendapatan paling lumayan

NAK IKLANKAN SESUATU atau LAPOR masalah forum? Emailkan di komunitigempakzhq@gmail.com

KONGSI ARTIKEL INI
Facebook WhatsApp Telegram X Email
? Link artikel telah disalin
Thread Rating:
  • 0 Vote(s) - 0 Average
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
Thread Modes
Aktor berpendapatan paling lumayan
Mr.Pingu Offline
Administrator
*******
Posts: 6,498
Threads: 2,797
Joined: Aug 2010
Reputation: 4
#1
08-06-2010, 02:23 AM
Aktor.. kalau yg dtgnya dr oversea.. nak nak dr Hollywood memang meletops la pendapatan masing2... kaya raya. macam pemain bola sepak terkenal gak. mereka ibarat bintang arr.. so, dalam banyak-banyak pelakon atau Actor luar negara, siapakah yang paling kaya? hehe.. ok.. saya dapat emel dari kawan tentang ini. so, bolehla dikongsikan bersama monyet sengeh

Harrison Ford


RM230 juta

SETELAH lima tahun tidak berlakon, Ford muncul tahun ini dalam filem Indiana Jones And The Kingdom of The Crystal Skull. Ia adalah filem keempat dalam siri Indiana Jones yang bermula pada 1981. Dalam usaha untuk menarik balik Ford keluar dari persaraan tidak rasminya, Paramount bersetuju memberi bayaran lumayan kepadanya dengan membahagi pendapatan filem itu antara Ford, Spielberg dan George Lucas. Menerusi persetujuan itu, Ford memperoleh RM230 juta antara Jun 2008 dan Jun 2009, menjadikannya aktor yang memperoleh bayaran paling tinggi tahun ini.

Adam Sandler

RM194 juta

Bekas bintang Saturday Night Live membuktikan dirinya boleh menarik peminat dengan filem seperti Bedtime Stories dan You Don't Mess With The Zohan. Kedua-dua filem itu mengaut RM1.5 bilion hasil tayangan di pawagam seluruh dunia. Filem terbarunya yang diarah bekas teman sebilik, Judd APatow - Funny People, akan mula ditayang tidak lama lagi.

Will Smith

RM159 juta

Smith membuktikan sekali lagi bahawa dia menguasai 4 Julai dengan filem musim panas lalu, Hancock. Walaupun dengan ulasan yang sederhana mengenai filem berkenaan, namun ia berjaya mengutip RM2.2 bilion dari jualan tiket di seluruh dunia. Status Amith sebagai superstar global mengelak satu lagi filem lakonannya, Seven Pounds daripada tidak laku. Filem itu mengaut keuntungan hampir RM353 juta di luar negara.

Eddie Murphy

RM141 juta

Walaupun fliem lakonannya, Meet Dave gagal dengan hanya memperoleh RM177 juta menerusi tayangan di seluruh dunia, Murphy masih meraih pendapatan tinggi hasil kerjanya dalam siri komedi keluarga. Keadaan itu mungkin berubah jika dua filem akan datangnya, Imagine That dan A Thousand Words, juga gagal.

Nicolas Cage

RM141 juta

CAGE tidak memperoleh pendapatan sama besar seperti pelakon yang berada dalam senarai ini. Bagaimanapun, dia bekerja dua kali lebih keras. Ketika ini, Cage mempunyai enam filem yang menanti untuk ditayangkan dalam masa dua tahun. Sebahagian daripada alasan dia bekerja lebih keras ialah kerana dia berhutang berjuta-juta dolar kepada Jabatan Cukai Amerika Syarikat.

Tom Hanks

RM124 juta

Hank ialah antara segelintir pelakon yang masih memperoleh bayaran awal RM71 juta untuk lakonannya dalam filem seperti Angels & Demons, yang meraih pendapatan RM1.4 bilion hasil tayangan box office di seluruh dunia. Hanks juga memperoleh pendapatan memuaskan dengan menjadi penerbit eksekutif filem Mamma Mia tahun lalu.

Tom Cruise


Cruise berjaya mengelak saat memalukan sepanjang 12 bulan lalu sementara filem lakonannya, Valkyrie mencatatkan pencapaian lebih baik daripada dijangka dengan mengaut keuntungan kira-kira RM704 juta menerusi tayangan di seluruh dunia. Bagaimanapun, filem yang membantu memulihkan imej pelakon itu tahun ini ialah lakonannya selaku eksekutif Hollywood yang meluatkan dalam filem jenaka perang, Tropic Thunder.

Jim Carrey

RM99 juta

Pelawak ini mengambil risiko besar tahun ini menerusi filem Yes Man. Dengan bayaran awal berjumlah RM70 juta, Carrey secara tidak langsung menjadi pelabur dalam filem itu dengan persetujuan untuk menerima sepertiga keuntungannya. Perjanjian luar biasa itu menguntungkan Carrey. Menjelang filem itu meraih pendapatan menerusi jualan tiket, pelakon itu dijangka sudah memperoleh bayaran sehingga RM123 juta.

Brad Pitt

RM99 juta

PITT dicalonkan untuk anugerah Oscar tahun ini kerana lakonannya dalam filem The Curious Case Of Benjamin Button dan memperoleh pendapatan agak lumayan daripada filem itu yang hasiil jualan tiketnya di seluruh dunia mencecah RM1.17 bilion. Filem lakonan Pitt seterusnya ialah Inglourious Basterds yang berkait dengan pemburuan anggota Nazi.

Johnny Depp

RM95 juta

DEPP jatuh ke tangga ke 10 senarai Forbes tahun ini. Tahun lalu, dia berada di tangga kedua dengan pendapatan RM254 juta. Punca kejatuhan kedudukannya dalam senarai itu: Tiada filem baru Pirates Of The Caribbean. Siri keempat filem berkenaan dijadual pada 2012. Dalam pada itu, dia memainkan watak John Dillinger dalam Public Enemies dan Mad Hatter dalam versi baru Alice in Wonderland Tim Burton.
ARTIKEL LAIN YANG MUNGKIN ANDA SUKA Pilihan berkaitan dan artikel menarik lain dari GempakZ
Paris Hilton kata dia sayang Rakyat Malaysia!
Paris Hilton kata dia sayang Rakyat Malaysia!
09-29-2010 1,373 Views 0 Replies
Akil Hayy dan waheeda: Usia perkahwinan sudah setahun
Akil Hayy dan waheeda: Usia perkahwinan sudah setahun
09-02-2010 2,676 Views 0 Replies
Mawi berkahwin lagi dengan orang Temerloh?
Mawi berkahwin lagi dengan orang Temerloh?
08-03-2010 1,869 Views 0 Replies
salam semua^^
salam semua^^
08-15-2012 2,970 Views 1 Replies
testing
testing
05-07-2011 4,093 Views 8 Replies
Mari mendaftar ahli di Komuniti gempakZ~   Shy

** PENGUMUMAN PENTING: "NEW POST REPLY" BERMASALAH >>KLIK<<
** SUBSCRIBE Youtube Komuniti gempakZ >>KLIK<<
Website Find
Reply


KoMuNiTi gempakZ on Facebook

Website Hit Counter

Forum Jump:


Users browsing this thread: 1 Guest(s)
  • Contact Us
  • Komuniti gempakZ
  • Return to Top
  • Mobile Version
  • RSS Syndication
Current time: 08-27-2026, 06:53 PM Powered By MyBB 1.8.5, © 2002-2026 MyBB Group.
Linear Mode
Threaded Mode
View a Printable Version
Subscribe to this thread
Add Poll to this thread
Send thread to a friend