Please Log-in or Register to get full access to the forums.

Lost Password?

>>> REGISTER | LOG-IN | PROFILE | LOG-OUT | INBOX <<<

| HOME | | KOMUNITI BLOGGER| | GEMPAKZ SANTAI | | ISU SERIUS | | HIBURAN | | HOBI | | PENDIDIKAN | | AKADEMIK | | PELBAGAI | | ADMIN |

>>> PERHATIAN SEMUA! BACA INI DULU: ADMIN DECLARATION <<<

BLOGLIST: | GEMPAKZ |  | LIRIK |  | KARAOKE |  | PROMOSI | | MR.PINGU |

Post Reply 
 
Thread Rating:
  • 1 Votes - 4 Average
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
Petua Kecantikan Dari Hujung Rambut Ke Hujung Kaki
04-22-2011, 11:49 PM
Post: #1
Petua Kecantikan Dari Hujung Rambut Ke Hujung Kaki
Hollaa semua.. lol
ha, kali ni oni nk kongsi ngn korang psal ptua tradisional utk kecantikan dr hjung rmbut ke hjung kaki.. oni ni memang suke klu bab2 kcantikan ni guna petua2 lama..k, yg ni laki ke pompuan,sume bley try..ad jgk yg oni da cube n ad jgk yg bru nk cube.
Peringatan : Hasilnya mungkin berbeza mengikut individu. Lets try...

Melembutkan rambut

- Ambil secekak kangkung dan bersihkan. Masukkan dlm bekas.
- Bubuh enam camca air suam dan ramas kangkung hingga mengeluarkan lendir.
- Lendir itu sapukan pada seluruh rambut dan biarkan seketika.
- Kemudian bilas rambut dengan air bersih.Lakukan selama dua minggu.

Melembutkan rambut dan hilangkan kelimumur

- Kisar 5 biji limau nipis bersama dengan kulitnya hingga halus.
- Tapis dan sapukan airnya di kepala ketika mandi dan perapkan seketika.
- Kemudian, cuci bersih.
- Petua ini membuat rambut anda lembut beralun malah menghilangkan kelumumur.

Bulatan hitam bawah mata
- Hancurkan/tumbuk daun pudina segar dan letakkannya di sekitar bahagian mata.
- Biarkannya selama 10 minit sebelum mencucinya menggunakan air sejuk.

Mata cantik dan segar
cara 1 :
- Cuba letakkan uncang teh yg telah digunakan di atas mata anda dlm beberapa minit.
- Cara ini membantu mengembalikan kesegaran pada mata.

cara 2 :
letakkan hirisan timun segar pada kedua-dua belah mata
biar selama 15 minit.

Memutih dan membersihkan gigi

cara 1 :
- Goreng biji asam jawa tanpa minyak.
- Kemudian tumbuk sehingga menjadi serbuk dan gosokkan pada gigi. Amalkan selalu.

cara 2 :
- Sebelum mengosok gigi dengan menggunakan ubat gigi. Gosoklah gigi dengan menggunakan serbuk penaik atau lebih di kenali sebagai sodium bikarbonat terlebih dahulu.
- Kumur dan gosoklah gigi dengan ubat gigi seperti biasa.
- Amalkan petua ini seminggu dua atau tiga kali.
- Bukan sekadar ia mampu memutihkan gigi tetapi ia juga dapat menghilangkan PLAK yang amat memalukan dan berbau busuk.

Sembuhkan Jerawat
- sapukan buah tomato yang telah dibelah ke wajah sebelum masuk tidur.
- Setelah agak kering, buangkan biji-biji tomato yang melekat pada wajah anda.
- Ramuan ini boleh dipakai semalaman atau jika anda terasa gatal atau pedih, anda boleh membersihkannya dengan air bersih sebaik sahaja ia mengering.
- Amalkan petua ini sekali seminggu.
- Di samping menyembuhkan jerawat, petua tomato ini juga akan membuatkan wajah kelihatan lebih cerah dan lebih berseri.

Bekas jerawat
- Ambil 10 helai daun sireh muda, Bersihkan dan tumbuk lumat.
- Muka hendaklah dibersihkan dengan air suam dan sapukan sireh pada muka terutama di bahagian bekas jerawat.
- Biarkan kira-kira setengah jam atau hingga kering.
- Cuci muka bersih-bersih dan lap kering.

Muka bersih berseri
Cara 1 :
- Cuci muka anda dengan air basuhan beras yang kali ke-2.
- Lakukan pada setiap hari, sehari sekali.
- Kulit muka bukan sahaja bersih berseri, malahan akan menjadi bertambah cerah dan lembut.

Cara 2 :
- Setiap kali nasi yang dimasak hampir kering, ambil 2 sudu makan air nasi tersebut (airnya kelihatan agak pekat).
- Lumurkan pada seluruh wajah dan leher ketika masih suam.
- Biarkan sehingga kering, kemudian barulah dibilas

Mencerahkan kulit muka
1)Parutan Lobak merah
2) Kuning Telur
3) Sedikit Air Limau Nipis (limau kasturi pun boleh)

- Campurkan kesemua bahan di atas dan kacau hingga sebati.
- Sapukan pada muka dan biarkan kering.
-Kemudian cuci dengan air tanpa menggunakan sebarang pembersih muka.

Menghaluskan tapak tangan
- Letakkan serbuk kopi atau teh yang telah digunakan di tapak tangan anda selepas itu gosok tapak tangan anda untuk beberapa ketika.
- Bersihkan dan bilas tangan anda dengan pencuci sebersihnya dan rasakan perbezaannya.
- Anda akan dapat rasakan tapak anda lebih lembut dan halus.

menghaluskan dan menanggalkan daki di badan
- Blend segenggam beras sehingga halus.
- Kemudian tumbuk beberapa helai daun sirih sehingga lumat.
- Campurkan kedua-dua bahan tadi dan kacau sehingga sebati.
- Sebelum mandi, lumurkan dahulu campuran sirih & beras tadi ke seluruh tubuh badan.
- Kemudian gosok-gosokkan ia dengan perlahan sehingga semua bahan yang telah dilumur tanggal dari badan.
- Petua ini bukan sahaja menjadikan kulit badan anda halus, malahan ia juga akan membantu menanggalkan daki dan mengharumkan serta menyegarkan bau badan anda.

Mencantikkan kaki

cara 1 :
Rendam kaki dengan air beras dan campurkan sedikit kunyit serbuk.
Air beras mampu menghaluskan kulit.Kunyit serbuk pulak akan kembalikan tone kulit.

cara 2 :
- Anda boleh juga menggunakan lebihan masker yang diguna pada muka dengan melumurkan pada kaki.
- Kemudian rehatkan kaki anda sehingga masker itu kering kemudian basuh menggunakan air suam, kemudian air sejuk .
- Masker dapat hilangkan kulit-kulit keras kematu dia jari kaki .
Quote

JOM JOIN KOMUNITI GEMPAKZ. Klik: >>> REGISTER <<<

04-23-2011, 12:01 AM
Post: #2
RE: Petua Kecantikan Dari Hujung Rambut Ke Hujung Kaki
Petua yang bagus Oni.. Leh try.. Lagi satu jgn lupe gunakan lidah buaya.. simple.. dan berkhasiat.. Pingu gune Lidah buaya je.. mudah ehhee

Mari rakan-rakan mendaftar sebagai seorang ahli Komuniti gempakZ~ Shy
Quote
Post Reply 


Forum Jump:


User(s) browsing this thread: 1 Guest(s)
Welcome, Guest
You have to register before you can post on our site.


  

Password
  





Website Hit Counter
Hit from: 29-3-12  
KoMuNiTi gempakZ on Facebook