ANDA INGIN MENGIKLANKAN SESUATU? BOLEH emailkan kepada ADMIN DI komunitigempakzhq@gmail.com

ATTENTION: "NEW POST REPLY" display "Error". >KLIK<<

+++ Do LIKE @ SHARE ARTICLE +++

Thread Rating:
  • 0 Vote(s) - 0 Average
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
Johor: 9 tahun masih tak siap
#1

PENAMBAHBAIKAN Jalan Batu Pahat-Kluang terutama di kawasan Parit Raja masih belum selesai sejak dimulakan sembilan tahun lalu sehingga membahayakan pengguna.

Rayu segerakan Projek penambahbaikan Jalan Batu Pahat-Kluang

BATU PAHAT: Di mana silapnya? Projek penambahbaikan Jalan Batu Pahat-Kluang yang bermula sejak sembilan tahun lalu, masih tidak menunjukkan tanda sudah siap sepenuhnya, walaupun laluan itu pernah disenaraikan sebagai antara 10 laluan di negara ini yang mencatatkan kadar kemalangan paling tinggi. Kerajaan menerusi Kementerian Kerja Raja pernah dilaporkan pada 2009, memperuntukkan RM2 juta bagi menaik taraf dan memperbaiki laluan itu demi keselamatan pengguna tetapi sehingga kini keadaannya tidak banyak berubah, selain laluannya sudah dijadikan kepada empat lorong. Apa yang membingungkan pengguna jalan itu, adalah kerja penambahbaikan yang dijalankan seolah-olah ala kadar saja, berikutan kerosakan yang kini dapat dilihat jelas terutama pembahagi jalan yang sudah pecah di sesetengah kawasan, mahupun laluan pusingan U yang masih belum dibina dengan sempurna.

Tinjauan Edisi Johor ke laluan berkenaan terutama kawasan berhampiran Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) menghala ke Parit Raja mendapati keadaan jalan yang tidak rata di sesetengah kawasan berbahaya kepada pengguna.

Malah, laluan pusingan U yang belum dibina dengan sempurna sebaliknya hanya menggunakan kon penghadang yang mampu menjadi perangkap maut, terutama di waktu malam jika pengguna tidak menyedari ada pemandu mahu membuat pusingan U.

Memburukkan keadaan ketiadaan lampu jalan yang mencukupi terutama di persimpangan kampung berdekatan kawasan pusingan U berkenaan, mampu mengundang tragedi jika tiada langkah pencegahan diambil segera.
Pekerja swasta, Norazam Jumain, 28, yang menggunakan laluan berkenaan setiap hari untuk berulang-alik ke tempat kerja, berkata beliau berharap pihak berkenaan segera menyelesaikan penambahbaikan jalan berkenaan kerana sudah berlarutan agak lama.

“Saya tidak tahu apa masalahnya yang menyebabkan kerja penambahbaikan jalan ini tidak juga selesai sehingga ia mampu mengancam nyawa pengguna seperti saya yang menggunakan laluan ini setiap hari.

“Saya sendiri yang kerap menggunakan laluan berkenaan pada waktu malam kadang kala terpaksa berhati-hati terutama di persimpangan pusingan U yang masih tidak siap berikutan keadaan yang gelap dan keadaan jalan yang tidak rata,” katanya.

Farhan Abu Bakar, 42, yang menetap di kawasan berkenaan, berkata proses naik taraf yang mengambil masa terlalu lama di samping ketiadaan ciri keselamatan mencukupi di laluan berkenaan sudah lama menjadi kerisauan penduduk.

“Penduduk terutama di kawasan persimpangan masuk ke Parit Haji Hassan, Parit Durah dan Parit Kaspan dilanda kebimbangan setiap kali terpaksa menggunakan laluan berkenaan pada waktu malam berikutan lampu jalan yang tidak mencukupi mampu mengundang tragedi.

“Bayangkan, melalui laluan ini di waktu malam seperti permainan meredah halangan apabila pengguna terpaksa berhati-hati mengelakkan binaan pembahagi jalan yang langsung tidak boleh dilihat di waktu malam malah boleh terbabas jika tidak biasa melalui laluan ini, jika pengguna terkejut apabila penduduk kampung melintas laluan berkenaan,” katanya.
Mari mendaftar ahli di Komuniti gempakZ~   Shy

** PENGUMUMAN PENTING: "NEW POST REPLY" BERMASALAH >>KLIK<<
** SUBSCRIBE Youtube Komuniti gempakZ >>KLIK<<
Reply
google.com, pub-xxxxxxxxxxxxxxxx (your own Google ID), DIRECT, f08c47fec0942fa0 innity.com,641, DIRECT, 47ea16374dff1d69 Appnexus.com, 3058 , RESELLER google.com, pub-2254427607846536, DIRECT, f08c47fec0942fa0 google.com, pub-3992036467687738, DIRECT, f08c47fec0942fa0
#2
alaa..skit lbh kurang je ngn kmpung oni.tp bkn msalah x siap2..tp ble btul kn,x smpai ble bulan ja rosak blik...slh 1 sbab,my be tar 2 blm btul2 kuat lori balak n lain2 da lalu lalang..cz kwsan bhampiran 2 ad kilang papan..memang laluan utama diorang.

1 lg..pnah jd kes bangla2 yg bt keje baiki jlan 2 dtng dr rumah ke rumah ofer nk tar laluan masuk n halaman rumah..ptut la jalan raya x kuat..bru pkai kejp da rosak..diorang amk bahan2 skit n crik duit poket sndiri.hampeh jerk.. Angry
Reply
google.com, pub-xxxxxxxxxxxxxxxx (your own Google ID), DIRECT, f08c47fec0942fa0 innity.com,641, DIRECT, 47ea16374dff1d69 Appnexus.com, 3058 , RESELLER google.com, pub-2254427607846536, DIRECT, f08c47fec0942fa0 google.com, pub-3992036467687738, DIRECT, f08c47fec0942fa0
#3
pingu nak balik kmpung mg lalu jalaan ni.. sbb pingu duk batu pahat.. sekarang dh malas nak lalau jalan ni, lalu yong peng je.. jauh sket tp lbh elok jalannya
Mari mendaftar ahli di Komuniti gempakZ~   Shy

** PENGUMUMAN PENTING: "NEW POST REPLY" BERMASALAH >>KLIK<<
** SUBSCRIBE Youtube Komuniti gempakZ >>KLIK<<
Reply
google.com, pub-xxxxxxxxxxxxxxxx (your own Google ID), DIRECT, f08c47fec0942fa0 innity.com,641, DIRECT, 47ea16374dff1d69 Appnexus.com, 3058 , RESELLER google.com, pub-2254427607846536, DIRECT, f08c47fec0942fa0 google.com, pub-3992036467687738, DIRECT, f08c47fec0942fa0
#4
kena ler orang ramai komplen masuk TB3 nih... baru ler diaorang amik action..
Segalanya ada disini..
Reply
google.com, pub-xxxxxxxxxxxxxxxx (your own Google ID), DIRECT, f08c47fec0942fa0 innity.com,641, DIRECT, 47ea16374dff1d69 Appnexus.com, 3058 , RESELLER google.com, pub-2254427607846536, DIRECT, f08c47fec0942fa0 google.com, pub-3992036467687738, DIRECT, f08c47fec0942fa0
#5
biasala tu.. mcm akt kmpung aku gak.. huhuhu dh masuk TV baru je settlee
Mari mendaftar ahli di Komuniti gempakZ~   Shy

** PENGUMUMAN PENTING: "NEW POST REPLY" BERMASALAH >>KLIK<<
** SUBSCRIBE Youtube Komuniti gempakZ >>KLIK<<
Reply
google.com, pub-xxxxxxxxxxxxxxxx (your own Google ID), DIRECT, f08c47fec0942fa0 innity.com,641, DIRECT, 47ea16374dff1d69 Appnexus.com, 3058 , RESELLER google.com, pub-2254427607846536, DIRECT, f08c47fec0942fa0 google.com, pub-3992036467687738, DIRECT, f08c47fec0942fa0


Possibly Related Threads...
Thread Author Replies Views Last Post
  Kebakaran di Wad Kecemasan Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru Mr.Pingu 0 687 10-25-2016, 03:00 PM
Last Post: Mr.Pingu
  Kembara Mahkota Johor 2014 Mr.Pingu 0 2,489 06-27-2014, 12:38 AM
Last Post: Mr.Pingu
  Puting Beliung di Johor Bahru Mr.Pingu 0 1,166 12-18-2013, 10:27 PM
Last Post: Mr.Pingu
  Murid 14 Tahun Rogol Murid 9 Tahun Mr.Pingu 0 1,495 09-26-2012, 04:47 PM
Last Post: Mr.Pingu
  Sultan Johor ampunkan 8 banduan sempena 1 Ramadan Mr.Pingu 0 1,421 07-21-2012, 01:51 PM
Last Post: Mr.Pingu
  Baginda Tengku Mahkota Johor tampil beri kenyataan balas Mr.Pingu 0 2,545 05-29-2012, 12:22 PM
Last Post: Mr.Pingu
  Salji Turun di Pontian Johor?? Mr.Pingu 0 1,787 04-10-2012, 05:06 PM
Last Post: Mr.Pingu
  Muar Diistihar Bandar Diraja Johor Mr.Pingu 0 1,084 02-08-2012, 03:54 PM
Last Post: Mr.Pingu
  Pelajar Tajaan Petronas Kahwin Gay di Dublin masih Islam Mr.Pingu 0 1,953 12-21-2011, 01:31 PM
Last Post: Mr.Pingu
  Sultan Johor ingatkan penuntut elak gejala tidak sihat Mr.Pingu 0 1,029 10-29-2011, 08:41 PM
Last Post: Mr.Pingu

KoMuNiTi gempakZ on Facebook

Website Hit Counter

Forum Jump:


Users browsing this thread: 1 Guest(s)