02-24-2012, 09:10 PM
HANYA mempunyai masa tiga jam untuk berada di rumah lamanya, Miyoko Takeda giat mengasing-asing barang kepunyaannya sambil menitiskan air mata. Dia terpaksa meninggalkan semua kimono yang pernah dipakainya ketika menjadi penari tradisional suatu ketika dahulu kerana bimbang kemungkinan ia telah tercemar dengan radiasi.
Malapetaka gempa bumi berukuran 9.0 magnitud menggegarkan bandar Okuma, Jepun pada bulan Mac tahun lalu. Ia merupakan kawasan reaktor yang menjadi pusat krisis nuklear Fukushima.
Sehingga kini, kawasan tersebut masih lagi sunyi sepi apabila menjadi kawasan larangan bagi penduduknya sehingga tidak ubah seperti sebuah bandar berhantu. Hanya lawatan pendek yang dibenarkan untuk meninjau rumah yang telah ditinggalkan dalam keadaan tergesa-gesa hampir setahun lalu.
Ramai yang tidak mengetahui bila mereka boleh pulang ke tanah Okuma. Takeda yang telah berusia 74 tahun melawat kediamannya bersama-sama suami pada hujung minggu lalu untuk memindahkan kabinet. Ujarnya, dalam pakaian sut perlindungan berwarna putih, kesan daripada evakuasi pada bulan Mac lalu menyebabkan tubuhnya tidak dapat berfungsi dengan baik.
"Saya tidak boleh tidur dan makan dengan baik. Saya susut lapan kilogram dan apabila bertemu doktor, saya akan memuntahkan semua yang telah dimakan," kata Takeda sambil berjalan-jalan di rumahnya yang terletak kurang 10 kilometer (km) dari loji itu.
Pada lawatan kali ketiga itu, Takeda mengalir air mata ketika sedang cuba memakai kimononya buat kali terakhir sebelum lawatan tiga jam itu berakhir.