04-10-2020, 02:21 AM
Ini yang dikatakan kerana mulut badan binasa. Walaupun hanya menulis di twitter namun lelaki ini dikatakan telah menghina Yang Dipertuan Agong dan mencabar pihak polis. Mendapat lah. Kan lebih baik tanamkan jiwa yang baik dan berhati bersih. Baru hidup lebih aman dan sentosa.
Quote:Hina agong, lelaki berdepan Hukuman denda RM400,000. Share demi pengajaran.
Sinar Harian:
Pemandu e-hailing berdepan denda RM400,000 hina Agong
Sufazrin dibawa ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini, atas lapan pertuduhan menghina Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menerusi aplikasi Twitter pada dua minggu lalu. Foto: ROSLI TALIB
KUALA LUMPUR – Seorang pemandu e-hailing mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas lapan pertuduhan menghina Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menerusi aplikasi Twitter pada dua minggu lalu.
Sufazrin Amin Ismail, 26, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibaca di hadapan Hakim Emelia Kaswati Mohamad Khalid.
Mengikut kesemua pertuduhan, tertuduh membuat penghantaran komunikasi yang jelik sifatnya menggunakan nama Fazrin Ismail atau @Fazr_Ismail dengan niat untuk menganiayai orang lain.

