Semua orang ada kereta idaman. Betul! Admin pun ada kereta idaman. Namun, ramai yang membeli kereta tidak ikut kemampuan tetapi ikut nafsu sahaja. Akhirnya, diri merana kerana kesukaran membayar ansuran bulanan dan pelbagai lagi kos melibatkan kereta tersebut seperti insuran, servis, petrol dan sebagainya.
Beli kereta perlu ada gap yang besar dengan kemampuan kewangan kita. Maksudnya jangan rasa mampu bayar sekadar paras hidung tetapi pilihlah kereta yang mana selepas anda membayar ansuran dan kos lainnya, keadaan kewangan anda masih lagi selesa bukan sesak!
Saya ada rakan yang menghabiskan duit kepada kereta dimana harga ansuran kereta sahaja sudah melebihi 50% gaji bulanan! Saya terkejut kerana memikirkan bagaimana dia mahu hidup dengan pelbagai kos lain seperti makan minum, sewa rumah, keperluan asas dan sebagainya.
Beli kereta kerana kereta adalah alat untuk bergerak, bukan alat untuk bermewah menunjuk-nunjuk. Beringat okay! 😎