Komuniti gempakZ
  • Portal
  • Search
  • Member List
  • Calendar
  • Help
Hello There, Guest! Login Register
Login
Username:
Password: Lost Password?
 
Komuniti gempakZ › GEMPAKZ CORNER › SERIUS GEMPAKZ › iSu TeRKiNi v
« Previous 1 ... 36 37 38 39 40 Next »

Kosmo teruskan tradisi edar bubur lambuk

NAK IKLANKAN SESUATU atau LAPOR masalah forum? Emailkan di komunitigempakzhq@gmail.com

KONGSI ARTIKEL INI
Facebook WhatsApp Telegram X Email
? Link artikel telah disalin
Thread Rating:
  • 0 Vote(s) - 0 Average
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
Thread Modes
Kosmo teruskan tradisi edar bubur lambuk
Mr.Pingu Offline
Administrator
*******
Posts: 6,498
Threads: 2,797
Joined: Aug 2010
Reputation: 4
#1
08-13-2010, 03:21 PM

MOHAMED HASHIM (kanan) bersama Mohamed Nazim (dua dari kanan) mengagihkan bubur lambuk secara percuma kepada orang ramai di Masjid Jamek Kampung Baru, Kuala Lumpur semalam.

KUALA LUMPUR - Akhbar Kosmo! meneruskan tradisinya pada setiap Ramadan dengan mengedarkan bubur lambuk secara percuma kepada orang ramai sebagai juadah berbuka puasa di Masjid Jamek Kampung Baru di sini petang semalam. Orang ramai yang tidak mahu melepaskan peluang memperoleh bubur lambuk Kosmo! tersebut mula berkumpul di kawasan masjid itu sejak pukul 4 petang walaupun ia hanya diagihkan selepas solat Asar.

Kira-kira 7,500 bungkus bubur lambuk Kosmo! habis diagihkan tidak sampai setengah jam. Setiap orang menerima sebungkus beg plastik mengandungi dua bekas berisi bubur lambuk Kosmo!. Eksekutif Kanan Pemasaran Utusan Melayu (M) Berhad, Mohammad Fahmi Asraf Khan berkata, pengedaran kali ini adalah yang ke-6 sejak Kosmo! mengagihkan bubur lambuk secara percuma kepada orang ramai bermula tahun 2005.

"Sebanyak 15 periuk digunakan untuk memasak bubur lambuk tersebut dan kos membuatnya kira-kira RM15,000. Kita mendapat tajaan 85 kampit beras daripada Padiberas Nasional Berhad (Bernas)," katanya ketika ditemui.

Pengagihan bubur lambuk itu disempurnakan oleh Pengerusi Eksekutif Kumpulan Utusan, Tan Sri Mohamed Hashim Ahmad Makaruddin dan Pengarah Eksekutif Kumpulan Utusan, Mohd. Nasir Ali. Turut sama mengagihkan bubur lambuk berkenaan ialah Pengerusi Bernas, Datuk Wira Syed Abdul Jabbar Syed Hassan; Timbalan Ketua Pengarang Kumpulan Utusan, Othman Mohamad dan Pengarang Berita Kosmo!, Wan Hasnan Wan Hasan.

*sumbangan yang bagus dari pihak kosmo..harian metroll ada bagi tak?peminat harian metroll kan ramai..mesti untung banyak..Angel
ARTIKEL LAIN YANG MUNGKIN ANDA SUKA Pilihan berkaitan dan artikel menarik lain dari GempakZ
Ibu Bapa menghilangkan diri tinggalkan 9 orang anak
Ibu Bapa menghilangkan diri tinggalkan 9 orang anak
08-22-2010 1,820 Views 0 Replies
Pengemis asing di bazar Ramadan kaut RM300 sehari
Pengemis asing di bazar Ramadan kaut RM300 sehari
08-22-2010 1,139 Views 0 Replies
Sabah & Sarawak: Buaya depan rumah
Sabah & Sarawak: Buaya depan rumah
08-10-2010 2,290 Views 0 Replies
Akhirnya Facebook tak jadi tutup tetapi makin diupgrade adalah
Akhirnya Facebook tak jadi tutup tetapi makin diupgrade adalah
03-16-2011 5,633 Views 8 Replies
RM10k daily ...
RM10k daily ...
08-29-2012 4,483 Views 5 Replies
Mari mendaftar ahli di Komuniti gempakZ~   Shy

** PENGUMUMAN PENTING: "NEW POST REPLY" BERMASALAH >>KLIK<<
** SUBSCRIBE Youtube Komuniti gempakZ >>KLIK<<
Website Find
Reply


KoMuNiTi gempakZ on Facebook

Website Hit Counter

Forum Jump:


Users browsing this thread: 1 Guest(s)
  • Contact Us
  • Komuniti gempakZ
  • Return to Top
  • Mobile Version
  • RSS Syndication
Current time: 08-28-2026, 03:00 AM Powered By MyBB 1.8.5, © 2002-2026 MyBB Group.
Linear Mode
Threaded Mode
View a Printable Version
Subscribe to this thread
Add Poll to this thread
Send thread to a friend