Aku tak berapa tahu pasal pokok mulberi. Tak pernah makan pon. tapi apabila seorang student saya kata di kampungnya banyak pokok Mulbery maka saya teruja untuk meminta sedikit batangnya. Sebab saya pernah baca ada orang menanam pokok Mulberi dari batang dan selepas itu pokok itu tumbuh dan menghasilkan buah yang banyak, sehingga mereka berjaya menghasilkan jem Mulberi untuk dipasarkan.
Justeru, saya pun mula menyocok batang Mulberi tersebut di dalam tanah. Selepas tiga minggu, saya terkejut kerana bukan sahaja batang Mulberi itu mula tumbuh daun malahan ia turut mengeluarkan buah! Saya tak pasti Buah itu akan menjadi atau tidak namun begitu saya sangat teruja!
Saya kongsikan pokok Mulberi yang telah saya tanam (berusia tiga minggu). Anda boleh lihat daun dan putik buahnya


