NAK IKLANKAN SESUATU atau LAPOR masalah forum? Emailkan di komunitigempakzhq@gmail.com

ATTENTION: "NEW POST REPLY" display "Error". >KLIK<<

+++ Do LIKE @ SHARE ARTICLE +++

Thread Rating:
  • 0 Vote(s) - 0 Average
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
Sari Berita Pendek Komuniti gempakZ
#37
KUALA LUMPUR 20 Feb. — Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah hari ini menerima kunjungan Perdana Menteri Thailand, Yingluck Shinawatra di Istana Negara, di sini.

Tuanku Abdul Halim diiringi Raja Permaisuri Agong, Tuanku Hajah Haminah meluangkan masa kira-kira 20 minit berbincang dengan Yingluck dan delegasi beliau, termasuk Menteri Pertahanan Thailand, Sukumpol Sawanatat, dan pegawai-pegawai kanan kerajaan yang lain.

Turut hadir ialah Timbalan Menteri Luar, Datuk Richard Riot dan Duta Besar Malaysia ke Thailand, Datuk Nazirah Hussain.

Yingluck, 45, sedang dalam rangka lawatan sulungnya ke negara ini selepas menyandang jawatan Perdana Menteri pada Ogos tahun lepas.

Beliau dijadual melawat Malaysia pada Oktober tahun lepas tetapi menangguhkannya berikutan banjir besar yang melanda Thailand.

Terdahulu, Yingluck diberikan sambutan rasmi dan menemui Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada mesyuarat tertutup di Putrajaya.

Malam ini, Yingluck menghadiri majlis jamuan diberikan oleh Najib dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor di Seri Perdana, kediaman rasmi perdana menteri di Putrajaya. — BERNAMA
Mari mendaftar ahli di Komuniti gempakZ~   Shy

** PENGUMUMAN PENTING: "NEW POST REPLY" BERMASALAH >>KLIK<<
** SUBSCRIBE Youtube Komuniti gempakZ >>KLIK<<
Reply
#38
JOHOR BAHRU 20 Feb. — Akta Pemajuan Perumahan (Kawalan dan Pelesenan) 1966 (Pindaan 2011) yang diluluskan Disember tahun lalu akan mula dikuatkuasakan pada September ini, kata Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Chor Chee Heung.

Beliau berharap pelaksanaannya, yang memperuntukkan penalti lebih berat kepada pemaju yang gagal menyiapkan projek perumahan, mampu mengurangkan masalah projek perumahan terbengkalai.

Katanya, pindaan akta berkenaan, yang bertujuan melindungi kepentingan pembeli, diharap memberi kesedaran kepada pemaju supaya mematuhi undang-undang ditetapkan.

"Sejak dulu kita sudah ambil tindakan ke atas pemaju yang tidak bertanggungjawab seperti menyenaraihitamkan syarikat mereka. Namun, saya percaya cara itu sudah tidak berkesan lagi dan sebab itu kita pinda akta tersebut,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan replika kunci kepada pembeli projek perumahan Taman Cahaya Kota Puteri, di sini hari ini.

Chee Heung berkata, sehingga kini, 167 projek perumahan melibatkan 53,238 unit rumah terbengkalai direkodkan dan daripada jumlah itu, 90 projek melibatkan 16,324 unit rumah berjaya disiapkan.

Selain itu, sebanyak 61 projek melibatkan 27,946 unit rumah sedang dalam pelbagai peringkat pemulihan dan dijangka siap menjelang tahun depan manakala baki 16 projek lagi masih dalam peringkat awal perancangan. — BERNAMA
Mari mendaftar ahli di Komuniti gempakZ~   Shy

** PENGUMUMAN PENTING: "NEW POST REPLY" BERMASALAH >>KLIK<<
** SUBSCRIBE Youtube Komuniti gempakZ >>KLIK<<
Reply
#39
JITRA 20 Feb. — Tindakan memberhentikan visa ketibaan dan pas lawatan sosial kepada pelajar asing merupakan satu penambahbaikan yang dilakukan kerajaan bagi menarik lebih ramai pelajar asing untuk belajar di negara ini dan bukan untuk melakukan jenayah.

Timbalan Ketua Setiausaha (Pendaftaran dan Imigresen) Kementerian Dalam Negeri (KDN), Datuk Alwi Ibrahim berkata ia sebagai langkah yang baik untuk memastikan pelajar asing yang masuk ke negara ini tidak menyalahgunakan visa dan pas sosial yang diberikan.

“Pelaksanaannya akan dilakukan oleh pihak Imigresen bersama Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) setelah melakukan perbincangan dengan kementerian sebelum itu,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Penyampaian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2011 Jabatan Penjara (Zon Utara 2) di sini hari ini. — BERNAMA
Mari mendaftar ahli di Komuniti gempakZ~   Shy

** PENGUMUMAN PENTING: "NEW POST REPLY" BERMASALAH >>KLIK<<
** SUBSCRIBE Youtube Komuniti gempakZ >>KLIK<<
Reply
#40
KUALA LUMPUR 20 Feb. – Ketua Menteri, Lim Guan Eng akan memfailkan permohonan rasmi di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur agar kes saman malu RM30 juta yang difailkan oleh Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang, Datuk Zainal Abidin Osman terhadap beliau dipindahkan ke Mahkamah Tinggi Pulau Pinang untuk dibicarakan.

Peguam Datuk Jahaberdeen Mohamed Yunoos yang mewakili Zainal Abidin memberitahu pemberita, pihaknya akan mengemukakan bantahan kepada permohonan yang bakal dikemukakan oleh Guan Eng itu.

Saman itu berhubung kenyataan Guan Eng mengaitkan UMNO dengan demonstrasi dan cubaan membakar ibu pejabat DAP di Pulau Pinang.

Hakim Amelia Tee Hong Geok Abdullah menetapkan 20 Mac ini untuk pengurusan kes saman tersebut.

Sebelum ini, mahkamah telah menetapkan 2 hingga 6 April untuk perbicaraan kes saman tersebut.

Zainal Abidin mendakwa pada 3 Julai lalu, Guan Eng telah menerbitkan kenyataan akhbar melalui emel yang kemudiannya disiarkan di dalam akhbar Keadilan Daily pada 3 Julai dan di dalam akhbar Suara Keadilan pada 5 Julai lalu. – UTUSAN
Mari mendaftar ahli di Komuniti gempakZ~   Shy

** PENGUMUMAN PENTING: "NEW POST REPLY" BERMASALAH >>KLIK<<
** SUBSCRIBE Youtube Komuniti gempakZ >>KLIK<<
Reply
#41
KUALA LUMPUR 20 Feb. - Peluang pelayaran bagi pelaut baru menjadi isu utama yang akan dibincangkan pada Mesyuarat Agung ke-10 2011/2012 Kesatuan Kebangsaan Pelaut-pelaut Semenanjung Malaysia (KKPSM) Ahad ini.

Setiausaha KKPSM, Mohd Rafiq Abdullah berkata, pihaknya menerima banyak aduan daripada pelaut baru yang mengadu kurang diberi peluang pelayaran atau pekerjaan daripada syarikat perkapalan dalam negara.

"Di Semenanjung ini, terdapat banyak sekolah latihan dalam bidang perkapalan, namun lebih kurang 90 peratus daripada pelajarnya telah mengadu tidak mendapat peluang pekerjaan,” katanya di sini hari ini.

Beliau mendakwa, perkara itu berlaku disebabkan syarikat perkapalan lebih selesa menggaji warga asing dan mesyuarat dijangka menentukan tindakan yang bakal diambil bagi menangani isu terbabit.

Sehubungan itu, beliau meminta semua anggota kesatuan serta pelaut baru yang berdepan dengan masalah berkenaan agar menghadiri mesyuarat tersebut yang akan bermula pukul 2 petang di Pusat Pelaut Pelabuhan Klang.

"Pada hari itu juga kita akan daftar ahli baru dan buat pemilihan ahli jawatankuasa,” katanya. — BERNAMA
Mari mendaftar ahli di Komuniti gempakZ~   Shy

** PENGUMUMAN PENTING: "NEW POST REPLY" BERMASALAH >>KLIK<<
** SUBSCRIBE Youtube Komuniti gempakZ >>KLIK<<
Reply
#42
KUALA LUMPUR 20 Feb. – Permohonan Petroliam Nasional Bhd. (Petronas) dan Kerajaan Persekutuan untuk membangkitkan isu-isu perundangan yang perlu ditentukan dalam kes saman berhubung tuntutan tunggakan royalti minyak oleh kerajaan negeri Kelantan akan didengar oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 1 Jun depan.

Hakim Datin Zabariah Mohd. Yusof menetapkan tarikh itu ketika pengurusan kes tersebut hari ini.

Dalam writ saman yang difailkan pada 30 Ogos 2010, kerajaan negeri Kelantan menuntut supaya Petronas melaksanakan perjanjian petroleum bertarikh 9 Mei 1975 setelah mendakwa defendan secara salah melanggar kewajipannya.

Kerajaan negeri itu mendakwa telah menandatangani Perjanjian Petroleum Kelantan bertarikh 9 Mei 1975 yang ditandatangani oleh Menteri Besar Kelantan ketika itu, Datuk Mohamed Nasir dengan bekas Pengerusi dan Ketua Eksekutif Petronas, Tengku Razaleigh Hamzah. – UTUSAN
Mari mendaftar ahli di Komuniti gempakZ~   Shy

** PENGUMUMAN PENTING: "NEW POST REPLY" BERMASALAH >>KLIK<<
** SUBSCRIBE Youtube Komuniti gempakZ >>KLIK<<
Reply
#43


SEREMBAN - Seorang lelaki menemui ajal dalam keadaan mengerikan apabila dia tersepit hingga mengakibatkan kepala dan badannya cedera parah selepas kereta yang dipandunya bertembung dengan sebuah bas di Batu 5, Jalan Mambau-Port Dickson dekat sini kelmarin.

Kejadian pukul 5.40 petang itu berlaku apabila kereta jenis Proton Iswara yang dipandu P. Teyaho, 45, terbabas ke laluan bertentangan lalu bertembung dengan bas yang membawa 25 penumpang tersebut.

Jurucakap polis berkata, sebelum kejadian mangsa dalam perjalanan ke Port Dickson.

"Ekoran pertembungan itu, mangsa yang bekerja sendiri itu tersepit dalam keretanya yang remuk lalu mati di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala dan badan. Dua penumpang bas pula cedera ringan manakala bakinya tidak mengalami sebarang kecederaan," katanya.
Mari mendaftar ahli di Komuniti gempakZ~   Shy

** PENGUMUMAN PENTING: "NEW POST REPLY" BERMASALAH >>KLIK<<
** SUBSCRIBE Youtube Komuniti gempakZ >>KLIK<<
Reply
#44
GEORGETOWN: Pada siang hari didakwa merogol seorang pelajar tingkatan tiga manakala pada malam hari pula dituduh menyamar anggota polis serta memiliki senjata berbahaya. Begitulah padah yang dihadapi seorang lelaki selepas didakwa di Mahkamah Sesyen dan Majistret, di sini, semalam terhadap tiga tuduhan.

Bagi tuduhan pertama di Mahkamah Sesyen di sini, penganggur, M Retnam, 32, dari Taman Mewah Jaya, Klang, Selangor didakwa merogol seorang remaja perempuan berusia 15 tahun di kawasan hutan berhampiran Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Balik Pulau antara jam 2.30 hingga 3.30 petang, 1 Mac lalu.

Tertuduh yang tidak diwakili peguam didakwa mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 30 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan.

Bagaimanapun, tertuduh mengaku tidak bersalah terhadap tuduhan itu.

Hakim Sitarun Nisa Abdul Aziz menetapkan 16 Julai depan untuk sebutan semula kes bagi mendapat laporan perubatan mangsa dan keputusan ujian DNA.
Mari mendaftar ahli di Komuniti gempakZ~   Shy

** PENGUMUMAN PENTING: "NEW POST REPLY" BERMASALAH >>KLIK<<
** SUBSCRIBE Youtube Komuniti gempakZ >>KLIK<<
Reply
#45
Georgetown – Ketika umat Islam bersiap-siap untuk menunaikan solat Jumaat, seorang remaja lelaki 16 tahun bersama pasangannya yang berusia 17 tahun, asyik memadu asmara di bilik tidur rumah gadis berkenaan di Kepala Batas dekat sini, Jumaat lalu.Remaja perempuan itu mengambil kesempatan ketiadaan bapanya yang keluar bekerja untuk membawa teman lelakinya masuk ke dalam rumah.

Difahamkan, gadis berkenaan kerap membawa teman lelakinya itu ke rumah, namun kejadian Jumaat lalu, mereka dicekup sepasukan pegawai penguatkuasa Jabatan Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP) kira-kira jam 12:15 tengah hari.Ketika dicekup, kedua-duanya yang ponteng sekolah, mengaku baru selesai melakukan hubungan seks dan pemeriksaan mendapati remaja lelaki itu hanya memakai seluar pendek tanpa seluar dalam.Ketua Unit Operasi JHEAIPP, Khairul Azman Azizan berkata, hasil maklumat awam pihaknya melakukan pemeriksaan di rumah berkenaa dan menemui seluar sekolah lelaki itu dalam bakul di bilik gadis berkenaan.“Melalui siasatan, remaja perempuan itu mengaku mengambil teman lelakinya di Teluk Air Tawar dan membawa ke rumah ketika ketiadaan bapanya.“Dia turuk mengaku sudah dua tahun menjalin hubungan dengan lelaki itu dan kerap melakukan hubungan seks,” katanya.

Khairul Azman berkata, mereka ditahan kerana tidak mempunyai hubungan mahram yang sah dan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 27 (a) (b) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Negeri Pulau Pinang 1996 yang sabit kesalahan boleh didenda RM 3,000 atau dua tahun penjara atau kedua-duanya.
Mari mendaftar ahli di Komuniti gempakZ~   Shy

** PENGUMUMAN PENTING: "NEW POST REPLY" BERMASALAH >>KLIK<<
** SUBSCRIBE Youtube Komuniti gempakZ >>KLIK<<
Reply
#46

SEORANG ahli keluarga mangsa menunjukkan soket penyambung elektrik yang dipegang Syahmina di Pokok Sena, Alor Setar semalam.

ALOR SETAR - Seorang bayi berusia enam bulan maut akibat terkena renjatan elektrik selepas memegang wayar soket penyambung elektrik yang diletakkan di lantai ruang tamu rumah neneknya di Kampung Lancor Tok Leed, Pokok Sena di sini semalam.

Dalam kejadian pukul 10 pagi itu, mangsa, Syahmina Zulaika Mohamad Hazim Akmal yang baru pandai meniarap dikatakan memegang wayar tersebut sebelum tidak sedarkan diri.

Difahamkan terdapat bahagian wayar dalam terdedah selepas bahagian penebatnya terbuka.

Ketika kejadian, Syahmina berada di ruang tamu bersama kakaknya, Sofina Zulaika, 3, sementara ibu saudaranya, Noraina Rosli, 14, sedang memasak di dapur.

Ibu saudara mangsa, Siti Hajar Idris, 26, memberitahu, mangsa dan kakaknya ketika kejadian dijaga oleh Noraina kerana datuk dan nenek mangsa, Rosli Ahmad, 43, dan Rohani Napiah, 43, keluar menoreh getah.
Mari mendaftar ahli di Komuniti gempakZ~   Shy

** PENGUMUMAN PENTING: "NEW POST REPLY" BERMASALAH >>KLIK<<
** SUBSCRIBE Youtube Komuniti gempakZ >>KLIK<<
Reply
#47
RAWANG – Pelukan dan ciuman yang diiringi tangisan kegembiraan menyelubungi kawasan Hentian Rehat dan Rawat (R&R) Sungai Buloh di Lebuh Raya Utara-Selatan dekat sini semalam apabila Nayati Shamelin Moodliar yang hilang diculik sejak seminggu lalu bersatu semula dengan keluarganya.

Nayati, 12, yang diculik pada 27 April lalu ketika dalam perjalanan ke sekolahnya di Mont Kiara International School di sini ditemui dibebaskan di tempat letak kenderaan berat R&R Rawang pada pukul 7.55 pagi.

Kanak-kanak itu kemudian dibawa oleh seorang wanita yang menemui mangsa di R&R Rawang ke R&R Sungai Buloh bagi menemui keluarganya.

Jarak lokasi mangsa diculik dan lokasi ditemui semula kira-kira 58 kilometer.

Nayati, anak sulung daripada dua beradik itu ditemui semula selepas keluarga mangsa menerima panggilan telefon dipercayai daripada penculik mengatakan anak mereka ditinggalkan di R&R Rawang.

Tidak lama selepas ditinggalkan penculik, seorang wanita menemui mangsa dan menghubungi keluarganya sebelum membawa mangsa ke R&R Sungai Buloh bagi mempertemukan dia dengan keluarganya.

Berikutan itu, keluarga Nayati bersama pegawai Kedutaan Belanda menaiki sebuah kereta Mercedes Benz dan diiringi pasukan polis bergegas ke R&R Sungai Buloh.

Sebaik menemui Nayati pada pukul 8.30 pagi, bapa mangsa, Sham Moodliar, 41, dan ibunya, Janice Smith, 40, terus memeluk Nayati dengan tangisan kegembiraan.
Mari mendaftar ahli di Komuniti gempakZ~   Shy

** PENGUMUMAN PENTING: "NEW POST REPLY" BERMASALAH >>KLIK<<
** SUBSCRIBE Youtube Komuniti gempakZ >>KLIK<<
Reply
#48
KOTA BHARU – Seorang wanita tidak menyangka jeritan jiran memberitahu ada orang kena tembak di Taman Sentosa Jaya, Badang dekat sini semalam rupa-rupanya membabitkan suami sendiri yang cedera ditembak oleh dua lelaki berpakaian serba hitam.

Dalam kejadian pada pukul 10 pagi itu, Nasrur Alimin Mohamad, 34, ditemui cedera parah akibat terkena beberapa das tembakan di betis kanan dan ditetak di kepala dan pergelangan tangan kanan.

Cerita isteri mangsa, Ira Shamimi Shamsuddin, 24, sebelum kejadian, suaminya yang bekerja sebagai pembekal peralatan makmal di hospital di sini singgah di sebuah kedai runcit yang terletak kira-kira 50 meter dari rumahnya untuk membeli kad tambah nilai prabayar dan gula-gula sebelum pergi ke tempat kerjanya di sini.

“Tidak lama selepas suami keluar rumah, saya terdengar bunyi letupan bagaikan mercun menyebabkan saya keluar dari rumah untuk melihat apa bunyi itu.

“Sebaik saya jenguk ke luar rumah, saya nampak pemilik kedai runcit itu melambai-lambaikan tangan ke arah saya dan dalam masa sama saya terdengar jiran menjerit ada orang kena tembak,” cerita Ira yang tidak bekerja ketika ditemui di tempat kejadian semalam.

Kata Ira lagi, dia kemudian cuba menghubungi suaminya untuk memberitahu kejadian tersebut tetapi panggilan itu tidak dijawab sebelum ada jiran datang ke arahnya dan memaklumkan suaminya cedera terkena tembakan.
Mari mendaftar ahli di Komuniti gempakZ~   Shy

** PENGUMUMAN PENTING: "NEW POST REPLY" BERMASALAH >>KLIK<<
** SUBSCRIBE Youtube Komuniti gempakZ >>KLIK<<
Reply


Possibly Related Threads...
Thread Author Replies Views Last Post
  Sari Berita Pendek: Luar Negara Mr.Pingu 9 11,841 05-18-2012, 08:24 PM
Last Post: Mr.Pingu

KoMuNiTi gempakZ on Facebook

Website Hit Counter

Forum Jump:


Users browsing this thread: 1 Guest(s)