Komuniti gempakZ
  • Portal
  • Search
  • Member List
  • Calendar
  • Help
Hello There, Guest! Login Register
Login
Username:
Password: Lost Password?
 
Komuniti gempakZ › GEMPAKZ CORNER › SERIUS GEMPAKZ › iSu TeRKiNi v
« Previous 1 ... 35 36 37 38 39 40 Next »

Sentral: Lif roller coaster

NAK IKLANKAN SESUATU atau LAPOR masalah forum? Emailkan di komunitigempakzhq@gmail.com

Thread Rating:
  • 0 Vote(s) - 0 Average
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
Thread Modes
Sentral: Lif roller coaster
Mr.Pingu Offline
Administrator
*******
Posts: 6,500
Threads: 2,798
Joined: Aug 2010
Reputation: 4
#1
08-22-2010, 01:58 PM
halina@bharian.com.my
2010/08/19


SEORANG penghuni warga tua di Blok D, PPR Kampung Baru Air Panas terpaksa mengangkat basikalnya menerusi tangga kerana lif yang kerap rosak dan mengancam keselamatan pengguna. Bergerak laju, tak tentu hala di Blok D, PPR Kampung Baru Air Panas

SETAPAK: Lif macam roller coaster! Penduduk di Blok D, Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kampung Baru Air Panas di sini trauma kerana sebuah lif rumah pangsa kos rendah itu sering turun laju dan terhenti secara tiba-tiba selama beberapa minit sebelum bergerak semula ke atas dengan laju.

Secara kebetulan, ketika Sentral membuat tinjauan di blok berkenaan, seorang datuk bersama cucunya keluar dari lif itu dalam keadaan terkejut kerana baru saja mengalami pengalaman menaiki roller coaster. Saya tinggal di tingkat 11 dan hendak menghantar cucu ke sekolah apabila tiba-tiba lif ini turun dengan laju dan terhenti selama lima minit. Bila saya buka pintu lif, hanya ada dinding konkrit. Saya terus tekan butang kecemasan beberapa kali untuk meminta pertolongan tetapi secara tiba-tiba, lif bergerak laju semula ke atas seakan sedang menaiki roket dan akhirnya turun semula, katanya yang hanya ingin dikenali sebagai Mustafa, 65.

Penduduk lain yang ditemui turut mengakui pernah mengalami nasib sama sejak setahun lalu. Akibatnya, ramai yang tidak berani menaiki lif berkenaan. Lebih menyedihkan, dua lif lain di situ turut ada angin masing-masing.

Lif di sebelah kiri rosak sejak awal bulan lalu dan sepatutnya sudah diperbaiki Jabatan Pengurusan Perumahan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL). Lif di sebelah kanan pula didapati masih berfungsi tetapi apabila dinaiki, ia akan berhenti dan naik di mana-mana tingkat sesuka hati walaupun butang lif untuk ke tingkat berkenaan tidak pun ditekan sebelum itu. Keadaan ketiga-tiga lif berkenaan bukan saja menakutkan tetapi menyusahkan penghuni yang kebanyakannya terdiri daripada warga tua dan orang kurang upaya (OKU).

Seorang warga tua, Marry Anne De Cruz, 70, yang menderita arthritis sejak beberapa tahun lalu terpaksa menahan kesakitan untuk menuruni tangga dari rumahnya di tingkat 10 setiap kali lif di situ bermasalah. Sejak setahun lalu, lif di sini mula rosak dan bergerak tidak tentu hala sehingga menyukarkan urusan penghuni terutama yang sakit seperti saya.

Di sini ramai golongan warga tua dan OKU yang memang tidak berdaya turun dan naik tangga selalu, katanya. Justeru, penduduk merayu kepada DBKL supaya bertindak memulihkan keadaan lif di situ kerana aduan sudah beberapa kali dibuat termasuk ke pejabat pengurusan perumahan berkenaan sebelum ini.

>> wah wah xpayah gi Fun fair nak main roller coaster haha Big Grin
ARTIKEL LAIN YANG MUNGKIN ANDA SUKA Pilihan berkaitan dan artikel menarik lain dari GempakZ
PR Perak sedia berdebat dengan Zambry
PR Perak sedia berdebat dengan Zambry
08-08-2010 1,295 Views 0 Replies
PIC microcontroller
PIC microcontroller
08-11-2010 2,174 Views 0 Replies
Sabah & Sarawak: Denda 10 kali ganda
Sabah & Sarawak: Denda 10 kali ganda
08-08-2010 2,071 Views 0 Replies
Jom Borak-Borak Sampai Lebam
Jom Borak-Borak Sampai Lebam
04-05-2011 42,407 Views 52 Replies
Pentingkah Privacy di Kamar Kediaman ANda?
Pentingkah Privacy di Kamar Kediaman ANda?
07-01-2012 1,371 Views 0 Replies
Mari mendaftar ahli di Komuniti gempakZ~   Shy

** SUBSCRIBE Youtube Komuniti gempakZ >>KLIK<<
Website Find
Reply


Possibly Related Threads...
Thread Author Replies Views Last Post
Big Grin 10 Cedera Kegagalan Roller Coaster di Selangor Mr.Pingu 0 1,008 08-25-2026, 07:43 PM
Last Post: Mr.Pingu

KoMuNiTi gempakZ on Facebook

Website Hit Counter

Forum Jump:


Users browsing this thread: 1 Guest(s)
  • Contact Us
  • Komuniti gempakZ
  • Return to Top
  • Mobile Version
  • RSS Syndication
Current time: 10-13-2026, 01:25 AM Powered By MyBB 1.8.5, © 2002-2026 MyBB Group.
Linear Mode
Threaded Mode
View a Printable Version
Subscribe to this thread
Add Poll to this thread
Send thread to a friend