Komuniti gempakZ
  • Portal
  • Search
  • Member List
  • Calendar
  • Help
Hello There, Guest! Login Register
Login
Username:
Password: Lost Password?
 
Komuniti gempakZ › GEMPAKZ CORNER › HIBURAN GEMPAKZ › SeLiBRiTi v
« Previous 1 ... 13 14 15 16 17 ... 24 Next »

Scha Al-Yahya Terpaksa Tangguh Kahwin kerana buzy?

NAK IKLANKAN SESUATU atau LAPOR masalah forum? Emailkan di komunitigempakzhq@gmail.com

Thread Rating:
  • 0 Vote(s) - 0 Average
  • 1
  • 2
  • 3
  • 4
  • 5
Thread Modes
Scha Al-Yahya Terpaksa Tangguh Kahwin kerana buzy?
Mr.Pingu Offline
Administrator
*******
Posts: 6,500
Threads: 2,798
Joined: Aug 2010
Reputation: 4
#1
05-25-2011, 07:59 PM
Impian pelakon jelita, Scha Al-Yahya,28 untuk menamatkan zaman bujangnya bersama kekasih hati, Awal Ashaari,30 pada tahun ini, nampaknya terpaksa ditangguhkan berikutan kesibukan tuntutan kerja mereka masing-masing.

Malah, Scha Al-Yahya yang sudah mengikat kontrak sebagai Wajah Eksklusif Astro sejak tahun lalu berkata, dia kini sedang sibuk dengan beberapa program TV dan drama untuk stesen televisyen tersebut dan perlu menyelelesaikannya sehingga pertengahan tahun hadapan.

"Memang sebelum ini kami ada memberitahu yang kami mahu berkahwin pada tahun ini. Tapi nak buat macam mana, mungkin inilah yang dikatakan manusia hanya merancang tapi Tuhan yang menentukannya.

"Terus-terang, setakat ini kami belum lagi merancang secara sempurna untuk perkahwinan kami. Lagipun ibu bapa kami belum lagi berjumpa dan berbincang mengenai hal ini.

"Apa boleh buat, Awal pun semakin sibuk dengan bidang pengacaraan dan juga tuntutan berlakonnya. Saya juga pula perlu berlakon dan hosting bagi menghabiskan 50 jam untuk bersiaran di Astro setelah mengikat kontrak bersama stesen televiseyen berkenaan," kata Scha Al-Yahya.

Scha yang kini sedang menjalani pengambaran Papadom 2 bakal mengacarakan program Impian Bapa untuk saluran Astro Ceria pada Jun ini.
Sementara itu, Scha tidak menafikan dia juga agak risau akan persepsi orang ramai bila melihat dia menjalinkan hubungan cinta yang terlalu lama bersama pasangannya, Awal.

"Sudah dua tahun bercinta, sudah tentu kami mahu cepat kahwin dan tak mahu masyarakat berpandangan tidak elok bila kelihatan kami bersama.

"Cuma apa yang boleh saya katakan, kini kami sedang mencari masa yang sesuai untuk merancang bila masanya. Tapi saya rasa paling cepat pun pada tahun hadapan.

"Apa-apa pun saya mahu ianya berjalan mengikut seperti apa yang dirancang. Paling penting kami akan ikut adat Melayu yang mana kami bakal mengikat tali pertunangan terlebih dahulu," jelasnya kepada murai.com.my.

PINGU: ker ada pe2 nak dicover nih opss Dodgy
ARTIKEL LAIN YANG MUNGKIN ANDA SUKA Pilihan berkaitan dan artikel menarik lain dari GempakZ
Arrora Salwa Nak Ganti Ziana Zain?
Arrora Salwa Nak Ganti Ziana Zain?
09-07-2010 1,880 Views 0 Replies
Video interbiu datuk Siti Nurhaliza oleh harian Metro
Video interbiu datuk Siti Nurhaliza oleh harian Metro
08-17-2010 2,111 Views 0 Replies
Ziana Zain tercalon dalam FFM23
Ziana Zain tercalon dalam FFM23
10-01-2010 1,969 Views 0 Replies
coway
coway
05-19-2019 1,372 Views 2 Replies
Luahkan pelbagai Perasan anda dengan "Fuck"
Luahkan pelbagai Perasan anda dengan "Fuck"
09-21-2011 1,249 Views 0 Replies
Mari mendaftar ahli di Komuniti gempakZ~   Shy

** SUBSCRIBE Youtube Komuniti gempakZ >>KLIK<<
Website Find
Reply


Possibly Related Threads...
Thread Author Replies Views Last Post
  Scha Awal Kahwin Mei 2012 Mr.Pingu 0 2,637 04-10-2012, 01:26 AM
Last Post: Mr.Pingu

KoMuNiTi gempakZ on Facebook

Website Hit Counter

Forum Jump:


Users browsing this thread: 1 Guest(s)
  • Contact Us
  • Komuniti gempakZ
  • Return to Top
  • Mobile Version
  • RSS Syndication
Current time: 10-13-2026, 07:44 AM Powered By MyBB 1.8.5, © 2002-2026 MyBB Group.
Linear Mode
Threaded Mode
View a Printable Version
Subscribe to this thread
Add Poll to this thread
Send thread to a friend