Komuniti gempakZ
  • Portal
  • Search
  • Member List
  • Calendar
  • Help
Hello There, Guest! Login Register
Login
Username:
Password: Lost Password?
 
Komuniti gempakZ › GEMPAKZ CORNER › SERIUS GEMPAKZ › iSu TeRKiNi v
« Previous 1 ... 36 37 38 39 40

Suplemen beracun

NAK IKLANKAN SESUATU atau LAPOR masalah forum? Emailkan di komunitigempakzhq@gmail.com

+++ Do LIKE @ SHARE ARTICLE +++

Thread Rating:
  • 0 Vote(s) - 0 Average
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
Thread Modes
Suplemen beracun
Mr.Pingu Offline
Administrator
*******
Posts: 6,498
Threads: 2,797
Joined: Aug 2010
Reputation: 4
#1
08-06-2010, 05:21 PM
aiza@bharian.com.my
2010/08/06

Kementerian Kesihatan isytihar perang

KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan mengesan lebih 50 produk makanan dan minuman kesihatan tambahan serta ubat-ubatan tradisional mengandungi racun berjadual, termasuk bahan aktif perangsang seks yang turut menggunakan selebriti terkenal untuk mempromosikan produk berkenaan. Menterinya, Datuk Seri Liow Tiong Lai yang amat bimbang dengan keadaan ini berkata, setakat ini amaran dan tindakan tegas pihak berkuasa termasuk merampas ubat-ubatan dan makanan kesihatan itu tidak langsung memberi kesan. Berikutan itu, kementerian akan memerangi habis-habisan penjualan ubat-ubatan, makanan dan minuman kesihatan serta kosmetik tidak berdaftar yang berselindung di sebalik nama herba atau bahan asli.

“Saya berasa sudah tiba masa kita menghentikan semua perkara mengarut dan penyalahgunaan (ubat) ini yang boleh didapati dalam pelbagai bentuk seperti minuman kopi dan ‘teh ais limau’.

“Saya memandang serius perkara ini. Jangan suka membeli produk sedemikian dan kementerian akan perangi habis-habisan ubat-ubatan, makanan dan minuman kesihatan dan kosmetik yang tidak berdaftar,” katanya pada sidang media selepas melawat Bahagian Perkhidmatan Farmasi dan Biro Pengawalan Farmaseutikal kementerian di Petaling Jaya di sini, semalam.

Katanya, bahan aktif perangsang seks seperti sildenafil, tadalafil dan verdanafil yang digunakan untuk rawatan ‘erectile dysfunction’ (mati pucuk) hanya boleh diberikan kepada pesakit oleh seorang doktor atau ahli farmasi berlesen.
Ubat yang tidak berdaftar dengan kementerian ini selalunya dicampur dengan racun berjadual yang boleh memberi kesan berbahaya termasuk serangan jantung, strok, pendarahan otak dan kehilangan daya penglihatan dan pendengaran.

“Saya ingatkan orang ramai, tidak berbaloi mengambil ubat kuat kerana ia merosakkan badan dan kesihatan serta mendatangkan kemudaratan yang besar kepada tubuh badan,” katanya.

Liow berkata, apa yang membimbangkan ada pengilang bertaraf Amalan Pengilangan Baik (GMP) terbabit sama melakukan jenayah farmaseutikal melalui pembabitan kilang mereka atau bersekongkol dengan kilang yang diwujudkan secara haram mengeluarkan bahan makanan kesihatan atau kosmetik tidak berdaftar.

Kegiatan itu, katanya, walaupun dibuat secara bersembunyi namun dapat dikesan pegawai penguat kuasa farmasi dan sejak 2008 hingga kini terdapat 19 syarikat yang digantung lesen.

“Jumlah dan nilai rampasan produk ubat-ubatan tradisional, bahan makanan atau minuman kesihatan dan kosmetik setiap tahun juga tinggi membabitkan 4,617 produk bernilai RM5.7 juta pada 2007; 9,679 produk bernilai RM13.6 juta (2008); 10,458 produk bernilai RM6.7 juta (2009) dan dari Januari sehingga Jun tahun ini sebanyak 6,632 produk bernilai RM4.5 juta dirampas.

“Produk yang turut dieksport dengan penyamaran sebagai ubat tradisional, makanan kesihatan dan kosmetik ini juga akan menjejaskan hasrat negara untuk menjadi hub produk tradisional berasas herba,” katanya.

Sehubungan itu, Liow berkata, pihaknya kini menyemak lima akta sedia ada untuk digabungkan menjadi satu akta baru yang akan diperkenalkan tahun depan dengan hukuman lebih berat kepada individu dan syarikat terbabit.

Akta yang disemak itu ialah Akta Pendaftaran Ahli Farmasi 1951, Akta Racun 1952, Akta Jualan Dadah 1952, Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Akta Ubat 1956 (Iklan dan Penjualan).

Ini perlu dilakukan kerana hukuman dalam akta sedia ada, misalnya denda RM25,000 atau penjara tiga tahun atau kedua-duanya bagi individu dan denda RM50,000 bagi syarikat mengikut Akta Jualan Dadah, adalah tidak mencukupi.

Liow menasihatkan orang ramai supaya melaporkan kepada Bahagian Perkhidmatan Farmasi jika ada produk yang disyaki mengandungi bahan-bahan racun.

Mereka juga boleh melayari http://www.pharmacy.gov.my atau di laman web Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan di http://www.bpfk.gov.my untuk mendapatkan kepastian status produk.
ARTIKEL LAIN YANG MUNGKIN ANDA SUKA Pilihan berkaitan dan artikel menarik lain dari GempakZ
wook jamin untuk suami demi kasih sayangnya
wook jamin untuk suami demi kasih sayangnya
08-19-2010 1,201 Views 0 Replies
Gadis pintar matematik jadi pelacur
Gadis pintar matematik jadi pelacur
08-08-2010 3,029 Views 1 Replies
malaysia Ramai janda muda
malaysia Ramai janda muda
08-08-2010 2,680 Views 0 Replies
Football fever hits again !
Football fever hits again !
06-29-2012 3,598 Views 5 Replies
Jom! Karang ayat guna huruf awalan yang sama
Jom! Karang ayat guna huruf awalan yang sama
05-13-2011 9,151 Views 8 Replies
Mari mendaftar ahli di Komuniti gempakZ~   Shy

** PENGUMUMAN PENTING: "NEW POST REPLY" BERMASALAH >>KLIK<<
** SUBSCRIBE Youtube Komuniti gempakZ >>KLIK<<
Website Find
Reply


KoMuNiTi gempakZ on Facebook

Website Hit Counter

Forum Jump:


Users browsing this thread: 1 Guest(s)
  • Contact Us
  • Komuniti gempakZ
  • Return to Top
  • Mobile Version
  • RSS Syndication
Current time: 08-27-2026, 07:17 AM Powered By MyBB 1.8.5, © 2002-2026 MyBB Group.
Linear Mode
Threaded Mode
View a Printable Version
Subscribe to this thread
Add Poll to this thread
Send thread to a friend