Komuniti gempakZ
  • Portal
  • Search
  • Member List
  • Calendar
  • Help
Hello There, Guest! Login Register
Login
Username:
Password: Lost Password?
 
Komuniti gempakZ › GEMPAKZ CORNER › SERIUS GEMPAKZ › iSu TeRKiNi v
« Previous 1 2 3 4 5 ... 40 Next »

Warga Emas Kelantan Jangkitkan Ramai Orang Covid-19

NAK IKLANKAN SESUATU atau LAPOR masalah forum? Emailkan di komunitigempakzhq@gmail.com

Thread Rating:
  • 0 Vote(s) - 0 Average
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
Thread Modes
Warga Emas Kelantan Jangkitkan Ramai Orang Covid-19
Mr.Pingu Offline
Administrator
*******
Posts: 6,500
Threads: 2,798
Joined: Aug 2010
Reputation: 4
#1
05-20-2021, 11:07 PM (This post was last modified: 05-20-2021, 11:07 PM by Mr.Pingu.)
Apabila membaca berita dibawah saya berpendapat bahawa kita adalah lebih baik jika dapat kurantinkan diri sebaik mungkin dari sapa-sapa individu lain termasuk ahli keluarga yang tinggal berasingan. Kerana covid-19 tidak mengenal sesiapa untuk menyerang. Justeru, kita perlu bersabar dan sama-sama berkerjasama untuk memutuskan rantaian Covid-19. Semoga ia menjadi pengajaran buat kita yang kain supaya berhati-hati.

😶😶😶😶😶😶😶😶😶😶😶😶😶😶

Kerana 'lari' elak PKPD warga emas jangkiti 7 individu lain

Tindakan seorang warga emas yang positif Covid-19 melarikan diri dari sebelum kawasan kampungnya dikenakan perintah kawalan pergerakan diperketatkan (PKPD) ternyata membawa padah kepada ramai orang.

Menyedari PKPD bakal dilaksanakan, wanita berusia 60-an itu dipercayai meninggalkan rumahnya di Mukim Bunut Susu di Pasir Mas dan menumpang di rumah ahli keluarganya di Pulau Beluru, Tumpat.

Pengarah Jabatan Kesihatan Kelantan Dr Zaini Hussin berkata akibat tindakan warga emas terbabit tujuh individu lain kini dijangkiti Covid-19.

Menurutnya, perkara itu hanya terbongkar selepas wanita terbabit didapati tiada dalam kampung sedangkan namanya wujud dalam senarai penduduk.

Selepas disiasat didapati wanita terbabit berada di rumah ahli keluarga di kawasan lain dalam daerah Tumpat.

"Susulan itu kami mengarahkan Pejabat Kesihatan Daerah Tumpat untuk mengesan wanita berkenaan bagi menjalani saringan.

"Apabila keputusan ujian swab keluar pada hari raya kedua dia disahkan positif Covid-19," katanya.

Terdahulu Zaini meninjau pelaksanaan PKPD di Kampung Pauh Lima, Bachok, hari ini. Turut hadir Ketua Polis Kelantan DCP Shafien Mamat.

Menurut Zaini pemeriksaan Jabatan Kesihatan Kelantan kemudian mendapati warga emas itu menjadi punca menularkan Covid-19 kepada tujuh ahli keluarganya di Tumpat

"Kami dapati wanita itu keluar dari kampungnya selepas mendengar kawasan itu akan dilaksanakan PKPD, selain dia mendakwa mahu meraikan Aidilfitiri.

"Setakat ini, kami masih mengesan kontak rapat lain bagi menjalankan ujian saringan," jelasnya.
ARTIKEL LAIN YANG MUNGKIN ANDA SUKA Pilihan berkaitan dan artikel menarik lain dari GempakZ
PM mula bercuti ke luar negara hingga 10 Ogos
PM mula bercuti ke luar negara hingga 10 Ogos
08-04-2010 1,923 Views 0 Replies
Suplemen beracun
Suplemen beracun
08-06-2010 1,835 Views 0 Replies
Monster croc predicts Gillard victory
Monster croc predicts Gillard victory
08-22-2010 1,301 Views 0 Replies
testing
testing
05-07-2011 4,274 Views 8 Replies
Whatchuwant ?? What is this ??
Whatchuwant ?? What is this ??
07-25-2012 10,156 Views 14 Replies
Mari mendaftar ahli di Komuniti gempakZ~   Shy

** SUBSCRIBE Youtube Komuniti gempakZ >>KLIK<<
Website Find
Reply


Possibly Related Threads...
Thread Author Replies Views Last Post
  Rasuah polis: Warga emas didenda RM3,000 Mr.Pingu 0 1,492 02-20-2012, 08:50 PM
Last Post: Mr.Pingu

KoMuNiTi gempakZ on Facebook

Website Hit Counter

Forum Jump:


Users browsing this thread: 1 Guest(s)
  • Contact Us
  • Komuniti gempakZ
  • Return to Top
  • Mobile Version
  • RSS Syndication
Current time: 10-04-2026, 01:41 AM Powered By MyBB 1.8.5, © 2002-2026 MyBB Group.
Linear Mode
Threaded Mode
View a Printable Version
Subscribe to this thread
Add Poll to this thread
Send thread to a friend