Komuniti gempakZ
  • Portal
  • Search
  • Member List
  • Calendar
  • Help
Hello There, Guest! Login Register
Login
Username:
Password: Lost Password?
 
Komuniti gempakZ › GEMPAKZ CORNER › HIBURAN GEMPAKZ › SeLiBRiTi v
« Previous 1 ... 16 17 18 19 20 ... 24 Next »

Sarah Raisuddin dan Shuib bakal berkahwin 1 Januari 2011?

NAK IKLANKAN SESUATU atau LAPOR masalah forum? Emailkan di komunitigempakzhq@gmail.com

Thread Rating:
  • 0 Vote(s) - 0 Average
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
Thread Modes
Sarah Raisuddin dan Shuib bakal berkahwin 1 Januari 2011?
Mr.Pingu Offline
Administrator
*******
Posts: 6,499
Threads: 2,798
Joined: Aug 2010
Reputation: 4
#1
12-13-2010, 11:32 AM
Teks oleh Razif Rosdi


KUALA LUMPUR, 8 SEPT 2010: Sebelum ini industri hiburan tanahair pernah dikejutkan dengan berita yang mengatakan pelawak Shuib dari kumpulan Sepah bakal menamatkan zaman bujangnya bersama penyanyi kecil molek Siti Sarah Raisuddin atau Sarah.

Bagaimanapun, Shuib pernah menyangka dakwaan tersebut dan mengesahkan hubungan mereka hanya sebagai teman rapat saja. Pun begitu, peminat dikejutkan lagi dengan berita perkahwinan mereka secara senyap-senyap tanpa memberitahu pihak media dan kawan terdekatnya.

Menjawab tohmahan ini, Shuib yang dihubungi murai.com.my berkata semua itu fitnah dan mereka masih lagi belum berkahwin.

"Ini bulan puasa. Dosa besar sekiranya saya berbohong. Demi-Allah, saya dan Sarah belum kahwin lagi. Kami pun belum pergi lagi tempah baju kahwin atau buat persiapan kahwin. Apa yang ada cumalah merancang untuk pergi khursus perkahwinan. Itu pun disebabkan sementara waktu ini, saya punya jadual tidak sibuk. Jadi tak salah rasanya kalau luangkan masa untuk menghadiri kursus tersebut.

"Saya rasa gila kalau saya ni kahwin senyap-senyap. Saya anak tunggal dan saya takkan buat macam itu. Kasihanlah kepada mak saya kalau saya kahwin tanpa pengetahuannya. Kalau ditanya pada Sarah, mungkin dia hanya mendiamkan diri saja.

"Yelah, sebelum ini dia pernah putus tunang. Kalau bolehm kali ini dia tak mahu heboh. Dia mahu lebih privasi. Kalau dah betul-betul, baru kami akan beritahu perkembangannya. Sekarang ini, kalau boleh kami tak nak hebohkan sangat," kata Shuib yang sibuk meniaga ayam percik di bazaar ramadan bersama Sarah.

Bercerita mengenai hubungan mereka, Shuib mengakui sekarang ini dia sangat bahagia dan secara rasminya Sarah sudah pun menjadi kekasihnya.

"Sekarang saya rasa amat bahagia dan serasi dengannya. Saya sebenarnya tak berani cakap lebih pasal kahwin. Namun, saya ada perancangan. Memandangkan saya suka nombor satu, berkemungkinan besar saya dah Sarah akan berkahwin pada 010111. Itu pun kalau jadi.

"Saya pun dah bagi tahu Sarah tentang perancangan ini. Saya dah pilih tarikh tersebut untuk berumahtangga. Namun, segalanya masih dalam perancangan. Kita hanya mampu merancang, Allah menentukan segalanya.Saya memang suka angka satu untuk menunjukan yang saya ni setia pada yang satu.

"Saya pun dah 26 tahun. Jadi, saya rasa saya dah bersedia untuk menjadi ketua keluarga. Okaylah, saya dah tak mahu sangat cerita lebih pasal personal. Saya pun tahu, Sarah masih fobia nak cerita pasal kahwin. Orang ramai pun tahu apa sebabnya," ujar Shuib.

Meneruskan perbualan, Shuib berkata perancangan tarikh kahwin ini datang dari sebelah pihaknya.

"Benda baik kenapa nak dilambat-lambatkan. Apapun, saya pelik dengar berita yang saya dan Sarah dah kahwin. Kalau orang kata kami bercinta memang benar. Malah, ramai sendiri nampak saya dan Sarah sibuk meniaga di bazaar ramadan.

"Pada raya pertama, saya akan beraya bersama keluarga Sarah. Kemudian, Sarah dan keluarga pula akan pulang beraya di Johor bersama saya. Namun, ini bukanlah tandanya kami nak merisik atau pun bertunang. Tak salahkan, kalau saya dan Sarah nak merapatkan silaturahim antara keluarga?

"Lagipun, dah 2 tahun saya beraya sorang-sorang. Alhamdulillah, tahun ini saya rasa seronok sangat nak beraya," katanya yang bakal keluar dengan single pertama bersama Sepah menerusi lagu berjudul Mak Dah Kata.
ARTIKEL LAIN YANG MUNGKIN ANDA SUKA Pilihan berkaitan dan artikel menarik lain dari GempakZ
Ina Naim mengandung anak kedua
Ina Naim mengandung anak kedua
10-14-2010 2,073 Views 0 Replies
Gambar Maizawati (janda Akhl Hayy) kahwin
Gambar Maizawati (janda Akhl Hayy) kahwin
08-10-2010 2,237 Views 0 Replies
Siti Nafi Produk SimplySiti Diproses Di Melaka
Siti Nafi Produk SimplySiti Diproses Di Melaka
08-06-2010 1,768 Views 0 Replies
Malam ini saya tidak tidur
Malam ini saya tidak tidur
04-13-2011 7,378 Views 12 Replies
Mengelakkan OFF Topik
Mengelakkan OFF Topik
04-10-2011 11,159 Views 17 Replies
Mari mendaftar ahli di Komuniti gempakZ~   Shy

** PENGUMUMAN PENTING: "NEW POST REPLY" BERMASALAH >>KLIK<<
** SUBSCRIBE Youtube Komuniti gempakZ >>KLIK<<
Website Find
Reply


Possibly Related Threads...
Thread Author Replies Views Last Post
  Tidak Salah Shuib nak Cari Pengganti Allahyarham Siti Sarah Raissuddin Mr.Pingu 0 1,332 01-08-2022, 12:40 PM
Last Post: Mr.Pingu
  Siti Pemergian Sarah Raisuddin buat Dato Seri Siti Nurhaliza Sebak menangis Mr.Pingu 0 1,026 08-11-2021, 04:54 AM
Last Post: Mr.Pingu
  Siti Sarah Raisuddin menghembuskan nafas terakhir 9 Ogos 2021 sekitar 5.13 pagi Mr.Pingu 0 746 08-09-2021, 11:34 PM
Last Post: Mr.Pingu
  Siti Sarah Raissuddin meninggal dunia, reaksi anak-anak Shuib yang menyentuh hati Mr.Pingu 0 725 08-09-2021, 11:00 PM
Last Post: Mr.Pingu
  Siti Sarah & Shuib Calon Muzik Muzik 2012 Mr.Pingu 0 2,446 09-15-2012, 05:12 PM
Last Post: Mr.Pingu
  Anak Siti Sarah & Shuib Comel Mr.Pingu 0 4,463 02-19-2012, 12:53 PM
Last Post: Mr.Pingu
  Anak Siti Sarah & Shuib Shuib comel! Mr.Pingu 0 2,100 12-04-2011, 07:56 PM
Last Post: Mr.Pingu
  Nama anak Siti Sarah dan Shuib Mr.Pingu 0 2,679 11-15-2011, 07:46 PM
Last Post: Mr.Pingu
  Felix Agus AF3 berkahwin ~17th Sept 2011 Mr.Pingu 0 2,562 09-18-2011, 04:33 PM
Last Post: Mr.Pingu
  Kisah Sarah dan Shuib Mr.Pingu 8 11,265 05-13-2011, 12:08 PM
Last Post: nad_dd257
  Filem Pertama Gandingan Sarah, Shuib Mr.Pingu 8 10,098 04-04-2011, 01:05 AM
Last Post: Mr.Pingu
  Dikala Siti Sarah bakal berkahwin,perkahwinan bapa siti Sarah,Raisuddin ingin dibubar Mr.Pingu 18 24,540 03-04-2011, 10:27 PM
Last Post: Mr.Pingu
  Perkahwinan Siti Sarah Raissuddin dengan Shuib Sepah telah selamat dijalankan Mr.Pingu 10 13,279 03-03-2011, 05:10 PM
Last Post: Mr.Pingu
  Bertunang akhirnya: Siti Sarah Raisuddin dengan Shuib sepah (Shahmira) Mr.Pingu 0 2,675 12-13-2010, 11:28 AM
Last Post: Mr.Pingu
  Sarah Raissuddin dan Shuib Sepah bakal berkahwin? Mr.Pingu 0 2,904 11-18-2010, 12:29 AM
Last Post: Mr.Pingu

KoMuNiTi gempakZ on Facebook

Website Hit Counter

Forum Jump:


Users browsing this thread: 1 Guest(s)
  • Contact Us
  • Komuniti gempakZ
  • Return to Top
  • Mobile Version
  • RSS Syndication
Current time: 09-17-2026, 04:14 AM Powered By MyBB 1.8.5, © 2002-2026 MyBB Group.
Linear Mode
Threaded Mode
View a Printable Version
Subscribe to this thread
Add Poll to this thread
Send thread to a friend