Komuniti gempakZ
  • Portal
  • Search
  • Member List
  • Calendar
  • Help
Hello There, Guest! Login Register
Login
Username:
Password: Lost Password?
 
Komuniti gempakZ › GEMPAKZ CORNER › SERIUS GEMPAKZ › iSu TeRKiNi v
« Previous 1 ... 35 36 37 38 39 40 Next »

PM umum lebih 1.24 juta penjawat awam, 590,000 pesara dapat RM500 sebelum 1 Syawal

NAK IKLANKAN SESUATU atau LAPOR masalah forum? Emailkan di komunitigempakzhq@gmail.com

Thread Rating:
  • 0 Vote(s) - 0 Average
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
Thread Modes
PM umum lebih 1.24 juta penjawat awam, 590,000 pesara dapat RM500 sebelum 1 Syawal
Mr.Pingu Offline
Administrator
*******
Posts: 6,500
Threads: 2,798
Joined: Aug 2010
Reputation: 4
#1
08-27-2010, 06:38 AM (This post was last modified: 08-27-2010, 06:40 AM by Mr.Pingu.)
KUALA LUMPUR: Lebih 1.24 juta kakitangan awam dan 590,000 pesara kerajaan mendapat durian runtuh apabila Datuk Seri Najib Razak semalam mengumumkan kerajaan akan membayar Bantuan Khas Kewangan sebanyak RM500, sebelum 1 Syawal.

Perdana Menteri dalam kenyataannya berkata, keputusan membuat bayaran kepada kakitangan Gred 1 hingga 54 dan pesara kerajaan itu diambil selepas mengambil kira kebajikan mereka, terutama bagi meringankan beban kos persediaan menyambut Aidilfitri. Beliau yang juga Menteri Kewangan berkata, bayaran itu membabitkan perbelanjaan sebanyak RM934.6 juta, iaitu RM639.6 juta bagi kakitangan awam dan RM295 juta bagi pesara. Sementara itu, Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) dan Persatuan Pesara Kerajaan berterima kasih kepada kerajaan kerana pemberian itu dapat meringankan beban mereka bagi menyambut Aidilfitri bulan depan.

Presiden CUEPACS, Omar Osman, berkata pemberian itu sebagai bantuan sumbangan perayaan yang bakal menjelang. Kami sebelum ini memohon bonus sekurang-kurang RM1,000 atau dua bulan gaji kepada semua penjawat awam, katanya. Beliau berharap kerajaan mempertimbangkan bonus lebih tinggi pada pembentangan Bajet 2011, pada 15 Oktober depan. Setiausaha Agung CUEPACS, Ahmad Shah Mohd Zainber meminta kerajaan mengetatkan penguatkuasaan bagi memastikan peniaga, peruncit dan pengedar tidak mengambil kesempatan menaikkan harga barang apabila mendengar kerajaan memberikan bantuan khas itu.

Kami berharap kerajaan mengenakan tindakan tegas terhadap mereka yang menaikkan harga barang kerana tiada gunanya bantuan khas ini diberikan kepada kakitangan awam jika peniaga mengambil kesempatan menaikkan harga barang, katanya. Presiden Persatuan Pesara Kerajaan, Datuk Paduka Raja Wan Mahmood Pawanteh, berkata pihaknya berpuas hati kerana kerajaan tidak meminggirkan pesara.

Kita ucapkan terima kasih dan menghargai keprihatinan Perdana Menteri yang mana setiap kali pemberian bonus atau bantuan khas, kerajaan tidak melupakan pesara yang pernah berkhidmat kepada negara, katanya. Raja Wan Mahmood berkata, pemberian itu menunjukkan keprihatinan Najib terhadap golongan pesara, selain meringankan beban yang ditanggung oleh golongan berpendapatan rendah.
ARTIKEL LAIN YANG MUNGKIN ANDA SUKA Pilihan berkaitan dan artikel menarik lain dari GempakZ
bunuh 4 juta nyawa dalam sebulan sahaja!
bunuh 4 juta nyawa dalam sebulan sahaja!
08-08-2010 1,658 Views 0 Replies
Tukulnya Terpacak Di Dahi ! (Pic)
Tukulnya Terpacak Di Dahi ! (Pic)
08-20-2010 1,141 Views 0 Replies
Pengetua 'rasis': DAP mahu tindakan keras
Pengetua 'rasis': DAP mahu tindakan keras
08-20-2010 1,137 Views 0 Replies
Helo semua
Helo semua
10-21-2012 1,462 Views 0 Replies
Topik sembang-sembang: Gula-gula
Topik sembang-sembang: Gula-gula
01-28-2011 13,837 Views 20 Replies
Mari mendaftar ahli di Komuniti gempakZ~   Shy

** SUBSCRIBE Youtube Komuniti gempakZ >>KLIK<<
Website Find
Reply


Possibly Related Threads...
Thread Author Replies Views Last Post
  Bonus Separuh Gaji Penjawat Awam 2012 sempena Hari Raya Aidilfitri Mr.Pingu 0 2,246 07-26-2012, 03:31 PM
Last Post: Mr.Pingu
  MALAYSIA BELANJA JUTAAN RINGGIT KEPENTINGAN PENJAWAT AWAM Mr.Pingu 0 1,882 12-04-2011, 03:22 PM
Last Post: Mr.Pingu
  Bajet 2012: Bonus, naik gaji, lanjut umur bersara untuk penjawat awam Mr.Pingu 0 3,195 10-08-2011, 06:38 PM
Last Post: Mr.Pingu
  Budget 2012: Belanjawan 2012 kakitangan awam bakal dapat durian runtuh Mr.Pingu 0 2,262 10-08-2011, 12:40 PM
Last Post: Mr.Pingu
  1,086 penjawat awam muflis Mr.Pingu 0 1,955 03-03-2011, 01:43 PM
Last Post: Mr.Pingu

KoMuNiTi gempakZ on Facebook

Website Hit Counter

Forum Jump:


Users browsing this thread: 1 Guest(s)
  • Contact Us
  • Komuniti gempakZ
  • Return to Top
  • Mobile Version
  • RSS Syndication
Current time: 09-30-2026, 04:12 PM Powered By MyBB 1.8.5, © 2002-2026 MyBB Group.
Linear Mode
Threaded Mode
View a Printable Version
Subscribe to this thread
Add Poll to this thread
Send thread to a friend