Komuniti gempakZ
  • Portal
  • Search
  • Member List
  • Calendar
  • Help
Hello There, Guest! Login Register
Login
Username:
Password: Lost Password?
 
Komuniti gempakZ › GEMPAKZ CORNER › SERIUS GEMPAKZ › iSu TeRKiNi v
« Previous 1 ... 15 16 17 18 19 ... 40 Next »

Patuhi setiap arahan ketika bertugas - KP Penjara

NAK IKLANKAN SESUATU atau LAPOR masalah forum? Emailkan di komunitigempakzhq@gmail.com

KONGSI ARTIKEL INI
Facebook WhatsApp Telegram X Email
? Link artikel telah disalin
Thread Rating:
  • 0 Vote(s) - 0 Average
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
Thread Modes
Patuhi setiap arahan ketika bertugas - KP Penjara
Mr.Pingu Offline
Administrator
*******
Posts: 6,498
Threads: 2,797
Joined: Aug 2010
Reputation: 4
#1
02-20-2012, 08:50 PM
Oleh Mohd. Shariza Abdullah

KUBANG PASU 20 Feb. - Semua kakitangan penjara diingatkan sentiasa berhati-hati dalam segala tindakan dan mematuhi setiap arahan yang dikeluarkan ketika menjalankan tugas bagi mengelakkan kejadian tidak diingini.

Ketua Pengarah Penjara, Datuk Wira Zulkifli Omar berkata, kakitangan jabatan itu perlu mengambil pengajaran dengan kejadian kebakaran besar penjara sesak di Honduras beberapa hari lalu yang mengakibatkan lebih 350 banduan terbunuh.

''Operasi sesebuah penjara bergantung kepada arahan-arahan. Jika kakitangan bertugas mematuhi arahan dengan betul dan tidak leka, maka Insya-Allah insiden ini tidak akan berlaku,'' katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Penyampaian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2011, Jabatan Penjara (Zon Utara 2) yang dirasmikan oleh Timbalan Ketua Setiausaha (Pendaftaran dan Imigresen) Kementerian Dalam Negeri, Datuk Alwi Ibrahim di Institut Aminuddin Baki, Jitra di sini hari ini.

Pada pertengahan bulan ini, satu kebakaran besar berlaku di penjara sesak di Honduras menyebabkan ratusan banduan terbunuh, kebanyakannya kerana terperangkap di dalam tahanan.

Sekurang-kurangnya 357 orang terbunuh dalam kebakaran itu di penjara Comayagua, kira-kira 75 kilometer ke utara ibu negara Tegucigalpa.

Zulkifli berkata, selain mempunyai Prosedur Operasi Standard (SOP), Jabatan Penjara turut menekankan penjagaan hak asasi manusia, layanan dan mempraktikkan penahanan selamat sekali gus menjadikan banduan lebih berdisiplin serta mematuhi peraturan.

Katanya, kakitangan jabatan berkenaan turut dipersiapkan dengan pelbagai ilmu seperti latihan kebakaran dengan kerjasama Jabatan Bomba dan Penyelamat dan Jabatan Pertahanan Awam sebagai persediaaan menghadapi sebarang kemungkinan yang boleh berlaku di dalam penjara. - UTUSAN
ARTIKEL LAIN YANG MUNGKIN ANDA SUKA Pilihan berkaitan dan artikel menarik lain dari GempakZ
Boeing 737 Terhempas, Patah Dua. 1 Mati, 130 Selamat
Boeing 737 Terhempas, Patah Dua. 1 Mati, 130 Selamat
08-19-2010 1,647 Views 0 Replies
Baby kena patuk ular berulang-ulang kali
Baby kena patuk ular berulang-ulang kali
08-21-2010 3,858 Views 0 Replies
Nasib banduan yang lari penjara
Nasib banduan yang lari penjara
08-10-2010 1,586 Views 0 Replies
Selamat Pagi Komuniti gempakZ!
Selamat Pagi Komuniti gempakZ!
04-26-2011 5,885 Views 8 Replies
hai geng gempakz
hai geng gempakz
04-03-2011 6,952 Views 10 Replies
Mari mendaftar ahli di Komuniti gempakZ~   Shy

** PENGUMUMAN PENTING: "NEW POST REPLY" BERMASALAH >>KLIK<<
** SUBSCRIBE Youtube Komuniti gempakZ >>KLIK<<
Website Find
Reply


KoMuNiTi gempakZ on Facebook

Website Hit Counter

Forum Jump:


Users browsing this thread: 1 Guest(s)
  • Contact Us
  • Komuniti gempakZ
  • Return to Top
  • Mobile Version
  • RSS Syndication
Current time: 08-27-2026, 05:10 PM Powered By MyBB 1.8.5, © 2002-2026 MyBB Group.
Linear Mode
Threaded Mode
View a Printable Version
Subscribe to this thread
Add Poll to this thread
Send thread to a friend