Komuniti gempakZ
  • Portal
  • Search
  • Member List
  • Calendar
  • Help
Hello There, Guest! Login Register
Login
Username:
Password: Lost Password?
 
Komuniti gempakZ › GEMPAKZ CORNER › HIBURAN GEMPAKZ › SeLiBRiTi v
« Previous 1 ... 15 16 17 18 19 ... 24 Next »

Perkahwinan Siti Sarah Raissuddin dengan Shuib Sepah telah selamat dijalankan

NAK IKLANKAN SESUATU atau LAPOR masalah forum? Emailkan di komunitigempakzhq@gmail.com

Thread Rating:
  • 0 Vote(s) - 0 Average
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
Thread Modes
Perkahwinan Siti Sarah Raissuddin dengan Shuib Sepah telah selamat dijalankan
Mr.Pingu Offline
Administrator
*******
Posts: 6,499
Threads: 2,798
Joined: Aug 2010
Reputation: 4
#1
03-01-2011, 01:25 PM


Hanya dengan sekali lafaz, penyanyi Sarah Raisuddin, 27, kini sah bergelar isteri kepada salah seorang ahli kumpulan Sepah, Shahmira Muhahamad (Shuib), pada majlis pernikahan mereka yang diadakan di Jeumpa D'Ramo, Bangsar, di sini, Sabtu.

Pasangan ini telah dinikahkan pada pukul 5.45 petang oleh Penolong Pendaftar Nikah, Cerai dan Rujuk Wilayah Persekutuan, Ustaz Mohd Nizar Mohd Nadzir, yang juga merupakan Pembantu Hal Ehwal Islam di Masjid Saidina Abu Bakar As-Siddiq, Bangsar.

Pada majlis yang serba ringkas itu, Sarah kelihatan anggun dengan busana rekaan Hatta Dolmat berwarna salmon peach menerima mas kahwin sebanyak RM1,000 serta lima dulang hantaran daripada pihak lelaki dengan berbalas tujuh dulang. Bagaimanapun, jumlah wang hantaran dirahsiakan atas persetujuan kedua-dua belah pihak.



Momen bersejarah pasangan mempelai itu disaksikan oleh kira-kira 200 orang tetamu termasuklah ahli keluarga kedua-dua belah pihak serta kenalan rapat mereka.

Ditemui selepas majlis berakhir, Sarah yang kelihatan gembira sebaik selesai akad nikah itu melahirkan rasa syukur kerana hubungan cinta mereka yang terjalin selama enam bulan itu berakhir dengan sebuah ikatan perkahwinan.

"Alhamdulillah, segala perancangan berjalan dengan lancar. Sepanjang saya mengenali Shuib, dia seorang yang jujur dan telus. Kami seperti mempunyai satu hala tuju yang sama,” tutur Sarah.

Sementara itu, Shuib juga turut memanjatkan kesyukuran apabila majlis bersejarah mereka itu berjalan dengan lancar dan kini sah bergelar suami kepada Sarah.



“Saya harap hubungan ini berkekalan hingga akhir hayat. Sarah merupakan wanita pertama yang membuka hati saya untuk lebih serius dalam hubungan.

"Dia seorang yang sangat istimewa dan bukan mudah untuk saya dapatkannya. Pernah sekali saya sanggup berhentikan kereta di tepi lebuh raya semata-mata untuk memberitahu saya cintakan dia.

"Kalau nak tahu dia memang susah nak sebut perkataan sayang atau I Luv U. Sepanjang setahun tiga bulan perkenalan, hampir setahun saya terpaksa menunggu untuk dengar perkataan sayang daripada mulutnya," tutur Shuib sambil mengukir senyuman.

Bercerita tentang percutian bulan madu, Sarah dan Shuib ingin bercuti ke negara Ireland, tetapi masih belum tahu tarikh sesuai untuk ke nagara tersebut. Beralih kepada soal anak, Sarah tidak menolak untuk mempunyai anak pada bila-bila masa memandangkan suaminya juga sangat menyukai kanak-kanak. Sementara itu, bagi majlis resepsi pula, pasangan itu masih lagi mencari tarikh sesuai untuk meraikan hari bahagia mereka.

Tahniah Sarah dan Shuib.. pingu minat korang berdua~ Heart
ARTIKEL LAIN YANG MUNGKIN ANDA SUKA Pilihan berkaitan dan artikel menarik lain dari GempakZ
Kak Pah bertudung...... sebab sakit gigi?
Kak Pah bertudung...... sebab sakit gigi?
10-14-2010 1,534 Views 0 Replies
Awie Bengang Tumbuk Kerusi Sampai Pecah!
Awie Bengang Tumbuk Kerusi Sampai Pecah!
08-06-2010 1,959 Views 0 Replies
Rezeki anak Ziana: jadi Duta AntaBax
Rezeki anak Ziana: jadi Duta AntaBax
08-07-2010 1,802 Views 0 Replies
Manusia Halimunan
Manusia Halimunan
12-13-2010 2,440 Views 3 Replies
Luahkan pelbagai Perasan anda dengan "Fuck"
Luahkan pelbagai Perasan anda dengan "Fuck"
09-21-2011 1,201 Views 0 Replies
Mari mendaftar ahli di Komuniti gempakZ~   Shy

** PENGUMUMAN PENTING: "NEW POST REPLY" BERMASALAH >>KLIK<<
** SUBSCRIBE Youtube Komuniti gempakZ >>KLIK<<
Website Find
Reply
akuccputsedut Offline
Forum Lagend
****
Posts: 1,108
Threads: 8
Joined: Oct 2010
Reputation: 2
#2
03-02-2011, 12:02 PM
hahahhaa.. pingu hang minat diaorang nih.. lawak lawak.. siti sarah tuh aku minat gak arr lagu dia.. orang dia.. hehehheehhe... aritu tunang buat besar2 abis semua paper majalah de masuk.. putus tunang senyap2... pastu slow motion bercinta ngan budak sepah nih.. senyap jugak sampai bertunang n nikah... dah belajar dari kesilapan laa tuh... jodoh ler kan orang kata camni arr... hahahahhaha..

well... what ever it is.. semoga jodoh siti sarah ngan shuib berkekalan hingga ke akhir hayat... insyaAllah
Find
Reply
Mr.Pingu Offline
Administrator
*******
Posts: 6,499
Threads: 2,798
Joined: Aug 2010
Reputation: 4
#3
03-02-2011, 01:30 PM
hehe pingu mmg minat gler dgn lagu2 siti sarah.. semua album beli orignal.. xrug sb suara dia sgt2 lunak.. orang buta seni je xnampak bakat dia nih.. orangnya happy go lucky and penting Sarah ni xsombong.. selalu je dia balas posting pingu dekat Facebook dia.. dia pun ada wat silap gak.. masa tunang dlu dia nak kongsi bersama akhirnya putus dipertengahan.. kata orang xde jodoh.. walaupun katanya bukan sebab bergaduh ke apa mereka berpisah cara baik kerana masing2 ada hala tuju tersendiri..

and maybe jodoh Mamat dengan dia.. sama2 melayu and sebaya.. masing2 memahami antara satu sama lain. Ok tu.. harapan kita agar mereka berkekalan.. sekarang tengah tunggu album baru sarah yang katanya dalam pembikinan.. lama dh tunggu sejak 5 tahun lepas xde prodduk baru.
Mari mendaftar ahli di Komuniti gempakZ~   Shy

** PENGUMUMAN PENTING: "NEW POST REPLY" BERMASALAH >>KLIK<<
** SUBSCRIBE Youtube Komuniti gempakZ >>KLIK<<
Website Find
Reply
akuccputsedut Offline
Forum Lagend
****
Posts: 1,108
Threads: 8
Joined: Oct 2010
Reputation: 2
#4
03-03-2011, 11:25 AM (This post was last modified: 03-03-2011, 11:26 AM by akuccputsedut.)
yer arr dah jodoh kan.. mana boleh tolak...
Segalanya ada disini..
Find
Reply
Mr.Pingu Offline
Administrator
*******
Posts: 6,499
Threads: 2,798
Joined: Aug 2010
Reputation: 4
#5
03-03-2011, 01:12 PM
haah.. ckp pasal jodoh.. tett...

ciput bler lagi? ahaksss
Mari mendaftar ahli di Komuniti gempakZ~   Shy

** PENGUMUMAN PENTING: "NEW POST REPLY" BERMASALAH >>KLIK<<
** SUBSCRIBE Youtube Komuniti gempakZ >>KLIK<<
Website Find
Reply
akuccputsedut Offline
Forum Lagend
****
Posts: 1,108
Threads: 8
Joined: Oct 2010
Reputation: 2
#6
03-03-2011, 03:51 PM
(03-03-2011, 01:12 PM)Mr.Pingu Wrote: haah.. ckp pasal jodoh.. tett...

ciput bler lagi? ahaksss

hampeh arr hang nih.. aku baru je putus cinta arr... single mingle triangle... wakakakkaa.... sapa nak isi borang sila PM.. wakkakakakaka
Segalanya ada disini..
Find
Reply
Mr.Pingu Offline
Administrator
*******
Posts: 6,499
Threads: 2,798
Joined: Aug 2010
Reputation: 4
#7
03-03-2011, 04:01 PM
hahaaa ko ni setiap kali aku tanya mesti single.. haaaaahaaa kene mandi bunge mawar ni. kehkehkehh bagi seri badan nak wakaka
Mari mendaftar ahli di Komuniti gempakZ~   Shy

** PENGUMUMAN PENTING: "NEW POST REPLY" BERMASALAH >>KLIK<<
** SUBSCRIBE Youtube Komuniti gempakZ >>KLIK<<
Website Find
Reply
akuccputsedut Offline
Forum Lagend
****
Posts: 1,108
Threads: 8
Joined: Oct 2010
Reputation: 2
#8
03-03-2011, 04:23 PM
(03-03-2011, 04:01 PM)Mr.Pingu Wrote: hahaaa ko ni setiap kali aku tanya mesti single.. haaaaahaaa kene mandi bunge mawar ni. kehkehkehh bagi seri badan nak wakaka

relaxx arr selagi tak kawin tuh means aku single arr.. nak mandi bunga pe barang... deyyy caiitt...
Segalanya ada disini..
Find
Reply
Mr.Pingu Offline
Administrator
*******
Posts: 6,499
Threads: 2,798
Joined: Aug 2010
Reputation: 4
#9
03-03-2011, 04:32 PM
haha mandi bunga leh lekat kesegaran dia. aku penah sekali je mandi bunga bungaan.. haha kelakar tak?
Mari mendaftar ahli di Komuniti gempakZ~   Shy

** PENGUMUMAN PENTING: "NEW POST REPLY" BERMASALAH >>KLIK<<
** SUBSCRIBE Youtube Komuniti gempakZ >>KLIK<<
Website Find
Reply
akuccputsedut Offline
Forum Lagend
****
Posts: 1,108
Threads: 8
Joined: Oct 2010
Reputation: 2
#10
03-03-2011, 04:46 PM
(03-03-2011, 04:32 PM)Mr.Pingu Wrote: haha mandi bunga leh lekat kesegaran dia. aku penah sekali je mandi bunga bungaan.. haha kelakar tak?

caiitt.. sebab tuh ler hang dapat jodoh awai kan.. sebab gedik2 pi mandi bunga.. mende ntah... baik aku pi spa... urut2 badan.. best jugak...
Segalanya ada disini..
Find
Reply
Mr.Pingu Offline
Administrator
*******
Posts: 6,499
Threads: 2,798
Joined: Aug 2010
Reputation: 4
#11
03-03-2011, 05:10 PM (This post was last modified: 05-11-2011, 04:32 PM by Mr.Pingu.)
haha teringin gi spa.. tp xmampoo hahaaa
Mari mendaftar ahli di Komuniti gempakZ~   Shy

** PENGUMUMAN PENTING: "NEW POST REPLY" BERMASALAH >>KLIK<<
** SUBSCRIBE Youtube Komuniti gempakZ >>KLIK<<
Website Find
Reply


Possibly Related Threads...
Thread Author Replies Views Last Post
  Tidak Salah Shuib nak Cari Pengganti Allahyarham Siti Sarah Raissuddin Mr.Pingu 0 1,332 01-08-2022, 12:40 PM
Last Post: Mr.Pingu
  Tak Dapat menahan Tangis kerana Pemergian Allahyarham Siti Sarah Raissuddin Mr.Pingu 0 1,051 08-16-2021, 02:40 PM
Last Post: Mr.Pingu
  Allahyarham Siti Sarah Pemurah Sejak Remaja: Hadiahkan Jam Tangan kepada Pemuzik Mr.Pingu 0 961 08-14-2021, 02:17 AM
Last Post: Mr.Pingu
  Siti Pemergian Sarah Raisuddin buat Dato Seri Siti Nurhaliza Sebak menangis Mr.Pingu 0 1,026 08-11-2021, 04:54 AM
Last Post: Mr.Pingu
  Siti Sarah Raisuddin menghembuskan nafas terakhir 9 Ogos 2021 sekitar 5.13 pagi Mr.Pingu 0 746 08-09-2021, 11:34 PM
Last Post: Mr.Pingu
  Siti Sarah Raissuddin meninggal dunia, reaksi anak-anak Shuib yang menyentuh hati Mr.Pingu 0 725 08-09-2021, 11:00 PM
Last Post: Mr.Pingu
  I can See Your Voice Malaysia - Siti Sarah - Arm Yunus Mr.Pingu 0 2,234 07-29-2019, 08:02 PM
Last Post: Mr.Pingu
  Siti Sarah & Shuib Calon Muzik Muzik 2012 Mr.Pingu 0 2,446 09-15-2012, 05:12 PM
Last Post: Mr.Pingu
  Anak Siti Sarah & Shuib Comel Mr.Pingu 0 4,463 02-19-2012, 12:53 PM
Last Post: Mr.Pingu
  Anak Siti Sarah & Shuib Shuib comel! Mr.Pingu 0 2,100 12-04-2011, 07:56 PM
Last Post: Mr.Pingu
  Nama anak Siti Sarah dan Shuib Mr.Pingu 0 2,679 11-15-2011, 07:46 PM
Last Post: Mr.Pingu
  Faezah Elai telah berkahwin dengan Heykal Hanafiah Mr.Pingu 0 2,039 09-10-2011, 01:23 AM
Last Post: Mr.Pingu
  Jantina Bayi dikandungkan oleh Siti Sarah Raissuddin Mr.Pingu 0 2,939 09-07-2011, 01:50 AM
Last Post: Mr.Pingu
  Kisah Sarah dan Shuib Mr.Pingu 8 11,265 05-13-2011, 12:08 PM
Last Post: nad_dd257
  Tahniah! Siti Sarah Raissuddin Mengandung 2 Bulan. Mr.Pingu 0 2,131 05-03-2011, 11:17 PM
Last Post: Mr.Pingu
  Filem Pertama Gandingan Sarah, Shuib Mr.Pingu 8 10,098 04-04-2011, 01:05 AM
Last Post: Mr.Pingu
  Dikala Siti Sarah bakal berkahwin,perkahwinan bapa siti Sarah,Raisuddin ingin dibubar Mr.Pingu 18 24,540 03-04-2011, 10:27 PM
Last Post: Mr.Pingu
  Sarah Raisuddin dan Shuib bakal berkahwin 1 Januari 2011? Mr.Pingu 0 2,098 12-13-2010, 11:32 AM
Last Post: Mr.Pingu
  Bertunang akhirnya: Siti Sarah Raisuddin dengan Shuib sepah (Shahmira) Mr.Pingu 0 2,675 12-13-2010, 11:28 AM
Last Post: Mr.Pingu
  Sarah Raissuddin dan Shuib Sepah bakal berkahwin? Mr.Pingu 0 2,904 11-18-2010, 12:29 AM
Last Post: Mr.Pingu

KoMuNiTi gempakZ on Facebook

Website Hit Counter

Forum Jump:


Users browsing this thread: 1 Guest(s)
  • Contact Us
  • Komuniti gempakZ
  • Return to Top
  • Mobile Version
  • RSS Syndication
Current time: 09-17-2026, 04:14 AM Powered By MyBB 1.8.5, © 2002-2026 MyBB Group.
Linear Mode
Threaded Mode
View a Printable Version
Subscribe to this thread
Add Poll to this thread
Send thread to a friend