Komuniti gempakZ
  • Portal
  • Search
  • Member List
  • Calendar
  • Help
Hello There, Guest! Login Register
Login
Username:
Password: Lost Password?
 
Komuniti gempakZ › GEMPAKZ CORNER › SERIUS GEMPAKZ › iSu TeRKiNi v
« Previous 1 ... 15 16 17 18 19 ... 40 Next »

Rasuah polis: Warga emas didenda RM3,000

NAK IKLANKAN SESUATU atau LAPOR masalah forum? Emailkan di komunitigempakzhq@gmail.com

Thread Rating:
  • 0 Vote(s) - 0 Average
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
Thread Modes
Rasuah polis: Warga emas didenda RM3,000
Mr.Pingu Offline
Administrator
*******
Posts: 6,500
Threads: 2,798
Joined: Aug 2010
Reputation: 4
#1
02-20-2012, 08:50 PM
RASAH 20 Feb. - Gara-gara memberi rasuah RM150 kepada seorang pegawai polis, seorang warga emas didenda RM3,000 atau penjara tiga bulan selepas mengaku bersalah atas tuduhan tersebut di Mahkamah Sesyen di sini hari ini.

Cheok See Lew, 72, mengaku memberi rasuah kepada Cif Inspektor Abd. Ghani Sahman sebagai dorongan bagi mengelakkannya ditahan kerana disyaki menjalankan aktiviti rumah pelacuran di sebuah hotel di Jalan Pantai, Port Dickson, dekat sini kira-kira pukul 10.20 pagi, 19 Mei tahun lalu.

Dakwaan terhadapnya dikemukakan di hadapan Hakim Datin Nursinah Adzmi mengikut Seksyen 214 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tidak lebih 10 tahun atau denda atau kedua-duanya.

See Lew yang tidak diwakili peguam bela dalam rayuannya sebelum itu memohon mahkamah menjatuhkan hukuman ringan kerana dia sudah tua dan tidak mampu membayar denda yang tinggi.

Pegawai Pendakwa dari Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Mohd. Hanafi Abdul Rahim yang mengendalikan pendakwaan pula memohon tertuduh dikenakan hukuman setimpal kerana kesalahan rasuah adalah serius. - UTUSAN
ARTIKEL LAIN YANG MUNGKIN ANDA SUKA Pilihan berkaitan dan artikel menarik lain dari GempakZ
SANDIWARA POLITIK YANG MEMUALKAN
SANDIWARA POLITIK YANG MEMUALKAN
08-21-2010 1,166 Views 0 Replies
Bekas pengetua asrama anak yatim dituduh cabul remaja perempuan
Bekas pengetua asrama anak yatim dituduh cabul remaja perempuan
08-19-2010 1,909 Views 0 Replies
Gadis pintar matematik jadi pelacur
Gadis pintar matematik jadi pelacur
08-08-2010 3,089 Views 1 Replies
Kenangan yang tidak boleh dilupakan
Kenangan yang tidak boleh dilupakan
04-05-2011 118,126 Views 152 Replies
hai geng gempakz
hai geng gempakz
04-03-2011 7,204 Views 10 Replies
Mari mendaftar ahli di Komuniti gempakZ~   Shy

** SUBSCRIBE Youtube Komuniti gempakZ >>KLIK<<
Website Find
Reply


Possibly Related Threads...
Thread Author Replies Views Last Post
  Warga Emas Kelantan Jangkitkan Ramai Orang Covid-19 Mr.Pingu 0 861 05-20-2021, 11:07 PM
Last Post: Mr.Pingu

KoMuNiTi gempakZ on Facebook

Website Hit Counter

Forum Jump:


Users browsing this thread: 1 Guest(s)
  • Contact Us
  • Komuniti gempakZ
  • Return to Top
  • Mobile Version
  • RSS Syndication
Current time: 10-04-2026, 01:41 AM Powered By MyBB 1.8.5, © 2002-2026 MyBB Group.
Linear Mode
Threaded Mode
View a Printable Version
Subscribe to this thread
Add Poll to this thread
Send thread to a friend