Komuniti gempakZ
  • Portal
  • Search
  • Member List
  • Calendar
  • Help
Hello There, Guest! Login Register
Login
Username:
Password: Lost Password?
 
Komuniti gempakZ › GEMPAKZ CORNER › SERIUS GEMPAKZ › iSu TeRKiNi v
« Previous 1 ... 36 37 38 39 40

Barangan Israel di pasaran

NAK IKLANKAN SESUATU atau LAPOR masalah forum? Emailkan di komunitigempakzhq@gmail.com

Thread Rating:
  • 0 Vote(s) - 0 Average
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
Thread Modes
Barangan Israel di pasaran
Mr.Pingu Offline
Administrator
*******
Posts: 6,500
Threads: 2,798
Joined: Aug 2010
Reputation: 4
#1
08-08-2010, 12:37 AM
Oleh RASMI ABDULLAH
pengarang@utusan.com.my

Baju yang tertera Made In Israel banyak terdapat di hypermarket terkenal di Shah Alam.

SHAH ALAM 5 Ogos – Walaupun kempen memboikot barangan buatan Israel dan negara-negara yang mempunyai kaitan dengan rejim itu giat dilancarkan tetapi masih ada pihak yang seolah-olah tidak ambil pusing tentang perkara tersebut.

Ini berikutan aduan daripada orang awam yang mendakwa sebuah kedai yang menjual pakaian di dalam hypermarket terkenal di Shah Alam menjual baju keluaran sebuah syarikat pengeluar barangan Israel. Atas aduan tersebut satu tinjauan telah dibuat wartawan Utusan Malaysia selama tiga hari berturut-turut di hypermarket yang dimaksudkan bagi memastikan kebenaran aduan itu.

Tinjauan mendapati terdapat lebih daripada 20 helai baju lelaki pelbagai jenis dan saiz dipercayai keluaran syarikat itu telah dibuang logo jenamanya dan hanya ukuran saiz sahaja yang tinggal. Apabila Utusan Malaysia cuba bertanya kepada jurujual di premis berkenaan dia hanya menjawab tidak tahu kenapa logo jenama itu telah dibuang. Apa yang peliknya di bahagian saiz pakaian tersebut pula tertera pelbagai nama negara seperti China, Hong Kong. Bangladesh, Indonesia dan Malaysia.
Lebih mengelirukan lagi apabila baju-baju yang lambang jenamanya di potong telah dicampur aduk dengan pakaian-pakaian jenama lain mungkin untuk mengelirukan pelanggan.

Tetapi keadaan itu tetap menimbulkan kecurigaan kerana bukan semua pakaian yang dijual di kedai berkenaan tanda jenamanya dibuang.
Daripada maklumat yang diperoleh oleh orang awam, pakaian kanak-kanak yang dijual di situ juga adalah buatan Israel.

ARTIKEL LAIN YANG MUNGKIN ANDA SUKA Pilihan berkaitan dan artikel menarik lain dari GempakZ
Gadis pintar matematik jadi pelacur
Gadis pintar matematik jadi pelacur
08-08-2010 3,158 Views 1 Replies
Kosmo teruskan tradisi edar bubur lambuk
Kosmo teruskan tradisi edar bubur lambuk
08-13-2010 988 Views 0 Replies
Timur: Letak kereta tengah jalan
Timur: Letak kereta tengah jalan
08-22-2010 1,188 Views 0 Replies
peti apa yang muat banyak barang?
peti apa yang muat banyak barang?
07-27-2022 5,658 Views 1 Replies
borang soal selidik
borang soal selidik
06-11-2011 3,841 Views 2 Replies
Mari mendaftar ahli di Komuniti gempakZ~   Shy

** SUBSCRIBE Youtube Komuniti gempakZ >>KLIK<<
Website Find
Reply


Possibly Related Threads...
Thread Author Replies Views Last Post
  Boikot Barangan Yahudi: Senarai Barangan Mr.Pingu 0 5,345 11-29-2012, 04:11 PM
Last Post: Mr.Pingu

KoMuNiTi gempakZ on Facebook

Website Hit Counter

Forum Jump:


Users browsing this thread: 1 Guest(s)
  • Contact Us
  • Komuniti gempakZ
  • Return to Top
  • Mobile Version
  • RSS Syndication
Current time: 11-10-2026, 08:07 AM Powered By MyBB 1.8.5, © 2002-2026 MyBB Group.
Linear Mode
Threaded Mode
View a Printable Version
Subscribe to this thread
Add Poll to this thread
Send thread to a friend